Paklang turut turun padang |
Maksud Firman Allah :
'Tidak aku cipta jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Allah'
Sehebat-hebat dan seteruk manusia tujuan hidupnya adalah untuk Allah. Rasul dan Nabi, perdana menteri, majistret, doktor, tukang sapu, tukang kayu, penyanyi pop, pengetua sekolah, pengetua AF, penulis lirik, semua tak terlepas.
Kerja Nabi dan Rasul
Nabi dan Rasul bertanggungjawab menyampaikan Risalah Allah. Sebar risalah ni adalah kerja manusia yang mempunyai status luarbiasa. Mereka ni adalah utusan Allah dan perlu berdakwah sedaya yang boleh. Nabi dan Rasul dibekalkan dengan ketahanan mental semulajadi. Nabi Muhammad contohnya ber 'skill' tinggi dengan tutur kata bijak, pendekatan dakwah mantap dan pesona akhlak tinggi. Ini bukan profesion manusia biasa.
dari kiri : Aiman, Rahman dan Amin sedang bancuh simen |
Kerja Umat
Mendapat redho dari Allah adalah objektif kerja individu. Di Dunia, Tuan sebenar adalah Allah. Perolehan Pendapatan dinilai besarnya hanya oleh Pemilik Mutlak.
" Dan tidak ada satu makhluk pun yang melata di bumi melainkan telah tercatat akan rezeki masing-masing " Maksud Surah Hud - 6
Usaha, perolehan akan besar barakahnya jika dibelanja kejalanNya. Ini baru rezeki. Bersumberkan halal, jalan berpandu syarak dan disumbang dilandasan syariat.
Gotong-royong Surau Assomadiyah
Ada peniaga, pekebun, kerja hospital, kerja pejabat, kerja sekolah, guru, ustaz, tok siak, tok bilal, imam, budak sekolah dan penuntut. Hari ni ( 30 April 2011 ) pakat ramai- ramai orang Senduk bekerja 'upgrade' area kolah dan tandas surau. Pakat-pakat mengorbankan nikmat cuti 3 hari berturut-turut.
Paknjang Mat Ali tekun menampal simen pada penjuru binaan |
Program diketuai Paknjang Mat Ali bermula jam 8 Am. 5 kampit simen, kapur, skop dan peralatan tersedia hasil sumbangan insan-insan perihatin. Terima kasih, puji dan syukur pada Allah diucapkan buat penderma, orang kampung sama ada terlibat secara langsung atau tidak. Kerja gotong-royong yang dibuat bukan atas kepentingan peribadi. Semata-mata mengharap redho Allah dengan izinNya.
Kerja cantikkan Rumah Allah ini berakhir selepas makan nasi tengahari jam 2 PM.
Tampalan Akhir dari K. Pemuda Ajam |
Hari Pekerja 1hb Mei 2011
No comments:
Post a Comment