Umat Islam kini sedang menempuh bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan lahirnya insan ulung anugerah Allah bernama Muhammad Bin Abdullah. Purnama yang dirindui. Insan yang akhlaknya disirami dengan kepujian. Begitu jualah kami.
Kami dalam rangka bersiap-siap ketika ini. Bersiap sedia untuk mengajak kariah turut sama menghidupkan kecintaan buat Baginda Rasulullah SAW.
Banner dan sepanduk telah kami pasang pada setiap tiang 'LLN', poster, 'flyers' dan surat jemputan telah kami edar merata ceruk kampung. Kami perlu menghasut setiap inci penduduk tentang perlunya kecintaan kepada junjungan nabi. Menjenguk dan mengetuk pintu-pintu kesedaran orang kampung.
Ini bukan cinta main-main, bukan cinta. Ianya cinta 'extraordinary'. Ada ganjaran. Ganjaran syafaat yang bukan boleh di beri orang biasa. Ianya hak eksklusif kekasih Allah, Baginda Muhammad SAW. Itulah 'spesialnya' susuk Muhammad yang tiada pada insan lain. Keistimewaan yang akan dipakai di Mahsyar kelak.
Kami juga berusaha melatih hati untuk menyayangi Nabi kami walaupun terpaksa bersusah-susah. Kami membentuk kelompok-kelompok qasidah yang aktif mencintai. Kami latih kecintaan kami melalui vokal, gendang dan tamborin. Sertailah kami memuji-muji akhlak baginda Nabi.
Dengan izin Allah kami akan memarhabankan budi dan kebaikan Muhammad SAW pada hari Mahabbah Rasulullah di kampung nanti. Akan kami bangkitkan motivasi kecintaan itu walaupun tak semantap Abu Bakar RA dan sahabah lainnya. Paling 'koman', kami ingin Rasulullah tahu siapa sebenarnya kami dan kecintaan disisi baginda. Terlalu kuat keinginan kami untuk bertemu mu Ya Rasulillah..
Memasang kecintaan adalah amar makruf. Juga nahi mungkar. Hadis perlu jadikan hadaman. Sunnah perlu jadi teladan. Apaguna kecintaan jika kedua-duanya letak ditempat buangan. Hadis dan Sunnah sesuainya diletak di tempat tertinggi. Letak di posisi paling menonjol dan terserlah. Letak ia distatus paling mudah dan senang dipakai.
..syyy.. Kami sedang tekun berlatih..
No comments:
Post a Comment