VOCALIST

Monday, May 31, 2010

PALESTIN : UNTUKMU ZIONIS....


Konvoi Gaza: Kematian meningkat, Gaza berkabung

KUALA LUMPUR, 31 Mei:

Sekurang-kurangnya 20 orang telah meninggal dunia

dalam serangan ganas tentera zionis Yahudi dan masih ada kemungkinan

akan terus bertambah serta lebih daripada 50 orang lainnya mengalami

kecederaan, lapor laman web Haluan Palestin.


Hak Palestin sehari ke sehari dikorek.
Rakyatnya makin hapus.
Kekuatan dinilai batu.
Rakyat Malaysia akan terus sesuai dengan adatnya.
Yang marah, marah..Yang kutuk, kutuk.
Yang di pejabat, tabung Gaza mula bergerak.
Pejam tak pejam dah RM 1 juta.
Celik tak celik macam-macam kreativiti rakyat terluah.
Berebut Kapitalis taja konsert, terlonjak-loncat simpati penonton teruja..

Sampai begitu hebatnya..

Memang terbukti hebatnya Rakyat Malaysia tapi malangnya Rakyat Palestin hanya boleh lihat kehebatan itu terpamer setakat pintu sempadan saja..
Lebih malang ia bertukar jadi peluru untuk bunuh diri..

Untuk makluman :
1. Israel sebenarnya tak punyai negara dan tiada dalam paspot.
2. Israel ialah pengepung dan penyekat bantuan ke Gaza dan Palestin
3. Zionis ialah Ejen Israel yang menyembelih hidup Umat manusia
4. Mesir dan Lebanon ialah talibarut Israel.

5. Malaysia guna khidmat jurunasihat APCO iaitu sebahagian dari Zionis.

Apa 'nasihat' APCO kepada kerajaan Malaysia rasanya....

Ini saja kekal ada untuk di beri pada zionis dan sekutu..

Qunut Nazilah..

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang Islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك



Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.
اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار
Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Thursday, May 27, 2010

BERITA KENAIKAN TERISTIMEWA

Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini
Cadangan itu dibuat pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun. -MALAYSIA KINI-

Masing-masing rasa nikmat.

Yang Glukos naik, belajar makan biskut tawar.
Yang BP naik, tukar menu ke daun kayu.
Yang naik moto, jalan..toksah naik apa-apa..

Yang gaji naik, ambik kalkulator kira kroni dapat banyak mana.
Yang pangkat naik, lega..bodekan kena tepat.
Yang badan naik, banyak bersenam..rugi kalau diet..
jangan naik tinggi sangat woo, susah mau turun.

Tuesday, May 25, 2010

SIHIR B.T.N.


"Hang kena 'renew' balik Shahadah."Aku nak peringat anak buah aku sorang ni bila dia balik kursus.

Bait-bait lirik warisan, lagu 'wajib', ingatkan aku kenangan kursus di kem Tanjung Tualang Batu Gajah. Aku bertapa 3 hari. Konon sebagai persediaan mental nak ambik exam SRP. 'Berkat' asuhan fasilitator tu, sudahnya sampai ke asrama sekolah, aku dan kawan-kawan dok tak berenti zikir lagu tu. Dah macam kena rasuk. Wal'iyazubillahi min zaalik..
"Pak ndak..Betoi la..Kami habih la, terpaksa kata ya..depa kata politik dulu baru agama.."Dia nampak insaf. Aku agak kalau peserta yang posisi ilmu setakat atas pagar, abihla 'free' kena bohong..Yang luar pagar tu memang dah 'konfom'..

Sapa nak 'test' tebal mana Iman dia tryla 'apply'. Balik kursus tobat nasuha.

1 kredit Haram Jadah aku layangkan dekat sapa yang cipta BTN ni.

Wednesday, May 19, 2010

WANITA DAN FITRAH

Setiap janin manusia telah bersaksi bahwa Allah adalah sesembahan mereka satu-satunya sejak berada di dalam sulbi ayah dan rahim ibunya. Allah berfirman:

وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِنْ بَنِي آدَمَ مِنْ ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَى أَنْفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا أَنْ تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَذَا غَافِلِينَ) (لأعراف :172)

Artinya: “Dan (ingatlah), ketika Rabbmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Rabbmu.” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Rabb kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Rabb).”

(Al-A'raf 7:172)


Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

مَا مِنْ مَوْلُودٍ إِلَّا يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُبَهِيمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيهَا مِنْ جَدْعَاءَ نَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ كَمَا تُنْتَجُ الْبَهِيمَةُ

Artinya: “Tidaklah setiap anak kecuali dia dilahirkan di atas fitrah (Islam) , maka Ayah dan ibunyalah yang menjadikan dia yahudi , atau menjadikan dia nashrani, atau menjadikan dia majusi.” (HR . Al-Bukhary dan Muslim)

Kita sebenarnya dah buat pengakuan status Islam d
i hadapan Allah
Macam lesen kereta, kita juga sentiasa 'renew' syahadah sama ada dalam solat dan sebagainya.
Begitu kerap ayat Allah dan sabda RasulNya menyeru tuntutan pakaian Islam terutama untuk wanita.
Wanita insan istimewa pilihan Allah dan begitu 'familiar' dengan kewajipan auratnya.
Jangan kuar statement macam-macam bila tak mau tutup aurat.


Dari Abu Hurairah RA,Rasulullah SAW bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ
كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang bergoyang. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim)

Memang patutla Bumi rajin bergegar kalau makhluk isinya pakat-pakat bogel.

Manusia selalu beralasan..Untuk perubahan, nanti dulu.
Dan kata..'Don't judge book by it's cover'
Selalu kita dengar..Solat aku tak tinggal, tudung saja.
Ada jugak yang kata..Tutup aurat tapi pakai ketat.

Statement 'setan' ni sengaja dicipta
Orientalis untuk menjajah pemikiran Umat Muhammad SAW supaya jauh dari Fitrah.
Kita lahir dengan Fitrah Islam panduan syariat.
Manusia dicipta dengan etika untuk selamatkan moral.
Syariat menutup aurat adalah etika ciptaan Allah untuk muslim.
Maknanya apabila kita tersasar dari syariat, fitrah turut terbabas.

PENGUNDI ISLAM KA...MELAYU NI

Lepas Solat Maghrib kat surau KK Taiping, ada la brader ni tegur aku..Besar jugakla saiz dia..saiz orang dah bekeluarga..
Dia kerja kat Pejabat Kesihatan Daerah dah 30 tahun.
Sambil aku perati rambut, fizikal dia, "Lama tu"Aku setuju.
"Abang la ni nak cari Pengundi Islam..Abang nak buat persatuan khas untuk pengundi Islam"Aku mula rasa pelik bila dia keluarkan 'statement' Pengundi Islam.
Dia sambung lagi"Bila Calon dia Islam vs Islam, lantak hangpa nak pilih sapa tapi kalau Islam vs Cina atau bukan Islam..contohnya Kuala Sepetang, kena undi yang Islam.."Aik?ni dah jadi lain..
Dia tak tau ka 'background' Islam rata-rata orang Bukit Gantang. Dia tak tau ka berapa sekolah Arab bangun kat area Bukit Gantang dan ramai Tok-tok guru buka tutup kitab kat situ.
"Setakat ni ramai yang dah berminat, dah ada dekat 2 ribu "Mana mai 2 ribu tu..Ya ka ni?.

Aku dah malas nak pikir. Sejak bila pulak Islam ajar toleransi dengan bukan Islam macam tu. Sejak bila Tok-tok Guru pesan kat orang Bukit Gantang benda pelik ni.
Adaka Bukan Islam nak percaya stail dakwah pelik macam ni. Lari lagi ada la. Mengaji mana dia ni.
Aku rasa spesis ni sama macam Ibrahim Ali. Sama tapi tak serupa ja.
Pesan Allah SWT di dalam surah al-Mumtahanah ayat 8-9, maksudnya:

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halamanmu, serta mereka membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.

Dan kita diingatkan sebuah hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang mafhumnya:

Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti saya, dan barangsiapa yang menyakiti saya, maka ia telah menyakiti Tuhan (Allah)”.

Perfect!!Takdak cacat cela apa yang Allah dan Rasululullah bawa.

Memang la aku sedar baru setahun berpengalaman kerja kat area Taiping ni. Aku pun tinggalkan nombor telefon aku kat 'brader' tu kalau dia perlukan khidmat 'Pengundi Islam' tak lama lagi.

Sunday, May 16, 2010

THOMAS CUP : TRAUMA?

PM melakukan lawatan rasmi yang pertama ke China sejurus menerima mandat.
Beberapa PRK sebelum tu berjutaan habuan telah diberi kepada warga China sebagai suntikan motivasi disebabkan pemain rata-rata adalah keturunan China.
Pemimpin baru kaum jugak telah dipilih walaupun dari jenis 'pakai buang'.
Untuk menghilangkan trauma pemain Melayu terhadap pemain China, Perkasa telah digerakkan dan tapak sesuai untuk ber aktiviti ialah di Penang dengan aktiviti terakhir dirancang 'Melayu Bangkit 13 Mei'.
Pemain-pemain akui tidak gentar dengan China apabila ditanya reaksi sebelum 'game'.
Jurulatih China Li Yongbo pula keluarkan kenyataan takutkan Malaysia.
Langkah paling kritikal, PM mencemar kaki untuk turun bersama pemain di pentas utama.

Ini antara langkah bersungguh-sungguh Malaysia bagi misi membawa balik Piala Thomas ke Malaysia. Rakyat mula menaruh keyakinan Malaysia Boleh lakukan berdasarkan strategi dan persiapan awal kem Malaysia.

Tapi...
Keputusan muktamad telah diketahui..Malaysia Tewas..
Pemain letakkan alasan Tidak Menjadi dan dibawah aksi sebenar sebagai faktor kekalahan.

Tapi ..
Takkan semudah itu.

Dan sebenarnya..
Sebenarnya..
Rakyat tahu punca utama Malaysia tunduk begitu mudah kepada China ialah...
Nah!!'1st Lady Bik Mama' di posisi pentas utama..Jurulatih China pun kecut..Sumber mengatakan ada pemain Malaysia masih 'trauma' dipeluk Bik Mama di saat menang satu ketika dulu.

POLITIK BARU : TERIMA KASIH CIKGU


Material Utama

1. Tolak Projek Mee Segera dan Rasuah
Projek kalut kerabat yang pegang khazanah negara apabila PRK ada.

2. Tolak YB lompat
YB akan tiba-tiba akan tukar jadi BEBAS yang Pro-Pemerintah di saat genting.

3. Tak Terima Propaganda
Menzalimi Jentera kerajaan secara maksimum terutama Media Kerajaan dengan status memihak melampau

4. Tiada Lagi Perkauman.
Perjuang ketuanan bangsa atau dekat Afrika di sebut Apartheid.

5. Tolak Geng Mulut Manis
Pemimpin Kerabat yang janji sana-sini berbuih-buih. Kalau berjanji dapat, ok jugak..ni habuk..

6. Tolak Undi POS
Apa punya stail undi.. Sistem lapuk Era 'Apes' yang patut tak pakai lagi.

7. Pedulikan Ugutan.
Tarik subsidi, arah bertukar, senarai hitam dan macam-macam taktik ugut seumpamanya dah tak boleh peduli lagi.

7. Pengundi semakin bijak
Orang dah Bijak pilih wakil mereka di Era ICT ni dan dah kenal antara fitnah dan fakta.

Nak jadi Orang Alaf Baru Politik Cerdik..

Kena la cari Tok Guru untuk menuntut..

Soalan 1 (Aneka Pilihan)

Perangai-perangai dibawah sinonim dengan Parti Timbang Kati ;

i. Bohong dan putar alam
ii. Ugut dan fitnah
iii. Lawak dan pelik
iv. Suap disuap projek
v. Rompak dan Gempak

a) i sahaja
b) i , ii , iii
c) i, ii dan iv
d) Semua sekali (termasuk banyak lagi tak list)



Selamat Hari Guru...Terima kasih Cikgu..

Tuesday, May 11, 2010

EFEK BUAH DADU


Ni bukan lagi cerita lawak!!Dah lulus pun..
Gila apa puak-puak ni...
.Yang ngaku Islam, negara Islam, OIC Chairman, ngaku dah tobat amalan tongggeng-tonggek kat Padang Merbuk..Geng songkok ni tiba-tiba jadi lain..
Timbalan Menteri umum benarkan pertaruhan dalam bolasepak semata-mata nak elakkan bookie.? Apa kes ni? Sampai macam tu ka?
Tak cukup 1 gunung, nak tambah stail lain pulak berjudi. Kali ni tak payah susah panjat, trek gunung. 'On' ja TV, ..pakat-pakat tikam... Bijak puak Kera bat ni kalau untung punya pasal sanggup menoda dosakan rakyat.. Lagi 'over bijak' nya Menteri Kera bat ni bila klasifikasikan judi melalui dua 'fatwa' hukum.

Haramnya.

Untuk tokei yang tak daftar/lambat 'renew' lesen / permit, tak cukup syarat kelayakan dan tahap pelaburan premis/ Sdn Bhd sangat minimum. Contohnya : main judi kat cerok pokok getah, tikam cekelat, menurun kat pokok cepedak di kubur.

Halalnya.


Untuk tokei yang berlesen tahunan dan bercop SIRIM atau Hak Kerajaan Malaysia dan bersyarat ringan iaitu premis kena letak board 'Orang Islam dilarang berjudi'. 1Malaysia ja, Las Vegas takdak camni..
Contoh : Sport Toto, Magnum 3D, 4D..

Lega Tok-tok Mufti..
Tengok lesen ja..
Kalau malas nak tengok pass kat JPJ, Polis..
Kembong pulakkk..

Surah al-Baqarah : 219“Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah olehmu, pada keduanya terdapat dosa yang besar dari beberapa manfaat bagi manusia. Dan dosa keduanya adalah lebih besar daripada manfaatnya”.

Surah al-Maidah : 90-91

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dengan sebab arak dan judi adan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan dari mengerjakan sembahyang. Oleh itu mahukah kamu berhenti daripda melakukan perkara keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”

Hadis ;

“Sesiapa yang bermain judi sesungguhnya dia telah menderhakai Allah Taala”
Riwayat :Ahmad, Malik, Abu Daud dan Ibnu Majah
Wallahua'lam. Wal'iyazubillah..


Kalau Rakyat Mati tak berduit takpa, tapi ni 'Taktik' nak bagi rakyat ke 'sana' PAPA KEDANA...

Tuesday, May 4, 2010

DRAMA JAM DINDING


La..tak bawak jam pulak..selalu tak miss. Nak kata kalut, hari-hari kerja stereotype ja stail. habih..macamana nak buat kerja, semua pakai jarum saat. Takan nak lari keluar tengok matahari.

Ada jam 24 inci kat dalam ni tapi bila aku tengok dia, dia usha aku balik, kalau tanya pukul berapa?dia kata nak berapa?Hari tu pakcik kat tempat kerja aku bagitau jam Orient ni maintenance tinggi..makan kuat la tu..tengok saiz dah tau kalori dia..

Lepas setahun baru aku tampal belambak hadiah jam kat rumah termasuk satu jam yang aku seludup dari tempat lama. Pasang tu pun sebagai bayaran azam baru untuk tahun 2010. Dalam bilik satu, kat dapor satu dan kat ruang tamu biasala..Ada satu aku kata kat mama nak pasang kat luar rumah.

Jam Adidas 'pair' (satu mama punya) aku beli sebagai hadiah ulangtahun ke-2 kawin kira acessories mandatori aku la. Kira budak lagi la usia dia tapi masa aku beli tu, Casio yang umur 15 tahun dah start merajuk. Tak rosak tapi takleh pakai. Banyak jugak kes merajuk 'makhluk-makhluk' lain ni yg jadi kat aku. Tapi harus aku pujila prestasi Casio ni bab aktiviti lasak terbang, terjun, panjat semua terdedah. Bukan nak kata yang baru ni tak lasak..satgi merajuk pulak.

Depa dah tutup lampu ni..tengok!dah pukul 1..kan dah kata, tiba-tiba dah rehat tengahari. Susah takdak jam di tangan ni. Nak tanya orang selalu leceh. Orang pompuan kalau silap tanya satgi dia kata nak ngorat pulak.

Dulu untuk hantaran kawin aku dulu plan nak bubuh jam (ada satu jam aku dah skodeng la) tapi aku kata baik kita tukar PS2 dengan camera..Reform la sikit..Aku bagi alasan PS2 celop kat Petaling Street hang takkan jumpak punya. Tapi kalau hang jumpak PS2 2nd-hand kat mana-mana, keberangkalian aku punya tak mustahil pasal ada report kes pecah rumah dah aku buat kat Balai Pandan.

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali, mereka yang berpesan-pesan kepada Kebenaran dan berpesan-pesan kepada Kesabaran..
Firman Allah (Surah Al-Asr)

Kat LCD komputer aku ni ada aku download jam sebenarnya. Cuma kalau posisi dia kat belakang kena la pusing 180 degree..

Sunday, May 2, 2010

GOT SOME 'DOUBLE TROUBLE'


"Ish..takkan pendek macam ni.."aku tengok keratan akhbar dalam BH pasal Double Trouble dan aku perasan rambut aku..Ada lagi sebulan ni kalu aku ternak dah jadi 12 cm ukuran rambut aku..Walaupun 'interview' jadi rocker tak lepas, sekurang-kurangnya level prebet aku dah 'clear'. Ikut hati nak pinjam ja rambut wali yang dok jalan berpuluh KM kaki ayam tu kat area tempat aku..Aku roger Sam, sekutu rock aku yang boleh dipercayai untuk usahakan tiket. Kalau ada yang nak undi Mail, SMS ja cayala Mail 8888 (teringat jean brand lois)

Kami pilih Mail sebagai agen tiket yang sah. Mail sahkan pembelian tiket seminggu sebelum tarikh. Dia ni lahir tahun 4U2c tapi dia rock. Kalau dia tipu, aku pun kena tipu jugak. Dia dengan Yob Meor la isi ruang Orange Club masa Wings Alive bertarikh sama dengan hari kawin aku.

SEKIAN HARI NYA 1 May 2010 8.45 PM

Sayap2Wings ada post kat aku fan t-shirt masa aku register Wings fan club yang launch dekat bangunan MARA dulu. Aku ada bawak tapi aku tak pakai la. Risau Search punya fan tengok kecik ja aku. Kena fair la, aku pun ada belambak CD search jugak, bukan jenis tunggu radio putar ja.

Depa ni tunggu kat mana, kata kat rumah Man.."Mana" Aku terus telefon Sam.."Woi! rumah Man la, hang rumah Man pun tak tau" Aku silap rumah rupanya. patutla takdak puak ni. Bila aku sampai, Wan Jay pun ada (Sam sebelum tu bagitau ada reserve 1 tiket lagi)

Sebelum nampak signboard Mount Kiara, kereta dah bersusun. "Takkan dah start park?" aku dimaklumkan ada reserve parking untuk crowd kat KLGCC. "Jauh ni" Aku pi depan lagi. Dah double parking. Exit ke venue dah tutup, aku terus park kereta dalam formasi 4 lapis. Dah berbaki 1 lorong jalan tu. Kalau DBKL buat pasal, satu kapal pun tak muat. Aku try sedapkan hati. Teringat aku kena beli balik skuter member aku yang disapu DBKL kat Pertama dulu. Sayup ja aku perati kat lori.

Punya ramai manusia.Dah tiga konsert berskala besar aku attend tapi ni yang tersesak crowd dia. Masuk dalam cam itik, keluar dah macam penguin. Dan aku tau yang buat ramai pasti ada kutu 'pesen' lepak kat luar ja konon nak tunggu tiket 2nd half macam tengok bola..tiket dah abis geng, kalau ada lagi gua payung semua, haha.. dah banyak kes lagu ni. Dulu masa Ella, Cromok Salem In Concert 1992 Gopeng, rocker datang naik motor ja kot tu yang jalan clear. Biasa la rocker dulu, isap rokok pun 'steng-steng',' Maintenance rendah' dah tu masuk konsert dapat Salem 7s sekotak..layan...

"Yang ni sila dapatkan tiket kat khemah putih" Aik?Mail tak redeem lagi?dah la macam penyu jalan tadi nak ke pintu masuk. Dah jadi model sudahnya aku Sam dan Jay kat situ. "Tunjuk tiket!"laung aku kuat, cover sikit.

Jam dah 8.50 Pm. Ismahalil Hamzah (MC) dok provoke macam-macam, taktik lama ni..kalau dalam bola kira injury time la, ada ja orang buat sakit memacam, 'playsafe'. Aku terus lompat masuk ke floor bawah dan terus menyelit ke depan sampai satu ketika taktik aku dah gagal, ada minah tu bahu dia dah 2x bahu Sam. Teringin gak nak main ragbi sebelum ni.

Double Trouble start beraksi dengan setlist gemuruh, aura lagu tu membuat orang disekitar histeria.

Setlist Kalau kul 8 pm baru terhegeh-hegeh, terpaksa berpuashati di sof belakang la.

1. Gemuruh - Duet
2. Puisi merdeka - Wings (rare list perfomed)
3. Sejati - Wings
4. Gema di inderaloka - Wings
5. Mabuk Tujuh Lautan - Wings
6. Kau Masih Berdegil -Wings
7. Pasti - Search
8. Cakap Memang Murah - Search
9. Analogi 0.1 - Search
10. Paranoid - Search
11. Isabella - Search (wasted)
12. Balada Pemuzik Jalanan - Search
13. Emmanuelle - Search
14. Rozana - Search medley Double perfomed
15. Meniti titian usang - Search medley Double perfomed
16. Isi atau kulit - Search Medley Double perfomed
17. Taman Rasyidah Utama - Wings medley double perfomed
18. Misteri Mimpi Syakilla - Wings medley double perfomed
19. Semalam Yang Hangat - Wings medley double perfomed
20. Gadisku - Search double perfomed
21. Solo Drum, Solo Guitar Joe dan Kid
22. Rock nN Roll Lu punya suka - Wings double perfomed
23. Nur Nilam Sari - Search double perfomed

Ni list yang aku ingat. Yang tertinggal sendiri tambah. 'Kau masih berdegil', 'Gema di Inderaloka' dan Mabuk 7 Lautan' set Double Trouble terbaik (semua perfomed dari Wings) aku pilih 'base' kepada sound instrument mantap dan vocal superb Awie. 'Thanks' semua brader Wings dengan perfomed setlist 'Puisi Merdeka' (lagu rare, heavy yang jarang tersenarai dan di perfomed cantik). Aku teruja dan tiba-tiba melompat (terima kasih Mail) bila lagu 'Pasti' di perfomed Search. Lagu dari Album Langit & Bumi ni memang Rock (That's I Call Rock). "Kau lah mentari, aku rembulan"...cayala..

"Ni yang buat aku semangat ni..Kasi E Zack.."lawak part dalam filem Rock yang shoot kat area town lahir aku Taiping..Macam tu la aku tengok Amy ngan Awie bersilat untuk tarik last part dalam setlist 'Rock n Roll Lu Punya Suka'. "lu punyaaa!!.." yang ni pun lawak 18SX. "Pokcik, diaorang ni tak penah dengor ke lagu ni.?" Bukan tak pernah tapi area kita tu kategori Radio Friendly Song jawab aku pada soalan mail.

Wings 'proved' malam tu depa punya dengan drum solo Black yang ber 'make-up' kan double pedalnya. Dan sekali lagi Joe Wings mengelirukan aku, camna dia tibai Les Paul nya untuk semua lagu (tak payah tukar gitar).

Rock tak datang kalau gitar tak jerit. Malam tu sound Kid dan Din tenggelam sikit, tak taula pasal apa.Kot depa bahagi dua bunyi kot(Joe main sorang bolehla), Depa setting untuk 2,3 orang crowd kot tapi tengok yang datang puluh ribu. itu sound yang aku dengar la. Search adalah legend dalam dunia rock Malaysia.

Dengan stage yang rendah, aku kena jengket sikit nak tengok aksi di stage. Tapi takkan aku nak jengket macam tu ja 3 jam, jadi aku terpaksa tengok Kamera bolehla tinggi ikut saiz tangan

kat skrin, sekali-sekali jengket jugak. Tapi geng..kalau mai sini nak tengok skrin, baik aku tunggu DVD ja. Makcik kat tepi aku terpaksa skodeng celah ketiak.

Stamina aku untuk layan rock ni memang ok la tapi area posisi aku tu crowd macam pi dengar talk motivasi ja tapi nak wat macamana, langkah aku tersekat kat situ. Time setlist popular baru respond. Hish! pasal apa depa ni dok sini, balik dengar CD pun boleh apa. Tapi ok jugak, time 'Isabella' boleh berenti sat banging..letiiihh..Orang tak jirus air kat aku pun tak kisah walaupun kat depan nu ada air bersimbah-simbah.. Dok perati jiran sebelah ni 'dress' macam puteri UMNO pun ada (tudung pink). Sekali-sekali terpikir menarik apa kalau pisah ja wanita dan kaum Adam ni..buat tembok..

Pukul 12 tengah malam tiba-tiba konsert tamat walaupun aku belum kedengaran semua track Double Trouble. Banyak lagu tak main. Aku tak la letih lagi tapi faham Amy tu dah warga emas..dah tahap klasik. Mungkin aku tak puas kot atau pun biasala kalau dah 'legend' yang perfomed bila pun tak 'stim' .
ada lagika 'Double Trouble' untuk aku ni?