VOCALIST

Tuesday, May 11, 2010

EFEK BUAH DADU


Ni bukan lagi cerita lawak!!Dah lulus pun..
Gila apa puak-puak ni...
.Yang ngaku Islam, negara Islam, OIC Chairman, ngaku dah tobat amalan tongggeng-tonggek kat Padang Merbuk..Geng songkok ni tiba-tiba jadi lain..
Timbalan Menteri umum benarkan pertaruhan dalam bolasepak semata-mata nak elakkan bookie.? Apa kes ni? Sampai macam tu ka?
Tak cukup 1 gunung, nak tambah stail lain pulak berjudi. Kali ni tak payah susah panjat, trek gunung. 'On' ja TV, ..pakat-pakat tikam... Bijak puak Kera bat ni kalau untung punya pasal sanggup menoda dosakan rakyat.. Lagi 'over bijak' nya Menteri Kera bat ni bila klasifikasikan judi melalui dua 'fatwa' hukum.

Haramnya.

Untuk tokei yang tak daftar/lambat 'renew' lesen / permit, tak cukup syarat kelayakan dan tahap pelaburan premis/ Sdn Bhd sangat minimum. Contohnya : main judi kat cerok pokok getah, tikam cekelat, menurun kat pokok cepedak di kubur.

Halalnya.


Untuk tokei yang berlesen tahunan dan bercop SIRIM atau Hak Kerajaan Malaysia dan bersyarat ringan iaitu premis kena letak board 'Orang Islam dilarang berjudi'. 1Malaysia ja, Las Vegas takdak camni..
Contoh : Sport Toto, Magnum 3D, 4D..

Lega Tok-tok Mufti..
Tengok lesen ja..
Kalau malas nak tengok pass kat JPJ, Polis..
Kembong pulakkk..

Surah al-Baqarah : 219“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dari beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada manfaatnya”.

Surah al-Maidah : 90-91

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”

Hadis ;

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”
Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah
Wallahua'lam. Wal'iyazubillah..


Kalau Rakyat Mati tak berduit takpa, tapi ni 'Taktik' nak bagi rakyat ke 'sana' PAPA KEDANA...

No comments:

Post a Comment