Kekuatan Jentera Gila
orang gila punya kerja |
Dah tak upaya lagi mengusik kepala otak untuk memikir betapa kuatnya sekutu Osama ni ( lahaulawala Quata illa Billah ). Senjata luar biasa teknologinya yang Hollywood saja boleh menciplak. Ada pasukan risikan, komando yang besar jumlahnya dan ada bangunan sendiri ( cuba nak meniru risikan Raqib, Atiq ). Kumpulan pemikir khas ( Intelligent - FBI, CIA dsb ) yang berterusan plan strategi memusnah musuh. Dengan kekuatan luar jangka ni, seolah bukan saja dapat mengesan dan menangkap musuh sekelip mata malah sebelum musuh bersalah pun boleh ditangkap ( lihat filem Minority Report ). Mereka juga memiliki saluran propaganda hebat yang mampu mencetus pelbagai fenomena 'suprise' dan magik. Fenomena khayal melanggar umat Islam hingga akhirnya pakaian aurat pun dilupakan.
'Keganasan' Osama
senjata Ampuh |
Lebih kurang 15 tahun lalu pemburuan bermula, hari ni baru kematian Osama mewarnai media elektronik dan cetak. Sebelum tu dah berjuta pejuang Islam dibantai dimerata dunia.
Terror nya Osama ni apabila mudah melenyapkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Osama juga ada 'Link' dengan persatuan pengebom berani mati diseluruh dunia. Pening jugak kepala otak CIA nak kesan kelibat orang Islam 'pengganas' yang bergelar Al-Qaeda ni. Keganasannya bagai merasuk dan mem'phobia'kan lena musuhnya.
Saddam Hussein dan Baghdadnya terpaksa mengorbankan diri dan rakyatnya hingga tiada lagi tinggalan ilmuan Islam disana. Isi bumi Gaza terdedah dengan pemusnahan maksimum, Gaza jadi padang jarak dan Gaza menguburkan ramai lapisan haruman manusia syahid dan Syahidah. Di negara 'Islam' Malaysia, tutup dan disekatnya bantuan Sekolah Agama Rakyat serta ditangkapnya kumpulan orang Islam.
Dipendekkan kehebatan, Osama akhirnya mati dalam keadaan ngeri akibat di bom dan lokasinya berhampiran kawasan tentera di Attobad, Pakistan.
Score |
Diikut kronologi kematian, Osama layak mendapat syahid. Harga kematian beliau dan sepuluh orang kanannya bernilai jutaan dolar. Siapa yang kaya. 'Tahniah' kepada US dan sekutu. Dan Osama juga secara tak langsung kita bakal mengucapkan 'Selamat Datang' buat kader-kader baru pejuang Islam. Ahlan Wasahlan.
No comments:
Post a Comment