Kisah Palsu Tsalabah
Tsalabah adalah anggota Skuad Perang Badar yang jumlahnya 313 orang terlibat bertempur dengan puak Quraisy. Orang yang sesuai tarbiyahnya saja yang dapat membarisi skuad ini yang mana anggotanya terdiri dari sahabat terawal Islamnya dan 'tip-top' istiqamahnya.
Tsalabah kononnya engkar syariat Zakat. Ihsan pemberian Rasulullah SAW untuk beliau apabila mengalami kesusahan selepas Peristiwa Badar membuatkan Tsalabah dituduh kurang dan lupa solat jemaah seterusnya enggan membayar zakat.
Kisah palsu ini direka golongan tertentu yang telah sah sesat untuk memburukkan sahabat Nabi SAW yang perjuangan mereka tak perlu dipersoal.
Hadir Majlis Ilmu
Oleh itu hadir majlis ilmu wajib bagi setiap muslim (sabit hadis tolabal ilmu). Pelbagai tawaran dan ganjaran sama ada langsung atau tak, disediakan. Penuntut ilmu mempunyai tingkatan special disisi Allah.
Ilmu mengenal Allah dan Rasulnya adalah antara yang terpenting. Orang Islam asas utamanya kena kenal cinta Allah dan Rasulullah. Bagaimana? Lebih cinta kepada Allah maknanya lebih takwa kepada Nya.
Semulia-mulia disisi Allah adalah yang paling bertakwa..
Mukadimah Fiqh Sirrah
Umat Islam hendaklah menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW. Tanam azam untuk cintai Nabi umpama sahabat. Hadis dan Sunnah Tinggalan baginda perlu diketahui bersungguh. Disinilah gunanya Fiqh Sirah untuk yang nak mula dan nak menambah kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Selawat Atas Nabi
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Hadis sohih yang menceritakan 'extra' istimewanya umat Muhammad SAW jika selalu berselawat kepada Baginda Nabi.
Kisah Ulama Sufyan AsSauri dengan mayat Ayahnya antara 'power' secara langsung selawat. Bagaimana Efek langsung diterima mayat Ayahnya hasil banyaknya selawat. Wajah mayat Ayahnya kembali putih dan lebih sinarnya setelah Sufyan AsSauri terjaga dari mimpi bertemu Rasulullah.
Tarikh : 27hb April 2011
Masa : 8 Pm ( lepas solat Maghrib)
Muallim : Ustaz Ahmad Fariz
Kitab : Fiqh Sirrah
Tempat. : Surau As Somadiyah, Kg Senduk
Kehadiran : +/- 80 orang
Kutipan : RM 39
P/S - teks ini berbentuk ulasan, versi asal kena pergi sendiri kuliah
VOCALIST
Thursday, April 28, 2011
Monday, April 18, 2011
RESOLUSI 18 SIDANG SENDUK
Semalam bertarikh 18hb April 2011 bertempat di rumah Makngah Besah di kampung telah berkumpul sekumpulan budak muda senduk. Bertema santai bermenukan roti canai dan teh O budak muda ini berbincang bagaimana untuk membuat penambahbaikan kepada aktiviti geng muda khususnya. Dipengerusikan saudara Hamizan Mat Nor dan antara topik sensasi yang dibincangkan ialah ;
1. Mempopularkan program kuliah dikalangan orang muda.
2. Menggalakkan solat berjemaah secara maksimum.
3. Menambahbaik dan menstruktur kembali Pasukan Sorak Senduk ( kompang ).
Semua yang datang bertindakbalas. Semua selesa mengeluarkan pendapat. Sebarang kekeliruan dan ketidakpuas hati diluahkan pada hari ini. Sebarang cadangan dan pandangan dipertimbangkan meskipun luarbiasa.
Dan 4 Resolusi atau hasrat pertemuan di sepakati antara mereka. Semua yang hadir menyatakan komitmen dan setuju untuk ;
1. Memberikan sokongan kepada sebarang program dan khususnya Kuliah Maghrib Budak Muda yang berlangsung dalam masa terdekat.
2. Menubuhkan Organisasi Khas / unit kecil bagi program Kuliah Maghrib.
3. Mengakui Kepentingan jemaah dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan.
4. Menjadikan legenda kampung dulu sebagai inspirasi dan berazam meneruskan legasi kecemerlangan terdahulu.
1. Mempopularkan program kuliah dikalangan orang muda.
2. Menggalakkan solat berjemaah secara maksimum.
3. Menambahbaik dan menstruktur kembali Pasukan Sorak Senduk ( kompang ).
Semua yang datang bertindakbalas. Semua selesa mengeluarkan pendapat. Sebarang kekeliruan dan ketidakpuas hati diluahkan pada hari ini. Sebarang cadangan dan pandangan dipertimbangkan meskipun luarbiasa.
Dan 4 Resolusi atau hasrat pertemuan di sepakati antara mereka. Semua yang hadir menyatakan komitmen dan setuju untuk ;
1. Memberikan sokongan kepada sebarang program dan khususnya Kuliah Maghrib Budak Muda yang berlangsung dalam masa terdekat.
2. Menubuhkan Organisasi Khas / unit kecil bagi program Kuliah Maghrib.
3. Mengakui Kepentingan jemaah dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan.
Ikatan ukhuwah tinggalan Rasul SAW |
Sunday, April 17, 2011
PUAKA HANTU RAYA
Menjelang Raya
Mereka melaungkan keyakinan akan mempertahankan kuasa.
Katanya mereka sudah membuat perubahan.
Rakyat tidak patut pertikai sumbangan mereka selama ini. Pembangunan demi bangunan telah disaksi.
Ada setinggi-tinggi bangunan dan serendah bangunan.
Jalan raya tak putus-putus, tiada hujung dan tiada pangkal.
Air dan api terus menerus dinikmati hingga ke dapur rumah. Rakyat miskin bagai sudah pupus.
Semua orang dapat rasa nikmat hasil mahsul negara.
Jenayah? Jangan dipertikai. Staf keselamatan direkrut pesat dan ketat. Nisbah penjenayah dan penguatkuasa dalam angka 1 : 2, sorang penjenayah di pantau dua pencegah jenayah. Balai polis di'upgrade' seumpama kompleks beli- belah..lawa dan besarnya.
Penjenayah tak boleh cari rezeki kalau macam ni hebat 'security' nya.
Universiti dan institusi pengajian belambak. Nak memilih mana satu pilihan hati pulak yang susah. Ishh!! Mewahnya hidup. Apa lagi mau, semua tersedia
Menghantui Pilihanraya
Walaupun semua sudah ada, kita tambah lagi kemajuan. Kita bina lagi masjid, sekolah, balai raya, jalan raya. Rumah-rumah akan dibina, rakyat tak payah bayar apa. Pecah tanah sana sini, projek sesak dan terdesak namanya. Duit? Jangan khuatir..setakat RM10 ke RM50 kita tabur saja, tapi yang mintak banyak sangat dan tak tau jumlahnya, kita tulis di kertas dulu.
Kalau jalan tiada, berlubang. No problem..Akan dibuat, diturap baru. Yang baru buat pun kita 'to-up' lagi selapis. Bukan saja longkang atau parit tersumbat boleh disetelkan, nak korek buat sungai lain pun boleh.
Ooh! Semua rakyat kena celik IT.
Walaupun 'karan' ada rumah yang tak rasa lagi, kita beri Wi-Fi free.
Orang Islam mesti kehadapan sesuai dengan agama rasmi.
Masjid akan dibina lagi dan target 1Rumah 1Masjid bakal dicapai.
Akhirnya...Melepas..
Kemenangan membuktikan rakyat masih lagi menyokong perjuangan kita.
Rakyat mahu kekal. Haa!! Rakyat mahu kekal? Disebabkan rakyat mengekalkan yang asal jadi kita terpaksa 'post-pone' semua rancangan. Janji macamana?Kita tidak mengamalkan budaya rasuah. Terima kasih kepada yang bijak memilih.
Mereka melaungkan keyakinan akan mempertahankan kuasa.
Katanya mereka sudah membuat perubahan.
Rakyat tidak patut pertikai sumbangan mereka selama ini. Pembangunan demi bangunan telah disaksi.
Ada setinggi-tinggi bangunan dan serendah bangunan.
Jalan raya tak putus-putus, tiada hujung dan tiada pangkal.
Air dan api terus menerus dinikmati hingga ke dapur rumah. Rakyat miskin bagai sudah pupus.
Semua orang dapat rasa nikmat hasil mahsul negara.
Jenayah? Jangan dipertikai. Staf keselamatan direkrut pesat dan ketat. Nisbah penjenayah dan penguatkuasa dalam angka 1 : 2, sorang penjenayah di pantau dua pencegah jenayah. Balai polis di'upgrade' seumpama kompleks beli- belah..lawa dan besarnya.
Penjenayah tak boleh cari rezeki kalau macam ni hebat 'security' nya.
Universiti dan institusi pengajian belambak. Nak memilih mana satu pilihan hati pulak yang susah. Ishh!! Mewahnya hidup. Apa lagi mau, semua tersedia
Menghantui Pilihanraya
Walaupun semua sudah ada, kita tambah lagi kemajuan. Kita bina lagi masjid, sekolah, balai raya, jalan raya. Rumah-rumah akan dibina, rakyat tak payah bayar apa. Pecah tanah sana sini, projek sesak dan terdesak namanya. Duit? Jangan khuatir..setakat RM10 ke RM50 kita tabur saja, tapi yang mintak banyak sangat dan tak tau jumlahnya, kita tulis di kertas dulu.
Asalnya 'cute' gila |
Ooh! Semua rakyat kena celik IT.
Walaupun 'karan' ada rumah yang tak rasa lagi, kita beri Wi-Fi free.
Orang Islam mesti kehadapan sesuai dengan agama rasmi.
Masjid akan dibina lagi dan target 1Rumah 1Masjid bakal dicapai.
Akhirnya...Melepas..
Kemenangan membuktikan rakyat masih lagi menyokong perjuangan kita.
Rakyat mahu kekal. Haa!! Rakyat mahu kekal? Disebabkan rakyat mengekalkan yang asal jadi kita terpaksa 'post-pone' semua rancangan. Janji macamana?Kita tidak mengamalkan budaya rasuah. Terima kasih kepada yang bijak memilih.
Friday, April 15, 2011
BAB 2 : ERA ISLAM DI JANJI MENANG
Kebangkitan Islam
Ketua perencananya ialah Iblis Laknatullah dan pelaksananya sudah tentu zionis. Selagi manusia tak berjaya disesatkan, selagi itu mereka akan berperanan.
firman Allah SWT yang maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka (yang telah terpesong itu).” (al-Baqarah: 120)
Pejuang Islam memperlihatkan kebangkitan 200 tahun selepas kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Bibit kebangkitan di Tanah Melayu mula dilihat dengan lahirnya legenda-legenda pejuang Tanah Melayu. Walaupun sejarah menganggap pejuang tadi membawa agenda bangsa Melayu tapi realitinya mereka adalah Tok-tok guru kampung yang berjuang atas dasar Islam. Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Dol Said rata-ratanya berlatarbelakang agama dan perjuangan mereka adalah demi mempertahan kesucian Islam. Pejuang Islam ini tidak rela dijajah oleh Barat yang membawa agenda zionis yang bakal menghancurkan akidah umat Islam. Keputusan untuk mengangkat senjata adalah kaedah paling praktikal. Para Pejuang Islam tadi akhirnya gugur syahid. Petanda awal kebangkitan Islam Tanah Melayu.
Diawal 1900 an, orang semakin sedar peri pentingnya pendidikan Islam. Waktu ni, para pendakwah kebanyakannya adalah graduasi Al-Azhar Mesir, Makkah dan Tok-tok guru pondok. Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Al Hadi, Abbas Taha dan Tok Kenali antara nama-nama yang sinonim dengan Gerakan Islah Tanah Melayu. Mereka berperanan menyedarkan masyarakat Melayu tentang kehidupan beragama. Madrasah dan pondok didirikan khas untuk memberi pendidikan kepada umat Islam. Mereka juga pelopor kepada idea penerbitan pelbagai bentuk bahan bacaan ilmiah contohnya 'Al-Imam dan Saudara.
Pusat-pusat ilmu, pondok dan madrasah inilah yang akhirnya melahirkan tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin Helmy, Pak Sako dan Ahmad Boestamam yang bertanggunjawab me'reformasi'kan umat Islam kearah kemerdekaan dari Penjajah British. Setelah dihidu peranan mereka, pihak British terus mematikan karier dengan mencipta pelbagai 'konspirasi'. Hasilnya mereka ditangkap, dipenjara dan dibuang daerah.
Walaupun pelopor ini cuba 'ditiadakan' oleh pihak pemerintah pada ketika itu namun idea kesedaran yang dirintis telah mekar dan mempengaruhi kebangkitan di era 70 an. Kalini watak tersebut telah 'ditransformasikan' kepada pelapis baru dipelopori pelajar institusi pengajian tinggi. Angkatan Belia Islam (ABIM) adalah NGO sulung yang merintis kebangkitan era ini. Mereka juga dipengaruhi gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir bertunjangkan tokoh hebat seperti Syeikh Muhamad Abduh dan Hasan Al-Bana. Ketika inilah lahir insan reformis bernama Anwar Ibrahim. Pakatan ini mewakili aspirasi umat Melayu yang berasa ditindas oleh penjajah ala baru yang mewarisi sistem kolonial. Pemerintah yang tetdesak akhirnya terpaksa menggunakan pelbagai Akta bagi menghalang kebangkitan rakyat Melayu. Pejuang-pejuang ini akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.
Hari ini aura kebangkitan Islam tercetus lagi dan sekali lagi berkiblatkan gerakan Mesir. Golongan muda mengetuai rakyat Mesir bangkit melawan penindasan Rejim Hosni Mubarak. Kebangkitan kali ini merebak ke negara jiran seperti Tunisia, Yaman, Libya dan Algeria. Kebangkitan diusahakan ini sekali lagi cuba di gagalkan oleh kuasa kuffar. Namun begitu, keadaan demokrasi yang semakin dihimpit pemerintah menyebabkan kebangkitan rakyat semakin sukar digugat. Walaupun pejuang Islam sentiasa ditekan dan disekat, roh perjuangan tetap menjalar ke dunia seluruhnya.
Ulama, pemikir dan pejuang sentiasa optimis bahawa sifat Islam tetap berada pada posisi kemenangan. Islam disejarahkan mengalami jatuh bangun dari zaman ke zaman dan hebat disulam pelbagai rancangan fitnah. Namun Islam akan kembali bangkit pada satu-satu era dengan mantap bergaya. Rasulullah telah menyemai benih tarbiyah yang mendasari etika pejuang-pejuang Islam.
Ustaz Dr Jamnul mengakhiri kuliahnya dengan menyebut maksud ayat Allah " Mereka membuat perancangan, Allah juga mempunyai perancangan dan Allah adalah sebai-sebaik perancangan'

BAB 1 : ERA ISLAM DI JANJI MENANG
Rela atau tidak, umat manusia hari ini telah pun berada Zaman Kebangkitan Islam.
"Suatu era dimana Islam pasti beroleh kemenangan" tegas Dr Jamnul Azhar Mulkan serius pada suatu Program Ilmu Di Kg Changkat Ning. Bibit kebangkitan telah tercetus bermula di Timur Tengah. Islam waktu ini pelan-pelan bakal kembali diangkat sebagai cara hidup umat manusia. Beban kebangkitan dipikul oleh setiap individu yang inginkan Islam. Kebangkitan Islam bagaimanapun terpaksa bersaing dan berperang dengan Fenomena Fitnah yang sama 'hebatnya' serta perlu kekuatan, istiqamah dan pengorbanan para juangnya. Dakwah bukan kerja main-main.
The Chronicle of Fitnah
Mereka diberi keizinan Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat.” (Surah Sad, ayat 81).
Iblis merangkap Setan adalah punca segala fitnah alam dan manusia. Makhluk spesis ini adalah ikon kepada bapak-bapak pemfitnah dan boleh dikatakan 'legend' turun temurun. Kisah fitnah Iblis ni dah bermula sejak zaman Nabi Adam. Habil dan Qabil, Nabi Ayub, Nabi Yusuf antara teladan hebat siri fitnah. Teladan juga boleh dikutip di zaman Nabi-nabi yang lain terutama yang bergelar Ulul Azmi.
Fenomena Fitnah ni semakin hebat kala wafatnya Rasulullah SAW. Akhir pemerintahan Saiyidina Uthman RA dan awal Saiyidina Ali diangkat khalifah merupakan titik-tolak berlakunya fitnah besar melanda ummat.
Di Tanah Melayu dulu pejuang awal kemerdekaan (Ahmad Boestamam dan Burhanuddin Helmy dan lain-lain lagi) di tangkap British atas dakwaan komunis dan talibarut Jepun. Karier politik mereka seterusnya cuba dimatikan dengan ugutan tangkap dan penjara.
Seperti ditulis pada Sejarah Malaysia, akhirnya Akta Keselamatan diwujudkan khas untuk menghalang 'anasir subversif' ini.
Era 80 an kemudian datang dengan fitnah yang lebih 'grand'. Kali ini Islam di tuduh pencipta keganasan global. Pejuang Islam ketika ini dilabel pengganas. Sekolah-sekolah berorientasikan agama dihentikan bantuan oleh kerajaan atas alasan melahirkan pengganas. Akibat terhenti bantuan, ramai pendokong asal terpaksa menghadapi pelbagai tekanan.
Yang lama tak surut lagi, datang pulak fitnah baru era millenium ni. Sesuai dengan kecanggihan teknologi, fitnah 'cyber' menuntut pejuang Islam lebih berhati-hati dengan gerak laku kerana segalanya seolah tidak mustahil di dunia 'globalisasi' ini. Semua bentuk multimedia termasuk video, gambar boleh tersebar seluruh dunia dengan hanya menekan 'button enter'. Fenomena luarbiasa, pelik, jijik boleh terjadi pada zaman ini. Wal'iyazubillah..Ya Allah jangan Engkau pesongkan hati kami..

Fitnah yang menggila |

Friday, April 8, 2011
LAGENDA BUJANG SENANG
Ketenangan air halus manja
Tersebut satu kisah 'puaka'
Asal manusia menjadi buaya
Be 'Raja' di lubuk ngeri
Rangkak tenang mencari mangsanya
Segala berlaku senyap sunyi
Siapa mencabar bersedialah
Akan menjadi mangsanya
Akibat sumpah 'Puaka'
Suara ngeri datang dari lembah sunyi
Maut menanti dari sudut tanpa kesan
Kelaku 'misteri' sukar di dicari
Tubuh menyamar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya Lagenda Bujang Senang
Ehsan dari :
Wings dari Album Teori Domino 1990
Tersebut satu kisah 'puaka'
Asal manusia menjadi buaya
Be 'Raja' di lubuk ngeri
Rangkak tenang mencari mangsanya
Segala berlaku senyap sunyi
Siapa mencabar bersedialah
Akan menjadi mangsanya
Akibat sumpah 'Puaka'
'Puaka' Di Bumi Kenyalang |
Maut menanti dari sudut tanpa kesan
Kelaku 'misteri' sukar di dicari
Tubuh menyamar timbul tenggelam
Gelar diberi buaya ini
Buaya Lagenda Bujang Senang
Ehsan dari :
Wings dari Album Teori Domino 1990
SOLAT JEMAAH : JEJAK TINGGALAN NABI SAW
Penting untuk masyarakat Islam diberikan dorongan (targhib) dengan menerangkan kelebihan dan keistimewaan solat berjemaah bagi menarik mereka kepada amalan tersebut kerana ia bukan sesuatu yang boleh dipaksa.
Bagaimana Rasulullah SAW mendidik
Dalam hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Rasulullah bersabda: Allah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatmu solat lima waktu. Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktu maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat, Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya.
(Riwayat Abu Daud dan Ibu Majah).
Ketika hampir wafat, Baginda tetap pergi ke masjid untuk menyertai solat berjemaah yang diimamkan oleh Saidina Abu Bakar.
Demikianlah perilaku mulia yang ditunjukkan Baginda supaya umat Islam mengambil contoh tauladan untuk turut bersungguh-sungguh menjaga solat berjemaah yang dijanjikan banyak ganjaran dan rahmat daripada Allah.
Solat Berjemaah Untungnya Berganda
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar bahawa Rasullullah bersabda: "Sesungguhnya solat berjemaah adalah dua puluh tujuh kali ganda lebih afdal daripada solat bersendirian."
(Riwayat Imam Malik, Bukhari dan Muslim).
Apabila seseorang itu mendirikan solat dengan ikhlas bersama niat untuk memperoleh keredaan Allah dan berniat mendapatkan ganjaran (ihtisab). Namun sebenarnya keuntungan dalam amalan agama sebagaimana solat adalah terlalu besar.
Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula selama 40 hari akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik."
(Riwayat al-Tirmizi).
Allah akan mengurniakan lima keistimewaan
1. Diangkat Allah dari kesempitan hidup.
2. dihindar daripada azab kubur.
3. Menerima buku catatan amalan melalui tangan kanan.
4. Melintas titian sirat sepantas kilat.
5. Memasuki syurga tanpa hisab.
Apa kata ulama.
Sebahagian ulama meletakkan hukum bagi solat fardu lima waktu secara berjemaah untuk golongan lelaki ialah fardu ain. Manakala sebahagian ulama pula mengatakannya sebagai fardu kifayah dan sebahagian lagi ulama termasuk Imam Syafie berpendapat ia adalah sunat muakkad.
Solat Orang Munafik
Bagi golongan munafik, mereka tidak menyertai solat Isyak dan Subuh secara berjemaah kerana merasakan solat mereka tidak akan dapat dilihat pada dua waktu yang suasana harinya agak gelap itu.
Abdullah bin Abbas berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi menunaikan solat berjemaah tanpa sesuatu sebab yang menghalangnya iaitu keuzuran daripada menyertai solat berjemaah maka solat yang dikerjakan (tanpa berjemaah) tidak akan diterima." Para sahabat bertanya: "Apakah keuzuran itu? "Jawab Rasulullah: "Takut atau sakit. "
(Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Hibban).
Bagaimanapun ulama muktabar sepakat mengatakan bahawa perkataan 'solat tidak akan diterima' bermaksud bahawa dia tidak akan mendapat ganjaran daripada Allah melalui solat yang dikerjakan itu, sebaliknya hanya sekadar terlepas daripada kewajipan menunaikan solat fardu.
Ulama menggariskan 'keuzuran' yang dimaksudkan dalam hadis di atas termasuk cuaca yang terlampau sejuk, hujan lebat, terpaksa buang air, lapar atau dahaga, takut kepada pemiutang kalau-kalau dimintanya di tengah jalan sedangkan ia benar-benar tidak mampu, takut kepada orang zalim dan siap sedia untuk bermusafir, takut kalau-kalau terlewat atau ketinggalan.
Rasulullah bersabda: "Seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat, (langkah yang sama) digugurkan satu dosa, dan diberikan satu pahala. Setelah bersolat, jika dia terus duduk di dalam masjid (dengan keadaan berwuduk) maka para malaikat akan memohon rahmat dan keampunan untuknya. Selama mana dia terus menunggu untuk menunaikan solat yang seterusnya maka dia akan terus menerus mendapat pahala solat selama masa dia menunggu solat tersebut."
(Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan daripada Sahl bin Sa'idi bahawa Rasulullah bersabda: "Berilah berita gembira kepada mereka yang selalu berjalan ke masjid dalam kegelapan malam bahawa mereka akan memperoleh nur yang sempurna pada hari kiamat. "
(Riwayat Ibnu Majah).
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Said, Rasulullah bersabda: "Apabila kamu melihat seorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. "
Lalu baginda membaca surah al-Taubah ayat 18 yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat... "
Begitu besar ganjaran yang disediakan untuk orang yang bersolat jemaah sehinggakan mereka yang tidak sempat untuk menyertai jemaah turut diberi ganjaran seandainya sebelum itu dia menyangka solat belum selesai lagi.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Seseorang yang berwuduk dengan sempurna lalu pergi ke masjid untuk bersolat berjemaah) lalu mendapati orang ramai telah selesai solat berjemaah, Allah akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang sama sebagaimana mereka yang telah bersolat berjemaah, tanpa mengurangkan sedikit pun daripada pahala mereka."
(Riwayat Abu Daud, Nasai dan Hakim).
Sebenarnya terlalu banyak sabda Rasulullah yang menggalakkan umat Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah namun beberapa hadis di atas adalah memadai untuk mereka yang benar-benar mahu mengikut jejak langkah yang ditunjukkan oleh Baginda.
Sesungguhnya Islam bukanlah hanya berkenaan perkara solat sahaja kerana agama yang syumul itu merangkumi segenap aspek kehidupan dan cara hidup manusia yang lengkap, namun solat adalah perkara asas dalam ajaran agama itu yang perlu dikerjakan dengan sempurna. Dan sama ada ibadat kita diterima atau tidak, hanya Allah sahaja yang mengetahui namun Rasulullah telah menunjukkan cara-cara bagaimana setiap amalan itu dapat diterima oleh Allah sekiranya dilakukan mengikut sunah Rasulullah, dan solat berjemaah adalah salah satu sunah Baginda.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Abdullah Ibnu Mas'ud: Rasulullah mengajarkan kami jalan-jalan petunjuk (sunanul huda) dan di antara jalan-jalan hidayah itu ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid yang dilaungkan azan. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah).

Wednesday, April 6, 2011
AURA PERMAIDANI MERAH
Naik muak bila dengar perkataan PERKASA, lebih muntahnya bila 'tuannya' disebut. Tah apa-apa punya akidah. Sekejap Islam, sekejap Melayu. Tapi macam selsema, virusnya tetap berjangkit walaupun tak suka.
Umat Islam luar negara kalut berpeluru sesama sendiri. Di Libya, peluru Tomahawk dah tak cam orang. Nak cari Rejim Ghadaffi, lebur masjid dengan jemaahnya sekali. Turun sikit Mesir yang masih bergolak. Turun lagi, Yaman yang pemerintahnya bertempur dengan rakyat. Bak kata student Yaman, kereta kebal 'park' tepi rumah. Tapi rakyat Malaysia jangan kelam kabut, Tomahawk tak 'target' bumi Melayu. Yang hancur Afrika dan Arab.
Di Timur Dunia, takdak adegan 'tayang' senjata tapi Jepun dah jadi padang jarak padang tekukur. Tsunami menggelamkan harta rakyatnya. Seolah-seolah "kiamat kecil" berlaku hingga keselamatan diri tidak lagi dipeduli. Begitu hebat kuasa Allah. Teknologi Jepun tunduk akhirnya dan jadi porak peranda.
Di Sarawak, tamak dan rakus sekali pemerintah membedak kekayaan bumi sesama tali barutnya. Rakyat hanya mampu menganga bangga. Menteri ziarah rumah rakyat naik helikopter peribadi, anak dan kroni kehulu hilir pakai Ferari. Takkan tak pelik. Takkan sampai begitu selesanya. Jual balak dah dekat bogel hutan dibuat puak-puak ni. Minyak dikorek habis-habisan. Sarawak pun akhirnya punah.
Kini, ketika seluruh isi dunia mengeluh dengan pelbagai kerosakan, segelintir Melayu Malaysia masih suka bergosip tah kemana. Hanyut dengan kontra versi ala Fasha Sanda. Skandal Anugerah Hiburan yang terus menerus merosakkan minda rakyat melayu. Makin lagho dengan hiburan dan hedonisme. Makin dan hanyut dan alpa.
Umat Islam luar negara kalut berpeluru sesama sendiri. Di Libya, peluru Tomahawk dah tak cam orang. Nak cari Rejim Ghadaffi, lebur masjid dengan jemaahnya sekali. Turun sikit Mesir yang masih bergolak. Turun lagi, Yaman yang pemerintahnya bertempur dengan rakyat. Bak kata student Yaman, kereta kebal 'park' tepi rumah. Tapi rakyat Malaysia jangan kelam kabut, Tomahawk tak 'target' bumi Melayu. Yang hancur Afrika dan Arab.
Di Timur Dunia, takdak adegan 'tayang' senjata tapi Jepun dah jadi padang jarak padang tekukur. Tsunami menggelamkan harta rakyatnya. Seolah-seolah "kiamat kecil" berlaku hingga keselamatan diri tidak lagi dipeduli. Begitu hebat kuasa Allah. Teknologi Jepun tunduk akhirnya dan jadi porak peranda.
Di Sarawak, tamak dan rakus sekali pemerintah membedak kekayaan bumi sesama tali barutnya. Rakyat hanya mampu menganga bangga. Menteri ziarah rumah rakyat naik helikopter peribadi, anak dan kroni kehulu hilir pakai Ferari. Takkan tak pelik. Takkan sampai begitu selesanya. Jual balak dah dekat bogel hutan dibuat puak-puak ni. Minyak dikorek habis-habisan. Sarawak pun akhirnya punah.
Tok Lebai pun terangkat kepiah.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)