Kejahilan yang sudah terlatih
Asas agama penting bagi membentuk akhlak mukmin. Ilmu yang buatkan seseorang mengenal Mahmudah dan Mahmuzah. Elak duduk dalam kejahilan. Ada ulama melabelkan penjahat bagi orang yang biarkan dirinya jahil.
Sudahla 'background' agama jahil, liat pulak ke majlis ilmu. Kemudian bergaul sahabat pulak dengan puak dan kerabat setaraf. Kalau hadir pun dalam keadaan pasif. Tapi bila dijemput ke pesta syubahat tiba-tiba jadi agresif. Dari sinilah lahirnya potensi buat membentuk perangai sangka buruk. Apabila sesuatu fitnah datang, mereka jahil dalam menilai dan membuat pertimbangan.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata:” Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat. Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka.”
Pemfitnah profesional
Perangai haloba dan pendengki mula bersarang di hati dan perasaan rendah diri dan ehsan kian luput. Apabila digilap dan direkrut perangai-perangai pelik dan buruk ini, wujudlah barisan pemfitnah yang bakal mempengaruhi kerosakan pada institusi masyarakat.
Apabila satu-satu kelompok masyarakat itu rosak, tertutuplah pintu kebaikan atau rahmat. Mereka seterusnya mula hilang upaya untuk membuat pertimbangan. Sampai satu ketika, kerja fitnah sudah jadi sepenuh masa. Mereka gunakan kuasa dan pengaruh mereka sepenuhnya untuk buat kerja terkutuk ni.
Selebriti fitnah
sampa bila begini... |
Ke semasa mereka menimbulkan pelbagai keraguan dan kekeliruan buat umat. Satu masa mereka dilihat 'warak' dan satu ketika seolah-olah 'halalkan' maksiat. 'Tok imam' dilihat mengelirukan diatas permaidani merah mengiringi aktres yang tak berpunca pakaiannya.
Hakikatnya mereka cukup terdedah kepada berbagai persepsi buruk. Sekenyang-kenyangnya menggunakan sama ada siaran langsung atau tidak semata-mata mencari 'untung' dari hasil fitnah. Lihatlah dunia artis, gosip (fitnah) jadi sumber pelaris. Lagi tinggi kontroversi gosip, bertambah laku aktres tersebut. Lihat juga agensi kerajaan dan swasta yang berebut-rebut menaja bermacam konsert atas nama Amal Jariah (pelik).
Umat Islam hendaklah istiqamah. Berhati-hati dalam bersangka dan menilai. Elakkan perspektif buruk buat diri sendir dan orang lain. Kalau dah nama bulan puasa, janganla duduk berborak di kedai mamak.
Maksud sabda Rasulullah SAW
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah, Allah meliputi kalian di dalam bulan tersebut, rahmat diturunkan, dosa-dosa dihapuskan, dan doa-doa dikabulkan. Allah melihat kalian semua berlomba-lomba di dalam bulan ini, maka Dia merasa bangga terhadap kalian dan para malaikat. Maka perlihatkanlah segala macam kebaikan diri kalian di hadapan Allah. Sebab orang yang celaka adalah orang yang terhalang mendapatkan rahmat Allah pada bulan tersebut.” (Riwayat Ath-Thabrani)
Sempena Bulan Ramadhan, belum terlambat untuk bertukar kepada 'mood' ibadah. Berjihadlah melawan, menangkis dan mencegah prasangka buruk. Semoga 'mood' Ramadhan kekal dalam kehidupan di dunia dan diakhirat.
No comments:
Post a Comment