"Suatu era dimana Islam pasti beroleh kemenangan" tegas Dr Jamnul Azhar Mulkan serius pada suatu Program Ilmu Di Kg Changkat Ning. Bibit kebangkitan telah tercetus bermula di Timur Tengah. Islam waktu ini pelan-pelan bakal kembali diangkat sebagai cara hidup umat manusia. Beban kebangkitan dipikul oleh setiap individu yang inginkan Islam. Kebangkitan Islam bagaimanapun terpaksa bersaing dan berperang dengan Fenomena Fitnah yang sama 'hebatnya' serta perlu kekuatan, istiqamah dan pengorbanan para juangnya. Dakwah bukan kerja main-main.
The Chronicle of Fitnah
Mereka diberi keizinan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat.” (Surah Sad, ayat 81).
Iblis merangkap Setan adalah punca segala fitnah alam dan manusia. Makhluk spesis ini adalah ikon kepada bapak-bapak pemfitnah dan boleh dikatakan 'legend' turun temurun. Kisah fitnah Iblis ni dah bermula sejak zaman Nabi Adam. Habil dan Qabil, Nabi Ayub, Nabi Yusuf antara teladan hebat siri fitnah. Teladan juga boleh dikutip di zaman Nabi-nabi yang lain terutama yang bergelar Ulul Azmi.
Fenomena Fitnah ni semakin hebat kala wafatnya Rasulullah SAW. Akhir pemerintahan Saiyidina Uthman RA dan awal Saiyidina Ali diangkat khalifah merupakan titik-tolak berlakunya fitnah besar melanda ummat.
Fitnah yang menggila |
Di Tanah Melayu dulu pejuang awal kemerdekaan (Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Helmy dan lain-lain lagi) di tangkap British atas dakwaan komunis dan talibarut Jepun. Karier politik mereka seterusnya cuba dimatikan dengan ugutan tangkap dan penjara.
Seperti ditulis pada Sejarah Malaysia, akhirnya Akta Keselamatan diwujudkan khas untuk menghalang 'anasir subversif' ini.
Era 80 an kemudian datang dengan fitnah yang lebih 'grand'. Kali ini Islam di tuduh pencipta keganasan global. Pejuang Islam ketika ini dilabel pengganas. Sekolah-sekolah berorientasikan agama dihentikan bantuan oleh kerajaan atas alasan melahirkan pengganas. Akibat terhenti bantuan, ramai pendokong asal terpaksa menghadapi pelbagai tekanan.
Yang lama tak surut lagi, datang pulak fitnah baru era millenium ni. Sesuai dengan kecanggihan teknologi, fitnah 'cyber' menuntut pejuang Islam lebih berhati-hati dengan gerak laku kerana segalanya seolah tidak mustahil di dunia 'globalisasi' ini. Semua bentuk multimedia termasuk video, gambar boleh tersebar seluruh dunia dengan hanya menekan 'button enter'. Fenomena luarbiasa, pelik, jijik boleh terjadi pada zaman ini. Wal'iyazubillah..Ya Allah jangan Engkau pesongkan hati kami..
No comments:
Post a Comment