VOCALIST
Sunday, May 2, 2010
GOT SOME 'DOUBLE TROUBLE'
"Ish..takkan pendek macam ni.."aku tengok keratan akhbar dalam BH pasal Double Trouble dan aku perasan rambut aku..Ada lagi sebulan ni kalu aku ternak dah jadi 12 cm ukuran rambut aku..Walaupun 'interview' jadi rocker tak lepas, sekurang-kurangnya level prebet aku dah 'clear'. Ikut hati nak pinjam ja rambut wali yang dok jalan berpuluh KM kaki ayam tu kat area tempat aku..Aku roger Sam, sekutu rock aku yang boleh dipercayai untuk usahakan tiket. Kalau ada yang nak undi Mail, SMS ja cayala Mail 8888 (teringat jean brand lois)
Kami pilih Mail sebagai agen tiket yang sah. Mail sahkan pembelian tiket seminggu sebelum tarikh. Dia ni lahir tahun 4U2c tapi dia rock. Kalau dia tipu, aku pun kena tipu jugak. Dia dengan Yob Meor la isi ruang Orange Club masa Wings Alive bertarikh sama dengan hari kawin aku.
SEKIAN HARI NYA 1 May 2010 8.45 PM
Sayap2Wings ada post kat aku fan t-shirt masa aku register Wings fan club yang launch dekat bangunan MARA dulu. Aku ada bawak tapi aku tak pakai la. Risau Search punya fan tengok kecik ja aku. Kena fair la, aku pun ada belambak CD search jugak, bukan jenis tunggu radio putar ja.
Depa ni tunggu kat mana, kata kat rumah Man.."Mana" Aku terus telefon Sam.."Woi! rumah Man la, hang rumah Man pun tak tau" Aku silap rumah rupanya. patutla takdak puak ni. Bila aku sampai, Wan Jay pun ada (Sam sebelum tu bagitau ada reserve 1 tiket lagi)
Sebelum nampak signboard Mount Kiara, kereta dah bersusun. "Takkan dah start park?" aku dimaklumkan ada reserve parking untuk crowd kat KLGCC. "Jauh ni" Aku pi depan lagi. Dah double parking. Exit ke venue dah tutup, aku terus park kereta dalam formasi 4 lapis. Dah berbaki 1 lorong jalan tu. Kalau DBKL buat pasal, satu kapal pun tak muat. Aku try sedapkan hati. Teringat aku kena beli balik skuter member aku yang disapu DBKL kat Pertama dulu. Sayup ja aku perati kat lori.
Punya ramai manusia.Dah tiga konsert berskala besar aku attend tapi ni yang tersesak crowd dia. Masuk dalam cam itik, keluar dah macam penguin. Dan aku tau yang buat ramai pasti ada kutu 'pesen' lepak kat luar ja konon nak tunggu tiket 2nd half macam tengok bola..tiket dah abis geng, kalau ada lagi gua payung semua, haha.. dah banyak kes lagu ni. Dulu masa Ella, Cromok Salem In Concert 1992 Gopeng, rocker datang naik motor ja kot tu yang jalan clear. Biasa la rocker dulu, isap rokok pun 'steng-steng',' Maintenance rendah' dah tu masuk konsert dapat Salem 7s sekotak..layan...
"Yang ni sila dapatkan tiket kat khemah putih" Aik?Mail tak redeem lagi?dah la macam penyu jalan tadi nak ke pintu masuk. Dah jadi model sudahnya aku Sam dan Jay kat situ. "Tunjuk tiket!"laung aku kuat, cover sikit.
Jam dah 8.50 Pm. Ismahalil Hamzah (MC) dok provoke macam-macam, taktik lama ni..kalau dalam bola kira injury time la, ada ja orang buat sakit memacam, 'playsafe'. Aku terus lompat masuk ke floor bawah dan terus menyelit ke depan sampai satu ketika taktik aku dah gagal, ada minah tu bahu dia dah 2x bahu Sam. Teringin gak nak main ragbi sebelum ni.
Double Trouble start beraksi dengan setlist gemuruh, aura lagu tu membuat orang disekitar histeria.
Setlist Kalau kul 8 pm baru terhegeh-hegeh, terpaksa berpuashati di sof belakang la.
1. Gemuruh - Duet
2. Puisi merdeka - Wings (rare list perfomed)
3. Sejati - Wings
4. Gema di inderaloka - Wings
5. Mabuk Tujuh Lautan - Wings
6. Kau Masih Berdegil -Wings
7. Pasti - Search
8. Cakap Memang Murah - Search
9. Analogi 0.1 - Search
10. Paranoid - Search
11. Isabella - Search (wasted)
12. Balada Pemuzik Jalanan - Search
13. Emmanuelle - Search
14. Rozana - Search medley Double perfomed
15. Meniti titian usang - Search medley Double perfomed
16. Isi atau kulit - Search Medley Double perfomed
17. Taman Rasyidah Utama - Wings medley double perfomed
18. Misteri Mimpi Syakilla - Wings medley double perfomed
19. Semalam Yang Hangat - Wings medley double perfomed
20. Gadisku - Search double perfomed
21. Solo Drum, Solo Guitar Joe dan Kid
22. Rock nN Roll Lu punya suka - Wings double perfomed
23. Nur Nilam Sari - Search double perfomed
Ni list yang aku ingat. Yang tertinggal sendiri tambah. 'Kau masih berdegil', 'Gema di Inderaloka' dan Mabuk 7 Lautan' set Double Trouble terbaik (semua perfomed dari Wings) aku pilih 'base' kepada sound instrument mantap dan vocal superb Awie. 'Thanks' semua brader Wings dengan perfomed setlist 'Puisi Merdeka' (lagu rare, heavy yang jarang tersenarai dan di perfomed cantik). Aku teruja dan tiba-tiba melompat (terima kasih Mail) bila lagu 'Pasti' di perfomed Search. Lagu dari Album Langit & Bumi ni memang Rock (That's I Call Rock). "Kau lah mentari, aku rembulan"...cayala..
"Ni yang buat aku semangat ni..Kasi E Zack.."lawak part dalam filem Rock yang shoot kat area town lahir aku Taiping..Macam tu la aku tengok Amy ngan Awie bersilat untuk tarik last part dalam setlist 'Rock n Roll Lu Punya Suka'. "lu punyaaa!!.." yang ni pun lawak 18SX. "Pokcik, diaorang ni tak penah dengor ke lagu ni.?" Bukan tak pernah tapi area kita tu kategori Radio Friendly Song jawab aku pada soalan mail.
Wings 'proved' malam tu depa punya dengan drum solo Black yang ber 'make-up' kan double pedalnya. Dan sekali lagi Joe Wings mengelirukan aku, camna dia tibai Les Paul nya untuk semua lagu (tak payah tukar gitar).
Rock tak datang kalau gitar tak jerit. Malam tu sound Kid dan Din tenggelam sikit, tak taula pasal apa.Kot depa bahagi dua bunyi kot(Joe main sorang bolehla), Depa setting untuk 2,3 orang crowd kot tapi tengok yang datang puluh ribu. itu sound yang aku dengar la. Search adalah legend dalam dunia rock Malaysia.
Dengan stage yang rendah, aku kena jengket sikit nak tengok aksi di stage. Tapi takkan aku nak jengket macam tu ja 3 jam, jadi aku terpaksa tengok Kamera bolehla tinggi ikut saiz tangan
kat skrin, sekali-sekali jengket jugak. Tapi geng..kalau mai sini nak tengok skrin, baik aku tunggu DVD ja. Makcik kat tepi aku terpaksa skodeng celah ketiak.
Stamina aku untuk layan rock ni memang ok la tapi area posisi aku tu crowd macam pi dengar talk motivasi ja tapi nak wat macamana, langkah aku tersekat kat situ. Time setlist popular baru respond. Hish! pasal apa depa ni dok sini, balik dengar CD pun boleh apa. Tapi ok jugak, time 'Isabella' boleh berenti sat banging..letiiihh..Orang tak jirus air kat aku pun tak kisah walaupun kat depan nu ada air bersimbah-simbah.. Dok perati jiran sebelah ni 'dress' macam puteri UMNO pun ada (tudung pink). Sekali-sekali terpikir menarik apa kalau pisah ja wanita dan kaum Adam ni..buat tembok..
Pukul 12 tengah malam tiba-tiba konsert tamat walaupun aku belum kedengaran semua track Double Trouble. Banyak lagu tak main. Aku tak la letih lagi tapi faham Amy tu dah warga emas..dah tahap klasik. Mungkin aku tak puas kot atau pun biasala kalau dah 'legend' yang perfomed bila pun tak 'stim' .
ada lagika 'Double Trouble' untuk aku ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment