VOCALIST

Wednesday, March 23, 2011

BOHONG DAN 4 SAKSI





لَوْلاَ جَاءُوا عَلَيْهِ بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَإِذْ لَمْ يَأْتُوا بِالشُّهَدَاءِ فَأُولَئِكَ عِنْدَ اللَّهِ هُمُ الْكَاذِبُونَ * وَلَوْلاَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ لَمَسَّكُمْ فِي مَا أَفَضْتُمْ فِيهِ عَذَابٌ عَظِيمٌ}
 إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُمْ مَا لَيْسَ لَكُمْ بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّنًا وَهُوَ عِنْدَ اللَّهِ عَظِيمٌ *

“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu? Karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi maka mereka itu di sisi Allah adalah orang-orang yang dusta. Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, niscaya kamu ditimpa adzab yang besar, karena pembicaraan kamu tentang berita bohong itu. (Ingatlah) ketika kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja, padahal di sisi Allah adalah besar."
(A-Nur: 13-14-15)

 Di dalam firman Allah “pembicaraan kamu" bererti sejauhmana berita itu tersebar, tersiar, dan terkenal. Kebiasaannya perkara-perkara besar dan melibatkan figur besar tersebar dengan cepat dan memenuhi rumah, mulut, dan telinga (rakyat).

"Berita bohong" yang dimaksudkan ialah cerita tanpa riwayat, tanpa keterangan, dan tanpa keyakinan. Lalu berita penipuan tadi sampai kepada khalayak walaupun dianggap ringan tetapi besar disisi Allah. Seseorang yang disahkan berbohong akan disabitkan qazaf (menuduh berzina) dan pembohong layak dihukum.

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada
perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka
tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat,
dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana
mereka itu adalah orang yang fasiq".
(Surah An- Nur ayat 4)

Islam memandang perbuatan zina (menuduh/dituduh) sebagai jenayah (kriminal) yang termasuk dalam hudud yang hukuman dan pengampunannya milik mutlak Allah SWT. Persoalan akhlak dan moral sangat diutamakan.

Karena Allah telah berfirman dalam surah An-Nur : 2

Dengan maksudnya : "Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah disebabkan belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman."

Islam turut menghalusi soal akhlak manusia. Sebarang tuduhan salah laku (zina dan seumpamanya) yang mengaibkan dan melibatkan maruah diklasifikasi sebagai pembohongan selagi tidak datang dengan saksi adil. Pembohong dan sekutu juga tidak selamat dunia akhirat.

Monday, March 21, 2011

ALANGKAH KAYANYA SARAWAK

Alangkah bertuahnya manusia bersusuk ala KM Sarawak. Mewarisi kekayaan yang tak upaya dihitung dek jari tangan dan kaki. Apa nak pelik, lot tanah miliknya bukan seekar dua macam kita orang kampung. Satu Sarawak perseginya.  Bumi Kenyalang ni bukannya kecik sedara-sedara. Lebih besar dari England. British yang satu tika dulu gah menjajah dengan ikonnya James Brook pun tak sekaya Sarawak hasil mahsulnya. Sarawak dengan hasil hutan dan lautannya tersangat kaya 'gila'. Lebih kaya dari Tuan Sadik Sigaraga. Seperti dilaporkan Sarawak Report, KM yang rakyatnya pelbagai etnik ni bukan saja mempunyai harta dalam negara malah harta luar negaranya bernilai jutaan pound sterling.
Mantan Ketua Menteri Sarawak

Sudah lebih kurang 30 tahun memerintah, saat beliau berundur kan tiba jugak. Takkan sanggup beliau nak menanggung kekayaan se'gila' itu seumur hidup. Yang dok ada pun bocornya merata-rata. Cuma kepada siapa 'peralihan kuasa' belum ditentukan walaupun saat dan ketikanya telah diumum.

KM sudah pun merasa isteri no 2 yang lawa. Anak dan kerabat pun sudah memakai bermacam jenama. Rakyat setakat menumpang bangga. Alangkah bertuahnya bumi Sarawak.

Saturday, March 19, 2011

PAK BAEN STORY : PEMECAH TRADISI

Pertembungan antara Pak Baen dan Lebai Payat tak dapat dielakkan lagi. Pertemuan buku dan ruas ini bakal menjanjikan aksi sengit dan suspen yang dijangka membikin adrenalin penonton aktif. Suasana di stadium mula sesak. Tiada lagi kelihatan bangku kosong melainkan sudah berisi manusia. Sebelum aksi bermula hadirin dihibur dulu dengan persembahan sarkas, magik dan nyanyian artis tempatan. Satu hiburan yang bakal membuat penyokong Lebai Payat tak selesa punggung. "Lagho!!" kuat terdengar pekikan dari kelompok kecil penyokong Lebai Payat berpakaian seragam oren.

aksi gerun mencium singa suspenkan penonton
Satu demi satu nama barisan pengadil diumumkan oleh penganjur. Encik Nazri, sebagai pengadil utama yang juga jiran belakang rumah Pak Baen. Encik Ali, Encik Isa, Encik Midin dan Encik Mansor diumum penjaga garisan, semuanya adalah AJK JKK Kampung Timbang Tahil kecuali Encik Midin yang masih memegang jawatan setiausaha Masjid. Setiap kali nama-nama dilaung, disahut "hapus! Hapus! rasuah!". oleh penyokong Lebai Payat. Ironinya, situasi sebegini adalah lumrah apabila turun ke kubu Timbang Tahil.

Seperti biasa Lebai Payat akan menukar strateginya apabila beraksi di gelanggang lawan. Lebai Payat lebih gemar bertahan dan sesekali akan membuat 'counter attack". Berbanding Lebai Payat, Pak Baen selesa dengan strategi menyerangnya. Tapi disebabkan kegopohan dan terdesak untuk mematikan servis, Pak Baen kerap melakukan 'mistake'. Mata demi mata dikumpul Lebai Payat. Pukulan Pak Baen banyak tersangkut di jaring. "Membazir!!" Jerit penyokongnya beramai-ramai.

gambar hiasan
Perlawanan berlanjutan ke set penentuan. Kali ini sokongan kepada Lebai Payat mula meningkat. Lebai Payat sedikit mendapat suntikan moral. Lebai Payat perlu kekalkan sahaja momentum jika berhasrat memusnahkan ego Pak Baen seterusnya menakluk kejohanan negeri. Pak Baen semakin hilang rentak dan Lebai Payat mengambil kesempatan untuk mematikan terus sisa juang Pak Baen. Sehingga ke mata penentuan. Satu mata lagi Lebai Payat bakal menyandang gelaran negeri. Pak Baen semakin tertekan dan terdesak.

Lebai Payat tetap tenang walaupun dadanya turun naik, jantungnya berdegup kencang untuk memastikan mata terakhir miliknya. Mata yang dicita-citakannya. Mata ditunggu-tunggu penyokong Lebai Payat. Penyokong-penyokong sudah mula berfantasi perarakan besar-besaran dengan membawa piala kejuaraan mengelilingi Komar Jing. Pak Baen mendongak kepala memandang bumbung stadium. Nasibnya bakal berakhir malang. Matanya kemudian memandang keliling stadium. Lautan biru kini memomok gerun dirinya.

Bulu tangkis diusap dan diletak tenang pada jaring raket Lebai Payat. "Hidup! Hidup! Hidup Lebai Payat!". Bergema stadium. Sambil tersenyum dia sempat menjeling kedudukan Pak Baen, Lebai Payat memukul bulu tangkis melepasi jaring.


"Woooooo!!!". Stadium tiba-tiba bertukar gelap segelap-gelapnya. Satu transformasi luar biasa berlaku.

PAK BAEN STORY : VS LEBAI PAYAT

Lebai Payat (bukan gambar sebenar)
Boleh dikatakan setiap detik. Media cetak , media elektronik pagi petang siang malam 24 jam 'non stop' memutarkan hal-ehwal perlawanan akhir badminton antara musuh tradisi Pak Baen dan Lebai Payat. Pak Baen adalah jaguh yang tak asing lagi bagi penduduk Kampung Timbang Tahil (TT). Berlonggok piala pusingan hasil kemenangan Pak Baen masih berkilat tersimpan di almari kaca dekat pintu masuk Dewan Orang Ramai yang juga Pejabat khidmat kampung TT. Lebai Payat pula cukup 'terer' dan sangat terkenal di kampungnya Komar Jing.

Walaupun kedudukan geografi Komar Jing sedikit susah di 'google', Kepopularan Lebai Payat tidak kurang hebat. Malah mampu memecah tembok kampung Timbang Tahil. Penduduk Timbang Tahil sikit sebanyak memperkatakan kehebatan Lebai Payat.

Solat dimana saja
Ketangkasan Lebai Payat bukan saja digelanggang badminton malah beliau mempunyai aura persona yang cukup mudah didekati. Lebai Payat boleh mengimami solat jemaah, mengurus kematian dan membuat kerja kenduri kendara.
Pak Baen banyak merangkul kejuaraan peringkat negeri sedangkan Lebai Payat bergantung kepada Daerah dan cawangan untuk mengumpul koleksi kejuaraan beliau. Namun begitu kekerapan Lebai Payat beraksi membolehkan kedudukan carta mata mengatasi Pak Baen. Disebabkan terlalu kerap bermain juga, Lebai Payat sering dikecewakan Pak Baen. Sudah tentu letih jawapan paling sesuai bagi bedah siasat yang dibuat.

 Pak Baen memilih untuk bermain pada kejohanan yang lebih besar peringkat negeri dan selalunya berlangsung 2,3 bulan sekali.
Untuk perlawanan kali ni, Pak Baen masih berbongkak dengan rekod pertemuan 8-7 yang memihak kepadanya. Gelanggang pertarungan kali ni bertempat di Stadium mini di Daerah Jolia, kubu kuat Pak Baen. Satu kemenangan moral kepada kem Pak Baen.

TV Klasik
TV, radio dan surat khabar yang dimiliki Pak baen akan dimaksimumkan penggunaannya. Termuntah dibuatnya penduduk sekitar akibat terlalu ekstrem propaganda mainan Agensi arus perdana tadi. Modus operandinya tidak lain untuk pastikan Pak Baen menang dan terus bertahan.
Lebai Payat bagaimanapun tidak menjadikan ianya sebagai alasan untuk melemahkan semangatnya. Berbekalkan begitu ramai penyokongnya, semangat melawan Pak Baen tak kering pudar.

Penonton sudah berasak-asak masuk ke stadium. Perlawanan kali ni telah diiktiraf sebagai 'match of the year' oleh Persatuan Penulisan Sukan Daerah dan pengurusan stadium boleh mengaut untung banyak hasil jualan tiket. Namun begitu, saat akhir sebelum perlawanan bermula, penonton diberitahu mereka tak payah keluarkan duit poket. Pak Baen sponsor 100 persen. Bukan itu sahaja, penonton juga diberi sehelai t-shirt percuma sebagai cenderahati dan diedar disetiap kaunter masuk. T-shirt warna biru memang sangat sesuai untuk warna tema pasukan Pak Baen juga biru. Maka terbentuklah gelombang biru yang mewarnai stadium.

Segala-segalanya seolah memihak kepada Pak Baen. Seakan sudah tertulis kemenangan Pak Baen merangkul kejuaraan ini. Dengan menang kejuaraan ini, rankingnya akan meningkat seterusnya Pak Baen layak automatik ke kejohanan peringkat negara. Jadi tak hairan lah Pak Baen nampak begitu terdesak apabila bertungkus lumus mengerah seluruh jentera bagi memastikan hasrat beliau.

SOALNYA SAMAN EKOR

Menurut kenyataan dari pihak berwajib seperti di 'report' semua akhbar tempatan, daripada 17 juta keseluruhan notis yang dikeluarkan kepada yang berkenaan, menyerah hanya sejuta. Itupun hampir roboh dibuatnya balai trafik akibat 'huru hara' pembayar. Tension bila problem sistem 'offline' tak pernah pulih sejak dulu dan asyik menghantui agensi kerajaan. Sejak manusia mula celik IT. Bila offline, pakat berkampungla orang di balai.
   
Bagaimanapun apakah punca hanya sejuta saja pembayar sanggup keluarkan wang tabung untuk jelaskan pembayaran? Kenapa menunggu tarikh akhir walau masa 6 bulan telah diberikan? Kerajaan kemudian terpaksa melanjutkan tempoh bayar bagi menunaikan 'kerenah' majoriti tapi gagal memotivasikan jutaan ramai lagi penerima notis. Masih slow penerimaan. Masih lembap kutipan. Orang nak tunggu diskaun 100 persen?

Wednesday, March 16, 2011

EGO BRADER DIN

Rakan Masjid

Brader ni memang popular area Tepeng ni. Kalau iktikaf di Masjid Daerah solat Jumaat, ada la paras rupa dia kat di dinding saf paling belakang. Se 'bundle' kertas tah apa iklan dia bawak bagi kat orang. Budak-budak cukup serasi dengan dia. Dia akan ke saf bebudak kat belakang sekali bila imam mula angkat takbir, solat ka dak wallahualam. 


Segak SeLagak YB

Baju kemeja putih lengan pendek dan seluar biru biasanya suit dia. Tak lupa songkok hitam mesti lekat dikepala. Din adalah nama timangan yang orang 'dok' panggil. Badan Din ni kering dan kecik iras Sudin Bujang Lapok tapi Sudin takdak misai.

Mesra Rakyat

Menurut sumber-sumber sahih, kalau ada kenduri, majlis keramaian dan ceramah agama area Tepeng, Susuk si Din memang wujud. Sumber bagitau, Din memang kaki cilok kad walimatul urus. Pernah seorang kakitangan klinik menegur tebiat tak elok dia. Haha..kalau sapa rasa ceramah tak ramai bolehla panggil dia ni.

Tak Boleh Terima Kritikan

Klinik Taiping 'port' paling kerap di ziarah. Agensi kerajaan 'kegemaran' Si Din ni. Kadang-kadang berbaju batik siap dengan name tag sekali. Sekali eksyen macam YB pun ada jugak. Kaunter sekitar klinik biasanya akan diserang dulu. Pasal apa?. Gambar MB terkini tak tergantung di dinding kaunter. Din akan menyoal dan mula merepek. "Wah! Hangpa kakitangan klinik patut terima kasih kat Kerajaan Memerintah Ameno. Takan gambar sekeping pun tak leh bubuh." Dia start dah ceramah. Suasana akan bertambah huru-hara bila ada orang tegur kelaku Din. 'Pitching' dia menaik. Tapi tu lah lazimnya Si Din ni bila datang klinik. 

Demonstrasi Haram

Sekali lagi hari tu Din sekali ber 'demo' di Klinik Tepeng. Dia sekali  lagi cuba melakukan provokasi. Diserangnya Din staf di kaunter medical chek-up. Tapi belum sempat menyerang, seorang staf bertindak cepat menghalang Din. Polis kemudian menyusul dan menbawa keluar dia. 

Akta Ketenteraman Awam mungkin digunakan untuk mendakwa Din. Tapi ada info memberitahu, tujuan Din datang klinik hari tu untuk mengambil ubat. Dan dia memang dalam situasi cukup terdesak. Din berpeluang terlepas dari sebarang tuduhan jika ianya benar terbukti.

Monday, March 14, 2011

SORAK SENDUK

Waris arwah Paklang Musa anggap tarikh 13.3.2011 sebagai sejarah keluarga mereka. (orang kata arwah macam muka anak dia puad, rujukan generasi baru). Hari Ahad yang lalu di pinggir Kampung Senduk mereka menyambut kedatangan orang baru. Walimatul urus menghadirkan pelbagai lapisan penduduk.

Orang kampung pun kena tempias seronok. Disurau Assomadiyah Jumaat 2 minggu sebelumnya, pengumuman dah dibuat Ustaz Shahrul selesai saja baca yasin. Ahad nya gotong-royong buat 'balai'.

Ahad malam Sabtu, ahli kariah ramai pakat-pakat siang daging walaupun jam 11 malam paha lembu sampai. Murtabak Maidin dan biskut 'patsegi' menu malam tu. Ada jugak disulam kopi 2+1. Kalau boleh nak duduk rumah kenduri sampai pagi. Bersembang pulak macam tak jumpak setahun.

Gulai nenas ikan talang, daging masak hitam, kerabu perut pucuk paku dan acar jadi santapan tetamu hari kenduri. Semua lauk tadi kena prepare pagi-pagi. Jam 7 am periuk sepatutnya dah berasap. Paknjang, Hj Shafie ambik 'part' masak ni.

Semua orang seakan merindui suasana kenduri. Yang dirantau pakat-pakat balik merai. Orang-orang muda jadi ramai tiba-tiba. Yang muka lama tak nampak dikampung pun timbul. Ini baru kampung khususnya Senduk.

Bila sebut kenduri gotong royong berhidang, terbayang betapa letihnya tuan rumah. Tapi realitinya tidak bagi yang ada hubungan intim sesama ahli kariah. Rasa nak tolong hadir tanpa paksaan. Semua jadi mudah dan terlaksana. Kalau tuan rumah masuk lena kat bilik pun no problem.

Jam 2 pm, geng kompang masuk baris tanda pasangan mempelai dah sampai. Selawat Nabi SAW diiringi palu kompang. Pengantin Kamal dan pasangan diarak ke pintu rumah. Semangat puak-puak ni menepuk. Ada dua tiga budak nampak 'naik syeh' bila pegang instrumen bentuk bulat tu, dah lama tak lapor diri agaknya. Ada Uki, Gee, Goreh, Amin, Talha (nama samaran) yang dah lama tak beraksi.

Ada cabutan bertuah Diakhir kenduri khas untuk petugas-petugas. Hadiah sebagai mengenang jasa tungkus lumus jiran dan penduduk sejak awal pagi. Berpisah dengan suasana kenduri seolah satu kesedihan bagi warga Senduk dan mereka mungkin akan bertemu pulak pada episod kenduri akan datang.

Thursday, March 10, 2011

FENOMENA FITNAH

Bertaqwalah kepada Allah SWT.
Meniti arus pembangunan dan kemajuan pesat teknologi, umat Islam perlu berhati-hati agar tidak terjatuh ke dalam fitnah secara terang-terangan, tanpa sedar dan tersembunyi . Islam tidak memusuhi kemajuan dan pembangunan tangan manusia asalkan diasas dan dikawal oleh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Allah SWT telah menegaskan dalam surah al Anfal ayat 28, yang bermaksud:

"Dan ketahuilah kamu bahawa sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah (ujian). Dan sesungguhnya Allah di sisiNya balasan yang sangat besar."

Harta benda dan anak-anak adalah nikmat daripada Allah SWT sekiranya di urus dan dijaga  dengan baik mengikut dasar-dasar Islam. Sebaliknya ia boleh memudaratkan dari segi keimanan dan ubudiyah-nya kepada Allah SWT. 
"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.


Awasi fitnah yang berlaku melalui percakapan, fitnah pekerjaan, fitnah aqidah dan ideologi yang menyesatkan. Semua bentuk fitnah menghalang  dan menyekat pembangunan dan perlaksanaan Islam sebagai ad-din (sistem hidup). Kerosakan angkara fitnah adalah hasil tangan Umat Islam sendiri.

Sekat fitnah dengan memahami dua perkara asas :

1.     Memahami Islam sebagai Ad-Din (sistem hidup) melalui al-Quran dan Sunnah ar-Rasul SAW. Menuntut dan percaya ilmu Islam daripada ulama yang jelas kefahaman serta iltizam mereka kepada  syariah Islam. Berkenaan dengan masalah politik, posisi ulama sangatlah penting. Mereka senantiasa dituntut kritis sekiranya seorang penguasa mulai cenderung pada kemungkaran. 
"Ulama adalah pewaris para nabi "(HR. Tirmidzi) 
Maksud Hadis Nabi yang patut dijadikan pengingat agar tidak terjerumus pada hal-hal yang berakibat pada hilangnya izzah (keagungan) seorang ulama.

2.     Menterjemah isu semasa melalui fikir Islam. Dalam perkataan lain memahami realiti aqidahnya, ibadahnya, syariatnya, akhlaknya bersumberkan rujukan AlQuran, Hadis dan sepakat ulama. 

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

Rasulullah SAW mengingatkan perkara fitnah melalui sabda baginda bermaksud:

"Bersegeralah kamu mengerjakan amalan-amalan bagi menolak fitnah yang datang seperti kegelapan malam yang gelap gelita. 
Pada sebelah pagi seseorang itu beriman dan pada sebelah petangnya ia menjadi kafir dan pada sebelah petangnya ia beriman dan pada sebelah paginya ia menjadi kafir. 
Dia menjual agamanya dengan harta benda dunia."

Sabda Rasul SAW lagi yang bermaksud:

"Masa akan menjadi dekat (pendek), ilmu akan diangkat, fitnah akan lahir, dicampakkan akan sifat bakhil dan berlaku dengan banyaknya ‘harju’. Maka mereka bertanya: Wahai Rasul, apakah maksud harju. Baginda menjawab: harju adalah pembunuh."

Realiti sabda Rasul SAW telah berlaku. Ilmu perlahan-lahan telah diangkat atau ditarik balik. Ilmu syarak yang boleh memandu kewarasan akal muslim.
Semakin susut ulamak-ulamak rabbaniyun (ulamak-ulamak yang takut kepada Allah SWT) yang memuliakan sifat-sifat zuhud, wara' dan sentiasa mengikut panduan Ilahi, menjadikan baginda SAW dan khulafa ar-Rasyidin sebagai panduan dan ikutan mereka.

panduan al- Quran yang berbunyi: "Sesungguhnya  pada diri Rasul SAW itu ikutan yang baik bagi kamu" 

Daripada hadis yang bermaksud:
"Hendaklah kamu beramal dengan sunnahku dan sunnah khulafa ar-Rasyidin, Mahdiyin selepas aku dan gigitlah ia dengan geraham kamu (yakni peganglah kuat-kuat dan janganlah lepaskan dia."

Untuk menjaga diri daripada terjatuh ke dalam keadaan fitnah atau pengaruh kebatilan, Huzaifah pernah berkata kepada Rasul SAW dengan katanya: "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’". Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?".  Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka". Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka." Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Rasul SAW memberi tahu umatnya tentang fitnah kehilangan sifat amanah dan paling susah untuk mendapat seorang yang bermaksud beramanah. 

Sabda Rasul SAW bermaksud:

"Seorang manusia masing-masing membuat janji dan hampir tidak terdapat seorang pun yang menunaikan janjinya."

Seterusnya Rasul SAW menjelaskan bagaimanakah amanah Allah Subhanahu Wata’ala disia-siakan. Suatu hari seorang Arab datang menemui Rasul SAW dan bertanya, "Bilakah akan berlaku kiamat?" Maka baginda menjawab, "Bila amanah di sia-siakan maka tunggulah kiamat (kehancuran)." Arab itu bertanya lagi, "Bagaimanakah amanah disia-siakan?" Rasul SAW bersabda, "Sekiranya sesuatu urusan itu diserahkan kepada bukan ahlinya maka tunggulah kiamat (yakni kehancuran)."

Bagi menyekat fitnah yang menyerang umat Islam dari segenap penjuru, maka perlulah umat Islam hari ini memperkuat dan memeperkemaskan benteng pertahanan mereka supaya tidak mudah terpedaya dengan segala macam fitnah yang disebutkan tadi. Firman Allah SWT dalam surah al-AnFal ayat 25 bermaksud:

"Jagalah olehmu akan fitnah yang tidak menimpa ke atas mereka yang zalim semata-mata dan ketahuilah bahawa Allah sangat dahsyat siksaan Nya." 

Thursday, March 3, 2011

HAJAT MESIR, MERLIMAU DAN KERDAU

4 hb March 2011 - 7.30 PM

Selawat dan Salam buat Junjungan Ulung Muhammad SAW. Semoga barakah Surah Yasin dan hasrat Solat Hajat jemaah surau menjadi pemangkin kepada rakan pejuang di seluruh dunia. Pejuang Islam di Mesir, Libya, Tunisia dan Yaman khususnya yang tak kenal tewas. 

Ingatan Imam, saudara Fakeh supaya ahli kariah surau juga mendoakan kepulangan beliau serta anak-anak kampung ke Mesir untuk menyambung kembali pengajian mereka segera dimudahkan. Mereka akan kembali ke Mesir bila-bila masa setelahkan sebelum ini diterbangkan ke kampung halaman dalam keadaan cukup mengejutkan.

Barakah Yasin dan Solat Hajat juga dikhaskan buat Jamaah Islam di Kerdau dan Merlimau. Parti Islam Se Malaysia meletakkan Calon pilihan di Kedua-dua PRK. Semoga Allah memberi kekuatan dan istiqamah kepada pendakwah dan petugas disana. Semoga Allah membuka seluas-luasnya ruang hidayah kepada pengundi-pengundi untuk memilih dan memenangkan calon PAS.