Rakan Masjid
Brader ni memang popular area Tepeng ni. Kalau iktikaf di Masjid Daerah solat Jumaat, ada la paras rupa dia kat di dinding saf paling belakang. Se 'bundle' kertas tah apa iklan dia bawak bagi kat orang. Budak-budak cukup serasi dengan dia. Dia akan ke saf bebudak kat belakang sekali bila imam mula angkat takbir, solat ka dak wallahualam.
Segak SeLagak YB
Baju kemeja putih lengan pendek dan seluar biru biasanya suit dia. Tak lupa songkok hitam mesti lekat dikepala. Din adalah nama timangan yang orang 'dok' panggil. Badan Din ni kering dan kecik iras Sudin Bujang Lapok tapi Sudin takdak misai.
Mesra Rakyat
Menurut sumber-sumber sahih, kalau ada kenduri, majlis keramaian dan ceramah agama area Tepeng, Susuk si Din memang wujud. Sumber bagitau, Din memang kaki cilok kad walimatul urus. Pernah seorang kakitangan klinik menegur tebiat tak elok dia. Haha..kalau sapa rasa ceramah tak ramai bolehla panggil dia ni.
Tak Boleh Terima Kritikan
Klinik Taiping 'port' paling kerap di ziarah. Agensi kerajaan 'kegemaran' Si Din ni. Kadang-kadang berbaju batik siap dengan name tag sekali. Sekali eksyen macam YB pun ada jugak. Kaunter sekitar klinik biasanya akan diserang dulu. Pasal apa?. Gambar MB terkini tak tergantung di dinding kaunter. Din akan menyoal dan mula merepek. "Wah! Hangpa kakitangan klinik patut terima kasih kat Kerajaan Memerintah Ameno. Takan gambar sekeping pun tak leh bubuh." Dia start dah ceramah. Suasana akan bertambah huru-hara bila ada orang tegur kelaku Din. 'Pitching' dia menaik. Tapi tu lah lazimnya Si Din ni bila datang klinik.
Demonstrasi Haram
Sekali lagi hari tu Din sekali ber 'demo' di Klinik Tepeng. Dia sekali lagi cuba melakukan provokasi. Diserangnya Din staf di kaunter medical chek-up. Tapi belum sempat menyerang, seorang staf bertindak cepat menghalang Din. Polis kemudian menyusul dan menbawa keluar dia.
Akta Ketenteraman Awam mungkin digunakan untuk mendakwa Din. Tapi ada info memberitahu, tujuan Din datang klinik hari tu untuk mengambil ubat. Dan dia memang dalam situasi cukup terdesak. Din berpeluang terlepas dari sebarang tuduhan jika ianya benar terbukti.
No comments:
Post a Comment