Ramadhan dah pun menjejak hari demi hari. Bagi umat Islam khasnya orang beriman, mereka takkan izinkan hari-harinya berlalu begitu sahaja. Setiap ruang diisikan amal.
Jihad
Umat Islam menjadikan Ramadhan sebagai singgahan bagi mengasah dan mengasuh budaya jihad. Secara otomatik bila menjejaknya akan 1 Ramadhan minda mereka akan 'set' untuk mengusahakan apa yang dituntut Allah. Mereka mulakan ketaatan mereka selepas fajar sadiq untuk tidak makan, minum dan perkara yang sebabkan puasa sia-sia. Segala dugaan nafsu serakah mesti ditangguh dalam tempoh sebulan.
Mereka juga membuang segala darjat dan ego dengan merendah diri duduk menekuni tok-tok guru dan ilmuan pada majlis ilmu.
“Puasa adalah perisai, maka (seseorang janganlah mengerjakan rafats (perkataan yang keji) dan jangan berbuat jahil dan jika seseorang itu diperangi atau dicaci-maki, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa” (Nabi menyebutnya dua kali)…” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari, no: 1894.
Dugaan hebat contohnya pernah dihadapi Rasulullah SAW dan sahabat apabila terpaksa bertembung sesama sanak saudara mereka pada Perang Badar.
Amal
Beruntung umat Islam. Allah janjikan gandaan ganjaran berkali-kali tanpa batas. 1 kebajikan di darab 10. Ganjaran yang tak dapat pada bulan lain. Pada bulan ini juga Allah dedahkan satu ganjaran istimewa yang jika amal dibuat pada malam itu dibalas dengan seribu kali kebajikan. Malam yang digelar Lailatul Qadar.
Allah akan kotakan janji ganjaran HebatNya.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)
Selain diluaskan ruang ibadah, umat Islam juga berpeluang untuk 'clear'kan kelaku buruk rohani jasmani mereka. Ramadan perlu diambil kesempatan untuk membuang tabiat pelik dan songsang yang melanggar kehendak syarie. Berganda-ganda fadilat sedekah dan zakat pada bulan ini dan tawaran yang diberikan ini perlu manipulasi sepenuhnya.
Taqwa
Mukmin yang bertaqwa akan menjadikan Ramadhan sebagai satu juadah 'runtuh' buat mereka. Mereka mengolah gaya tarbiyah Rasulullah SAW dan sahabat. 'Password' yang ditinggalkan Muhammad SAW sentiasa dijadikan amalan Ramadhan sebagaimana Hadis Baginda,
"Katakanlah 'Sesungguhnya aku ini sedang berpuasa".
Amal yang ikhlas memudahkan penganugerahan gelaran impian. Status akhir yang diidam orang Islam ialah Taqwa. Satu tingkat darjah kurniaan Allah yang nilainya melebihi manusia lain sama ada Tan Sri, Datok, Datin Seri, Tun malah Raja sekalipun. Allah kerap menyebut kemuliaan orang bertaqwa pada FirmanNya dalam AlQuran.
"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)".
( Surah Al.Hujurat ; 13 )
Moga kehadiran Ramadhan membuahkan inspirasi buat jihad, amal seterusnya taqwa buat kita umat Islam.
Bagi Episod Ramadan kali ini Sidang Senduk membawa Moto dan Tema :
'RAMADAN OH RAMADAN'
'INSPIRASI JIHAD, AMAL DAN TAQWA
No comments:
Post a Comment