VOCALIST

Wednesday, April 6, 2011

AURA PERMAIDANI MERAH

Naik muak bila dengar perkataan PERKASA, lebih muntahnya bila 'tuannya' disebut. Tah apa-apa punya akidah. Sekejap Islam, sekejap Melayu. Tapi macam selsema, virusnya tetap berjangkit walaupun tak suka.

Umat Islam luar negara kalut berpeluru sesama sendiri. Di Libya, peluru Tomahawk dah tak cam orang. Nak cari Rejim Ghadaffi, lebur masjid dengan jemaahnya sekali. Turun sikit Mesir yang masih bergolak. Turun lagi, Yaman yang pemerintahnya bertempur dengan rakyat. Bak kata student Yaman, kereta kebal 'park' tepi rumah.  Tapi rakyat Malaysia jangan kelam kabut, Tomahawk tak 'target' bumi Melayu. Yang hancur Afrika dan Arab.

Di Timur Dunia, takdak adegan 'tayang' senjata tapi Jepun dah jadi padang jarak padang tekukur. Tsunami menggelamkan harta rakyatnya. Seolah-seolah "kiamat kecil" berlaku hingga keselamatan diri tidak lagi dipeduli. Begitu hebat kuasa Allah. Teknologi Jepun  tunduk akhirnya dan jadi porak peranda.

Di Sarawak, tamak dan rakus sekali pemerintah membedak kekayaan bumi sesama tali barutnya. Rakyat hanya mampu menganga bangga. Menteri ziarah rumah rakyat naik helikopter peribadi, anak dan kroni kehulu hilir pakai Ferari. Takkan tak pelik. Takkan sampai begitu selesanya. Jual balak dah dekat bogel hutan dibuat puak-puak ni. Minyak dikorek habis-habisan. Sarawak pun akhirnya punah.
Tok Lebai pun terangkat kepiah..
Kini, ketika seluruh isi dunia mengeluh dengan pelbagai kerosakan, segelintir Melayu Malaysia masih suka bergosip tah kemana. Hanyut dengan kontra versi ala Fasha Sanda. Skandal Anugerah Hiburan yang terus menerus merosakkan minda rakyat melayu. Makin lagho dengan hiburan dan hedonisme. Makin dan hanyut dan alpa.

No comments:

Post a Comment