BTN atau Biro Tatanegara adalah satu skema kursus yang sangat cantik menarik. Tapi kenapa pengisiannya 'sakit' dan begitu teruk. Adakah perlu dalam program dan ceramahnya didedahkan keburukan pihak yang sering mengkritik dasar kerajaan (bukannya anti-kerajaan tapi tidak setuju dengan amalan penguasa kepada kerajaan).
Merekalah perasuah, anti-Islam, anti-kafir, perusuh, pengacau ketenteraman, komunis dan sebagainya. Semua yang dibuat kelompok 'anti kerajaan' ini dianggap serong walaupun kebanyakan antara mereka telah dipilih rakyat pada pilihanraya. Selekeh sangatkah rakyat yang memilih mereka setelah tempoh pemantauan dibuat 5 tahun sekali. Teruk sangatkah hingga tergamak menyebut dan memburuk nama iXndividu tertentu, parti dan sebarang ideologi lain.
Sesuai dengan label kursus, kenapa peserta tak didedahkan dengan maksud, isi dan kepentingan perlembagaan. Mengapa tak diceritakan maksud kenegaraan dan ertinya menjadi warganegara Malaysia.?.
Berbagai disiplin subjek yang berguna boleh dididik seperti bab Parlimen, Institusi Kehakiman, macam-macam Akta, Demokrasi, Fungsi Eksekutif, Pilihanraya dan sebagainya. Kalau diisi secara bersungguh-sungguh tempoh 1 minggu (tertakluk), nescaya lahir peserta-peserta yang tinggi pengetahuan kenegaraannya.
Baru-baru ini (dalam bulan Ramadhon 1432H) datang seorang anak kampung mengadu hal ceramah-ceramah 'pelik' semasa menghadiri kursus BTN yang sekarang menjadi syarat wajib untuk mereka ke Mesir. Dia akan melanjutkan pelajaran ke Mesir lepas Aidilfitri akan datang. Isu BTN ini adalah kali kedua keudara disini. Seperti edisi lalu, aku juga nasihatkan dia 'renew' syahadah balik dengan 'extra' solat sunat taubat..Mungkin Ramadhon janjikan lebih keberkatan..
No comments:
Post a Comment