Pastinya siri jelajah kali ni menimbulkan ribuan persoalan dan harapan kepada krew.
"Rasanya kita kena serang lagi..?" Ajam
"Depa dah bagi permit berhimpun.." Hize
Sama ada untuk diserang atau tidak, masalah permit berhimpun menjadi persoalan utama disini. Kami terus fokus untuk bergerak ke KL112. Media puaka terus saja berperanan menipu siang malam dengan matlamat menakutkan.
Dengan 3 buah kenderaan rasmi diisi 16 pejuang, kami mulakan derap komando seusai kenduri tahlil di rumah arwah Imam Farid. Kami bergerak menyimpang dari angka 12.00 tengah malam menuju destinasi. Membelah kesunyian malam.
"Abang Dolah dah sampai hukum" Kami dapat maklumat dari Puad, informer kampung mengenai pemergian Abang Dolah ke Rahmatullah setibanya di R & R Tapah. Lama jugak kami di hentian Tapah bertafakur dan bersedih atas pemergian Abang Dolah, orang yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan. Cabaran jatuh bangun dalam perjuangan adalah opera hidup biasa.
"Innalillahi wainna ilaihi Raji'un.."
Selepas berdiskusi, kami mengambil keputusan untuk meneruskan juga impian kami ke KL112. Kami harap pemergian bernilai seperti Abang Dolah tidak menghalang niat perjuangan berskala besar ini. Juga perjuangan yang ditinggal Arwah Abang Dolah. Ianya menjadi pembakar perasaan buat kami.
Jam 3.30 am, kami kemudian tiba di R & R jejantas Sungai Buloh. Semua krew diberi kebebasan untuk merawat dan berehat sepuasnya dihentian ini. Selepas berjemaah Subuh, semua akan kembali bergerak dengan harapan tersedia tenaga maksimum. Sudah bersedia untuk dihujan bom asap dan 'water cannon'.
"Jauh lagi ka KL dari Sungai Buloh..?" Rahman menyoal sebagai '1st timer'.
Umpama siri-siri jelajah sebelum ini, jemaah subuh di surau diserbu orang sehingga jemaah Solat Subuh dilaporkan terpaksa dibuat berganda-ganda. Ini bukan solat 2 imam, tapi dari satu jemaah ke satu jemaah. Ini adalah fenomena biasa bila ahli jemaah masjid dan surau 'tegar' berhimpun di suatu tempat. Inilah kesan 'amanat' Tok Guru Haji Hadi agaknya. Bukan saja nak berjemaah, nak mandi dan makan pun susah. Himpunan ini memang betul-betul menyusahkan.
Disebabkan rata-rata gerai sudah 'setel' makanannya, kami pun tinggalkan Sungai Buloh untuk meninjau tempat sarapan di kawasan lain.
Kami menggegar gemorakan pinggir kota melalui 'Exit Subang' seterusnya singgah di Restoran 'mapley' di Taman Datok Harun, Petaling Jaya. Semua krew perlu menyempurnakan hajat perut masing-masing disini. Kami harap tiada lagi isu duduk bantah untuk menuntut hak makan kerana tiada lagi hak makan secara berjemaah selepas ini melainkan yang tidak rasmi sahaja. Semua krew maklum. Kami perlu segera ke kota langit.
Kami bergerak ke stesen komuter Datok Harun untuk ke destinasi pilihan majoriti iaitu KLCC seperti dipersetujui di Restoran Bil Hidayah tadi. Sesudah transit di KL sentral, kami menumpang train Rapid ke KLCC.
"Jangan pegang sebarangan.." Hize meningatkan krew supaya berhati-berhati menyentuh, kerana barang-barang disini nilainya jutaan. Awas! ramai manusia reptilia disini. Kita kena jaga budaya orang timur.
Kami 'round' supermarket KLCC. Petrosains, Isetan, butik Harley Davidson, butik beg tangan dan galeri Kinokuniya. Hidupan di KL memang sesuai dengan ranggi metropolisnya. Kami berehat pulak di taman KLCC sambil menikmati bermacam gaya air pancut kolam. Kami tak berani nak tanya berapa harga nasi ayam dekat 'food court'.. Walaupun lapar sekalipun.. Kami mengerti apabila sudah menjejak lubuk pusing sebenarnya.
Orang semakin ramai di depan pintu utama KLCC. Kami bukanlah pakar matematik untuk buat anggaran jumlah kehadiran. Pastinya sangat ramai dengan aneka jenis perangai. Dah mula huru-hara (tak haru-biru lagi) dan dah mula nak berjalan. Kami turut sama bergerak.
"Selow! Selow.." Kata beberapa peserta dalam supaya rakan-rakannya yang lain sedikit perlahan.
Tahulah kami 'sek-sek' yang kami ikut ini adalah dari kumpulan penuntut Royalti. Kami menyusuri Jalan Ampang terus ke Jalan Pudu, Jalan Petaling, Jalan Sultan seterusnya hingga ke tempat perhimpunan utama iaitu Stadium Merdeka. Ada 8 lagi kumpulan yang akan bergerak ke tempat yang sama dengan lain-lain tuntutan. Royalti adalah kumpulan yang paling jauh jarak perjalanannya. Kami nak rasa cabaran lain sebenarnya. Disana ada kumpulan Bersih, Mahasiswa (not listened), Budak Muda (SAMM), wanita, Lynas, kartunis dan Selamatkan Warisan.
Apa yang pelik, perjalanan kami ke tapak sejarah tadi sepatutnya diganggu dan diharu-birukan tapi ia berlaku sebaliknya. Tidak ada loceng-loceng penyurai atau letupan penembak 'tear gas'. Yang ada, sedikit pencemaran bunyi dari trumpet-trumpet stadium yang menenggelamkan vokal 'pengganas-pengganas' jalanan. Inilah adalah tarbiyah ringan terutama bagi 'pendatang-pendatang' baru dunia demonstrasi. Dan barangkali penguasa sudah dirundung paranoid dengan sokongan luarbiasa rakyat terhadap perubahan.
"Bukan kali ini rakyat ditipu.."
Di Stadium Merdeka, kami disaji dengan pidato-pidato pimpinan. Orang ramai memenuhi sudut stadium. Selain kata-kata semangat dari pimpinan, stadium cantik dipersembahkan 'mexican-wave' dari peserta-peserta. Kami teruja.
Kira-kira jam 5 petang hadirin diarah bersurai secara aman, seterusnya boleh merangka perjalanan pulang. Kami pun turut mengimpikan perjalanan balik walaupun Pak Za dikesan 'hilang' dan 'lost contact' seketika.
Kami bergerak ke tempat dimana kami menyimpan kenderaan di stesen Datok Harun. Akhirnya kami telah berjaya keluar dari teater mahamega. Selepas makan, kami pun merancang haluan kembali ke Senduk.
No comments:
Post a Comment