Muhammad SAW adalah contoh ulung insan yang sempurna akan kriteria pendidik. Rasulullah khas dicipta Allah untuk kerja penyampaian (Tabligh). Baginda tidak menunggu lama untuk pindahkan segala wahyu Allah kepada sahabat ketika itu. Jelas kegelisahan dihati sahabat apabila penurunan wahyu kalanya terhenti lama.
Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Sampaikan dariku walau satu ayat!"
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Dan antara teks akhir Khutbah Rasulullah :
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Bermakna sepanjang kehidupan Baginda, dirinya digunakan kepada pemindahan segala ilmu. Begitu terpeliharanya pengaliran sesuatu ilmu ketika zaman Rasulullah SAW. Satu fenomena dimana ilmu itu berlegar dikalangan para peminatnya. Fantastiknya taraf ilmu waktu ini. Subhanallah..
Kerahsiaan sesuatu ilmu itu mengalir cantik ketika hidupnya Rasulullah adalah disebabkan mendalamnya cinta sahabat kepada Baginda sebagai guru. Begitu sayangnya sahabat pada Nabi Muhammad SAW kerana mereka arif Baginda memiliki sesuatu yang lebih nilainya bukan sekadar ilmu. Sahabat begitu agungkan ilmuwan khususnya Rasulullah. Sahabat sanggup ketepikan ego mereka apabila berdepan dengan ilmu Nabi SAW dan sentiasa mendidik diri sebagai seorang yang dahagakan ilmu.
Sesuatu yang hebat apabila ditanam kecintaan buat guru. Cintailah mereka kerana harga ilmu yang sangat mahal nilainya. Kecintaan kepada guru juga merupakan suatu sunnatullah kerana ia dipraktik sahabat dan disinilah tersimpan barakah ilmu.
Dari Qais bin Kathir ia berkata, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam "Sesungguhnya orang yang berilmu (ulama) itu adalah pewaris nabi-nabi". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Guru merupakan penyambung kerja penyampai ilmu yang dirintis Rasulullah. Bermakna, kasih kepada guru seumpama kasih kepada Nabi SAW. Gunakan ruang Hari Guru ini untuk kenangkan kembali pengorbanan guru sebagai pendidik. Sentiasa doakan supaya Allah kurniakan kesejahteraan buat Guru. Mulakan hari-hari anda dengan ucapan selamat sebagai hadiah kepada mereka.
No comments:
Post a Comment