VOCALIST

Monday, March 14, 2011

SORAK SENDUK

Waris arwah Paklang Musa anggap tarikh 13.3.2011 sebagai sejarah keluarga mereka. (orang kata arwah macam muka anak dia puad, rujukan generasi baru). Hari Ahad yang lalu di pinggir Kampung Senduk mereka menyambut kedatangan orang baru. Walimatul urus menghadirkan pelbagai lapisan penduduk.

Orang kampung pun kena tempias seronok. Disurau Assomadiyah Jumaat 2 minggu sebelumnya, pengumuman dah dibuat Ustaz Shahrul selesai saja baca yasin. Ahad nya gotong-royong buat 'balai'.

Ahad malam Sabtu, ahli kariah ramai pakat-pakat siang daging walaupun jam 11 malam paha lembu sampai. Murtabak Maidin dan biskut 'patsegi' menu malam tu. Ada jugak disulam kopi 2+1. Kalau boleh nak duduk rumah kenduri sampai pagi. Bersembang pulak macam tak jumpak setahun.

Gulai nenas ikan talang, daging masak hitam, kerabu perut pucuk paku dan acar jadi santapan tetamu hari kenduri. Semua lauk tadi kena prepare pagi-pagi. Jam 7 am periuk sepatutnya dah berasap. Paknjang, Hj Shafie ambik 'part' masak ni.

Semua orang seakan merindui suasana kenduri. Yang dirantau pakat-pakat balik merai. Orang-orang muda jadi ramai tiba-tiba. Yang muka lama tak nampak dikampung pun timbul. Ini baru kampung khususnya Senduk.

Bila sebut kenduri gotong royong berhidang, terbayang betapa letihnya tuan rumah. Tapi realitinya tidak bagi yang ada hubungan intim sesama ahli kariah. Rasa nak tolong hadir tanpa paksaan. Semua jadi mudah dan terlaksana. Kalau tuan rumah masuk lena kat bilik pun no problem.

Jam 2 pm, geng kompang masuk baris tanda pasangan mempelai dah sampai. Selawat Nabi SAW diiringi palu kompang. Pengantin Kamal dan pasangan diarak ke pintu rumah. Semangat puak-puak ni menepuk. Ada dua tiga budak nampak 'naik syeh' bila pegang instrumen bentuk bulat tu, dah lama tak lapor diri agaknya. Ada Uki, Gee, Goreh, Amin, Talha (nama samaran) yang dah lama tak beraksi.

Ada cabutan bertuah Diakhir kenduri khas untuk petugas-petugas. Hadiah sebagai mengenang jasa tungkus lumus jiran dan penduduk sejak awal pagi. Berpisah dengan suasana kenduri seolah satu kesedihan bagi warga Senduk dan mereka mungkin akan bertemu pulak pada episod kenduri akan datang.

No comments:

Post a Comment