VOCALIST
Tuesday, May 4, 2010
DRAMA JAM DINDING
La..tak bawak jam pulak..selalu tak miss. Nak kata kalut, hari-hari kerja stereotype ja stail. habih..macamana nak buat kerja, semua pakai jarum saat. Takan nak lari keluar tengok matahari.
Ada jam 24 inci kat dalam ni tapi bila aku tengok dia, dia usha aku balik, kalau tanya pukul berapa?dia kata nak berapa?Hari tu pakcik kat tempat kerja aku bagitau jam Orient ni maintenance tinggi..makan kuat la tu..tengok saiz dah tau kalori dia..
Lepas setahun baru aku tampal belambak hadiah jam kat rumah termasuk satu jam yang aku seludup dari tempat lama. Pasang tu pun sebagai bayaran azam baru untuk tahun 2010. Dalam bilik satu, kat dapor satu dan kat ruang tamu biasala..Ada satu aku kata kat mama nak pasang kat luar rumah.
Jam Adidas 'pair' (satu mama punya) aku beli sebagai hadiah ulangtahun ke-2 kawin kira acessories mandatori aku la. Kira budak lagi la usia dia tapi masa aku beli tu, Casio yang umur 15 tahun dah start merajuk. Tak rosak tapi takleh pakai. Banyak jugak kes merajuk 'makhluk-makhluk' lain ni yg jadi kat aku. Tapi harus aku pujila prestasi Casio ni bab aktiviti lasak terbang, terjun, panjat semua terdedah. Bukan nak kata yang baru ni tak lasak..satgi merajuk pulak.
Depa dah tutup lampu ni..tengok!dah pukul 1..kan dah kata, tiba-tiba dah rehat tengahari. Susah takdak jam di tangan ni. Nak tanya orang selalu leceh. Orang pompuan kalau silap tanya satgi dia kata nak ngorat pulak.
Dulu untuk hantaran kawin aku dulu plan nak bubuh jam (ada satu jam aku dah skodeng la) tapi aku kata baik kita tukar PS2 dengan camera..Reform la sikit..Aku bagi alasan PS2 celop kat Petaling Street hang takkan jumpak punya. Tapi kalau hang jumpak PS2 2nd-hand kat mana-mana, keberangkalian aku punya tak mustahil pasal ada report kes pecah rumah dah aku buat kat Balai Pandan.
"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali, mereka yang berpesan-pesan kepada Kebenaran dan berpesan-pesan kepada Kesabaran..
Firman Allah (Surah Al-Asr)
Kat LCD komputer aku ni ada aku download jam sebenarnya. Cuma kalau posisi dia kat belakang kena la pusing 180 degree..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment