VOCALIST

Saturday, March 19, 2011

PAK BAEN STORY : PEMECAH TRADISI

Pertembungan antara Pak Baen dan Lebai Payat tak dapat dielakkan lagi. Pertemuan buku dan ruas ini bakal menjanjikan aksi sengit dan suspen yang dijangka membikin adrenalin penonton aktif. Suasana di stadium mula sesak. Tiada lagi kelihatan bangku kosong melainkan sudah berisi manusia. Sebelum aksi bermula hadirin dihibur dulu dengan persembahan sarkas, magik dan nyanyian artis tempatan. Satu hiburan yang bakal membuat penyokong Lebai Payat tak selesa punggung. "Lagho!!" kuat terdengar pekikan dari kelompok kecil penyokong Lebai Payat berpakaian seragam oren.

aksi gerun mencium singa suspenkan penonton
Satu demi satu nama barisan pengadil diumumkan oleh penganjur. Encik Nazri, sebagai pengadil utama yang juga jiran belakang rumah Pak Baen. Encik Ali, Encik Isa, Encik Midin dan Encik Mansor diumum penjaga garisan, semuanya adalah AJK JKK Kampung Timbang Tahil kecuali Encik Midin yang masih memegang jawatan setiausaha Masjid. Setiap kali nama-nama dilaung, disahut "hapus! Hapus! rasuah!". oleh penyokong Lebai Payat. Ironinya, situasi sebegini adalah lumrah apabila turun ke kubu Timbang Tahil.

Seperti biasa Lebai Payat akan menukar strateginya apabila beraksi di gelanggang lawan. Lebai Payat lebih gemar bertahan dan sesekali akan membuat 'counter attack". Berbanding Lebai Payat, Pak Baen selesa dengan strategi menyerangnya. Tapi disebabkan kegopohan dan terdesak untuk mematikan servis, Pak Baen kerap melakukan 'mistake'. Mata demi mata dikumpul Lebai Payat. Pukulan Pak Baen banyak tersangkut di jaring. "Membazir!!" Jerit penyokongnya beramai-ramai.

gambar hiasan
Perlawanan berlanjutan ke set penentuan. Kali ini sokongan kepada Lebai Payat mula meningkat. Lebai Payat sedikit mendapat suntikan moral. Lebai Payat perlu kekalkan sahaja momentum jika berhasrat memusnahkan ego Pak Baen seterusnya menakluk kejohanan negeri. Pak Baen semakin hilang rentak dan Lebai Payat mengambil kesempatan untuk mematikan terus sisa juang Pak Baen. Sehingga ke mata penentuan. Satu mata lagi Lebai Payat bakal menyandang gelaran negeri. Pak Baen semakin tertekan dan terdesak.

Lebai Payat tetap tenang walaupun dadanya turun naik, jantungnya berdegup kencang untuk memastikan mata terakhir miliknya. Mata yang dicita-citakannya. Mata ditunggu-tunggu penyokong Lebai Payat. Penyokong-penyokong sudah mula berfantasi perarakan besar-besaran dengan membawa piala kejuaraan mengelilingi Komar Jing. Pak Baen mendongak kepala memandang bumbung stadium. Nasibnya bakal berakhir malang. Matanya kemudian memandang keliling stadium. Lautan biru kini memomok gerun dirinya.

Bulu tangkis diusap dan diletak tenang pada jaring raket Lebai Payat. "Hidup! Hidup! Hidup Lebai Payat!". Bergema stadium. Sambil tersenyum dia sempat menjeling kedudukan Pak Baen, Lebai Payat memukul bulu tangkis melepasi jaring.


"Woooooo!!!". Stadium tiba-tiba bertukar gelap segelap-gelapnya. Satu transformasi luar biasa berlaku.

No comments:

Post a Comment