Dia kerja kat Pejabat Kesihatan Daerah dah 30 tahun.
Sambil aku perati rambut, fizikal dia, "Lama tu"Aku setuju.
"Abang la ni nak cari Pengundi Islam..Abang nak buat persatuan khas untuk pengundi Islam"Aku mula rasa pelik bila dia keluarkan 'statement' Pengundi Islam.
Dia sambung lagi"Bila Calon dia Islam vs Islam, lantak hangpa nak pilih sapa tapi kalau Islam vs Cina atau bukan Islam..contohnya Kuala Sepetang, kena undi yang Islam.."Aik?ni dah jadi lain..
Dia tak tau ka 'background' Islam rata-rata orang Bukit Gantang. Dia tak tau ka berapa sekolah Arab bangun kat area Bukit Gantang dan ramai Tok-tok guru buka tutup kitab kat situ.
"Setakat ni ramai yang dah berminat, dah ada dekat 2 ribu "Mana mai 2 ribu tu..Ya ka ni?.
Aku dah malas nak pikir. Sejak bila pulak Islam ajar toleransi dengan bukan Islam macam tu. Sejak bila Tok-tok Guru pesan kat orang Bukit Gantang benda pelik ni.
Adaka Bukan Islam nak percaya stail dakwah pelik macam ni. Lari lagi ada la. Mengaji mana dia ni.
Aku rasa spesis ni sama macam Ibrahim Ali. Sama tapi tak serupa ja.
Pesan Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9, maksudnya:
“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
Dan kita diingatkan sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mafhumnya:“Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan (Allah)”.
Perfect!!Takdak cacat cela apa yang Allah dan Rasululullah bawa.
Memang la aku sedar baru setahun berpengalaman kerja kat area Taiping ni. Aku pun tinggalkan nombor telefon aku kat 'brader' tu kalau dia perlukan khidmat 'Pengundi Islam' tak lama lagi.
No comments:
Post a Comment