“Demi jiwa Muhammad yang berada dalam genggaman tanganNYA, pada hari ini tidak ada seorang pun yang memerangi mereka dengan sabar, mengharap redha ALLAH, dan maju tanpa mundur melainkan ALLAH memasukkannya ke dalam syurga."
Ramadhan sangat sinonim dengan peristiwa Badar. Perang Badar adalah pertempuran sulung tentera Muslimin melawan kaum engkar Allah (Musyrikin). Badar menyaksikan kehebatan 313 gabungan Ansar dan Muhajirin mengalahkan ego Quraisy berjumlah 1000 orang.
Taqwa sebagai senjata sulit
Badar bukan peperangan biasa. Tentera Muslimin tidak pernah berpengalaman terlibat dalam sebarang peperangan sebelum ini. Rata-rata pahlawan masih berlabel 'junior' (purata macam skuad U23) waktu ini. Ketaqwaan dan segala tarbiah Rasulullah SAW memanggil mereka untuk mempertahankan Kerajaan Madinah dibawah pentadbiran Islam. Peperangan jatuh di bulan Ramadhan dimana Muslimin diwajibkan berpuasa. Selain puasa yang perlu dikekal, Syariat Islam juga terpaksa dipertahan. Tentera pimpinan wajib optimis kemenangan di pihak mereka kerana keputusan selain itu menyebabkan Islam bakal tergadai dan nikmatnya tak akan dirasa hari ini.
skuad budak muda pelapis |
“Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri nikmatNya.”
Al-’Imran:(123)
Rasulullah SAW sendiri sebagai Komander bersama Singa Allah Saiyidina Hamzah dan sahabat-sahabat ulung lain bertugas menyiapkan segala plan dan strategi untuk memenangkan pasukan Islam. Disamping strategi fizikal, persiapan rohani (taqwa) juga digilap. Ketaqwaan adalah senjata rahsia yang menjadikan tentera Islam luar biasa.
Mengharap pertolongan dari Allah
Bertempur dengan kekuatan 313 berbanding 1000 orang memerlukan segalanya dalam keadaan berlipat kali ganda. Seorang tentera muslim perlu memancung mati 3 orang musuh sekali gunakan sebilah pedang yang sama. Untuk itu seseorang hendaklah memiliki kekuatan 3 kali ganda biasa. Dan jika seorang gugur syahid maka 3 beban musuh tadi akan terpikul kepada sahabat yang lain.
"(INGATLAH), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."
Al-Anfal - 9
bermunajat |
Setelah taqwa diasuh Rasulullah SAW buat mereka, adakah mereka mengalah?. jumlah bilangan tentera terang-terang berat sebelah sama sekali tidak menggerunkan tentera Islam.
Selain disiplin mengikut peraturan (SOP) dari Rasulullah SAW, mereka juga ditarbiyah supaya sentiasa berdoa meminta bantuan Allah SWT. Masya Allah, disinilah dinilai hebatnya tentera Muslimin ketika ini.
“Ya Allah!!! Jika musnah kumpulan ini pada hari ini (Perang Badar), Engkau tidak akan disembah selama-lamanya.”, doa Nabi ketika Badar
Umat Islam harus menilai iktibar Perang Badar sebagai inspirasi bagi membentuk kekuatan taqwa. Kerana Kekuatan Islam dinilai dari hebatnya ketaqwaan muslim. Siapa juga musuh dan banyak mana sanggup mereka lawan. Badar juga mengajar umat Islam supaya sentiasa bergantung harap hanya pada Allah SWT dalam segala hal disamping usaha. Syukur dan terima kasih buat Ahli Badar kerana mereka beserta Bala Tentera Allah unggul mempertahan Islam.
No comments:
Post a Comment