VOCALIST

Monday, January 28, 2013

TOKOH MAULIDUR RASUL SENDUK 1434H

Orang paling sesuai untuk memegang status tokoh Maulidur Rasul kali ini sudah pasti bukan insan biasa. Beliau layak disebabkan komitmen luarbiasanya bukan sahaja terhadap Surau Assomadiah malah apa saja program yang melibatkan Kampung Senduk. Setiap program juga perlu ada satu 'SK' kepada beliau.

Tak banyak kata-kata mutiara yang boleh dipungut dari orang pendiam seperti beliau (saya rasala). Tapi banyak 'nasihat' berguna telah diajar melalui gerak kerja beliau. Banyak yang boleh dirujuk. Seorang yang sangat tegas, teliti dan berdisiplin. Kira macam QC dan audit la portfolionya. Dan dengan adanya beliau, tampak Surau Assomadiah ini cukup berdisiplin seperti beliau..

80 tahun lalu beliau lahir dipersekitaran surau ini, hasil perkongsian pasangan Tuan Guru Haji Said dan Hajah Wan Maimunah. Anak ketiga dari 12 orang adik beradik ini kemudian telah ke Mekah seawal usia 6 tahun untuk bermastautin dan menuntut disana. Beberapa bulan kemudian, dia terpaksa pulang semula ke tanah air sewaktu Jepun menduduki Tanah Melayu.

Apabila diasaskan tapak Madrasah Didikan Islam di kampung, beliau antara tenaga awal berperanan sebagai pengajar. Beliau terus aktif mengajar walaupun tapak Madrasah telah berpindah sebanyak 3 kali sehinggalah bersara pada akhir 90an . Beliau pernah memegang jawatan Guru Besar Madrasah Tarbiah Islam Rendah, bendahari Masjid Batu 8 dan Jawatankuasa Kampung.

Beliau sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa. Beliau isriqamah hingga kini menyokong perjuangan Islam apabila turut menyumbang serta aktif dalam gerakan Islam. Beliau setia bersama 'motocup' 60 cc nya kemana jua ceramah pimpinan gerakan Islam berlangsung. Satu paradigma yang patut dicontohi anak muda.

Beliau sanggup turun ke program Maulid pada 24.1.13 baru-baru ini walaupun keuzuran. Sangat mengharukan.. Dan inilah sudutnya. Orang muda patut jadikan beliau teladan paling hampir.

Lebih selesa dan dikenali dengan gelaran Paklang. Beliau ialah Tuan Guru Haji Saleh Bin Haji Said. Tokoh Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1434 Hijrah.


Tuesday, January 22, 2013

MARHABAN YA RASULILLAH

Umat Islam kini sedang menempuh bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan lahirnya insan ulung anugerah Allah bernama Muhammad Bin Abdullah. Purnama yang dirindui. Insan yang akhlaknya disirami dengan kepujian. Begitu jualah kami.

Kami dalam rangka bersiap-siap ketika ini. Bersiap sedia untuk mengajak kariah turut sama menghidupkan kecintaan buat Baginda Rasulullah SAW.

Banner dan sepanduk telah kami pasang pada setiap tiang 'LLN', poster, 'flyers' dan surat jemputan telah kami edar merata ceruk kampung. Kami perlu menghasut setiap inci penduduk tentang perlunya kecintaan kepada junjungan nabi. Menjenguk dan mengetuk pintu-pintu kesedaran orang kampung.

Ini bukan cinta main-main, bukan cinta. Ianya cinta 'extraordinary'. Ada ganjaran. Ganjaran syafaat yang bukan boleh di beri orang biasa. Ianya hak eksklusif kekasih Allah, Baginda Muhammad SAW. Itulah 'spesialnya' susuk Muhammad yang tiada pada insan lain. Keistimewaan yang akan dipakai di Mahsyar kelak.

Kami juga berusaha melatih hati untuk menyayangi Nabi kami walaupun terpaksa bersusah-susah. Kami membentuk kelompok-kelompok qasidah yang aktif mencintai. Kami latih kecintaan kami melalui vokal, gendang dan tamborin. Sertailah kami memuji-muji akhlak baginda Nabi.

Dengan izin Allah kami akan memarhabankan budi dan kebaikan Muhammad SAW pada hari Mahabbah Rasulullah di kampung nanti. Akan kami bangkitkan motivasi kecintaan itu walaupun tak semantap Abu Bakar RA dan sahabah lainnya. Paling 'koman', kami ingin Rasulullah tahu siapa sebenarnya kami dan kecintaan disisi baginda. Terlalu kuat keinginan kami untuk bertemu mu Ya Rasulillah..

Memasang kecintaan adalah amar makruf. Juga nahi mungkar. Hadis perlu jadikan hadaman. Sunnah perlu jadi teladan. Apaguna kecintaan jika kedua-duanya letak ditempat buangan. Hadis dan Sunnah sesuainya diletak di tempat tertinggi. Letak di posisi paling menonjol dan terserlah. Letak ia distatus paling mudah dan senang dipakai.

..syyy.. Kami sedang tekun berlatih..

Tuesday, January 15, 2013

SIDANG KL112 : LUBUK PUAKA

Pastinya siri jelajah kali ni menimbulkan ribuan persoalan dan harapan kepada krew.

"Rasanya kita kena serang lagi..?" Ajam

"Depa dah bagi permit berhimpun.." Hize

Sama ada untuk diserang atau tidak, masalah permit berhimpun menjadi persoalan utama disini. Kami terus fokus untuk bergerak ke KL112. Media puaka terus saja berperanan menipu siang malam dengan matlamat menakutkan.

Dengan 3 buah kenderaan rasmi diisi 16 pejuang, kami mulakan derap komando seusai kenduri tahlil di rumah arwah Imam Farid. Kami bergerak menyimpang dari angka 12.00 tengah malam menuju destinasi. Membelah kesunyian malam.

"Abang Dolah dah sampai hukum" Kami dapat maklumat dari Puad, informer kampung mengenai pemergian Abang Dolah ke Rahmatullah setibanya di R & R Tapah. Lama jugak kami di hentian Tapah bertafakur dan bersedih atas pemergian Abang Dolah, orang yang begitu banyak jasanya kepada perjuangan. Cabaran jatuh bangun dalam perjuangan adalah opera hidup biasa.

"Innalillahi wainna ilaihi Raji'un.."

Selepas berdiskusi, kami mengambil keputusan untuk meneruskan juga impian kami ke KL112. Kami harap pemergian bernilai seperti Abang Dolah tidak menghalang niat perjuangan berskala besar ini. Juga perjuangan yang ditinggal Arwah Abang Dolah. Ianya menjadi pembakar perasaan buat kami.

Jam 3.30 am, kami kemudian tiba di R & R jejantas Sungai Buloh. Semua krew diberi kebebasan untuk merawat dan berehat sepuasnya dihentian ini. Selepas berjemaah Subuh, semua akan kembali bergerak dengan harapan tersedia tenaga maksimum. Sudah bersedia untuk dihujan bom asap dan 'water cannon'.

"Jauh lagi ka KL dari Sungai Buloh..?" Rahman menyoal sebagai '1st timer'.

Umpama siri-siri jelajah sebelum ini, jemaah subuh di surau diserbu orang sehingga jemaah Solat Subuh dilaporkan terpaksa dibuat berganda-ganda. Ini bukan solat 2 imam, tapi dari satu jemaah ke satu jemaah. Ini adalah fenomena biasa bila ahli jemaah masjid dan surau 'tegar' berhimpun di suatu tempat. Inilah kesan 'amanat' Tok Guru Haji Hadi agaknya. Bukan saja nak berjemaah, nak mandi dan makan pun susah. Himpunan ini memang betul-betul menyusahkan.

Disebabkan rata-rata gerai sudah 'setel' makanannya, kami pun tinggalkan Sungai Buloh untuk meninjau tempat sarapan di kawasan lain.

Kami menggegar gemorakan pinggir kota melalui 'Exit Subang' seterusnya singgah di Restoran 'mapley' di Taman Datok Harun, Petaling Jaya. Semua krew perlu menyempurnakan hajat perut masing-masing disini. Kami harap tiada lagi isu duduk bantah untuk menuntut hak makan kerana tiada lagi hak makan secara berjemaah selepas ini melainkan yang tidak rasmi sahaja. Semua krew maklum. Kami perlu segera ke kota langit.

Kami bergerak ke stesen komuter Datok Harun untuk ke destinasi pilihan majoriti iaitu KLCC seperti dipersetujui di Restoran Bil Hidayah tadi. Sesudah transit di KL sentral, kami menumpang train Rapid ke KLCC.

"Jangan pegang sebarangan.." Hize meningatkan krew supaya berhati-berhati menyentuh, kerana barang-barang disini nilainya jutaan. Awas! ramai manusia reptilia disini. Kita kena jaga budaya orang timur.

Kami 'round' supermarket KLCC. Petrosains, Isetan, butik Harley Davidson, butik beg tangan dan galeri Kinokuniya. Hidupan di KL memang sesuai dengan ranggi metropolisnya. Kami berehat pulak di taman KLCC sambil menikmati bermacam gaya air pancut kolam. Kami tak berani nak tanya berapa harga nasi ayam dekat 'food court'.. Walaupun lapar sekalipun.. Kami mengerti apabila sudah menjejak lubuk pusing sebenarnya.

Orang semakin ramai di depan pintu utama KLCC. Kami bukanlah pakar matematik untuk buat anggaran jumlah kehadiran. Pastinya sangat ramai dengan aneka jenis perangai. Dah mula huru-hara (tak haru-biru lagi) dan dah mula nak berjalan. Kami turut sama bergerak.

"Selow! Selow.." Kata beberapa peserta dalam supaya rakan-rakannya yang lain sedikit perlahan.

Tahulah kami 'sek-sek' yang kami ikut ini adalah dari kumpulan penuntut Royalti. Kami menyusuri Jalan Ampang terus ke Jalan Pudu, Jalan Petaling, Jalan Sultan seterusnya hingga ke tempat perhimpunan utama iaitu Stadium Merdeka. Ada 8 lagi kumpulan yang akan bergerak ke tempat yang sama dengan lain-lain tuntutan. Royalti adalah kumpulan yang paling jauh jarak perjalanannya. Kami nak rasa cabaran lain sebenarnya. Disana ada kumpulan Bersih, Mahasiswa (not listened), Budak Muda (SAMM), wanita, Lynas, kartunis dan Selamatkan Warisan.

Apa yang pelik, perjalanan kami ke tapak sejarah tadi sepatutnya diganggu dan diharu-birukan tapi ia berlaku sebaliknya. Tidak ada loceng-loceng penyurai atau letupan penembak 'tear gas'. Yang ada, sedikit pencemaran bunyi dari trumpet-trumpet stadium yang menenggelamkan vokal 'pengganas-pengganas' jalanan. Inilah adalah tarbiyah ringan terutama bagi 'pendatang-pendatang' baru dunia demonstrasi. Dan barangkali penguasa sudah dirundung paranoid dengan sokongan luarbiasa rakyat terhadap perubahan.

"Bukan kali ini rakyat ditipu.."

Di Stadium Merdeka, kami disaji dengan pidato-pidato pimpinan. Orang ramai memenuhi sudut stadium. Selain kata-kata semangat dari pimpinan, stadium cantik dipersembahkan 'mexican-wave' dari peserta-peserta. Kami teruja.

Kira-kira jam 5 petang hadirin diarah bersurai secara aman, seterusnya boleh merangka perjalanan pulang. Kami pun turut mengimpikan perjalanan balik walaupun Pak Za dikesan 'hilang' dan 'lost contact' seketika.

Kami bergerak ke tempat dimana kami menyimpan kenderaan di stesen Datok Harun. Akhirnya kami telah berjaya keluar dari teater mahamega. Selepas makan, kami pun merancang haluan kembali ke Senduk.


Wednesday, January 9, 2013

PERMIT BUTA THE MOVIE

Sebut saja permit, pasti spontan kepala otak aku teringat seorang budak 'superb' yang menggelarkan dirinya 'Alexander Supertramp' dalam filem bajet rendah Into The Wild arahan Sean Penn. Salah satu plot menarik yang mengaitkan 'true story' ini dengan isu permit ialah babak si 'supertramp' memohon kepada pihak berkuasa untuk mengizinkan dia berkayak di sungai Colorado (kalau tak silap).

Anak muda ini melihat permit sebagai modal menyekat haknya untuk bebas berkayak diarus deras. Pada mulanya dia akur untuk memohon permit berkayak (lesen) tapi akhirnya dia tekad untuk menyusuri sungai Colorado dengan kayak yang dibelinya tanpa lesen khas.

Nama sebenar budak ni Christopher MacCandless, seorang pelajar terbaik sebuah IPTA di Atlanta. Dia adalah hasil daripada sebuah perkongsian yang 'korup' hubungan suami isterinya. Kasih sayang kedua ibu bapanya umpama lakonan wayang bagi dirinya. Dia kemudian telah memilih jalan berbeza dari budak sebaya yang lain. Walau nampak pelik dari persepsi masyarakat sekitar tapi bagi dirinya ia adalah terbaik.

Supertramp telah membakar kad pengenalan, kad kredit dan Dia tekad menghapuskan identitinya semata-mata untuk memenuhi kebebasan peribadinya yang kononnya songsang. 24,000 dolar yang dikumpulnya untuk menyambung pengajiannya di Oxford sanggup disalahgunakan.

"Nak berkayak kena permit?"

Di pejabat penguatkuasa dia mempersoalkan kecerewetan kerenah birokrasi dari pihak berkuasa terbabit. Penguatkuasa bertugas seperti 'bo layan' karakter miskin yang dibawanya. Untuk berkayak kata pihak permit, beliau perlu menempuh 'waiting list' untuk 2 tahun. Bermakna kayak yang baru dibelinya perlu disimpan terlebih dahulu selama 2 tahun.

Pihak berkuasa dilihat memanipulasi permit sebagai modal untuk mengaut keuntungan seterusnya menafikan hak kebebasan Supertramp untuk 'beriadah'. Penyelewengan permit inilah yang melahirkan watak Supertramp dalam dalam hidup beliau. Watak yang membenci korupsi, zalim dan kapitalism. Untuk meraih keuntungan, permit dilihat mengharamkan perkara yang halal secara mudah. Dan bukan lagi kejutan, permit juga mampu menghalalkan perkara haram. Permit mengaburkan akal penguasa hingga jadi buta budi bicara.

Supertramp akhirnya tiba di impian Alaska dengan bantuan kayak kesayangannya jelas tanpa permit. Beliau melalui kehidupan yang aman di Alaska yang pada pandangan orang satu kawasan yang liar dan tidak selamat. Di sebuah 'magic bus' yang jadi kediamannya, Alaska bagi Alexander Supertramp memiliki kehidupan jauh lebih selamat. Jauh dari korupsi, jauh dari ketidakadilan dan jauh dari permit buta.

Pakndak

KL112 KAMI DAH READY

Tarik nafas puas-puas
Buat beberapa regangan kecil
"Fuhh.." Lepaskan bersikit-sikit
Sedikit senaman ringan
Sama ada aerobik mahupun ala-ala Gangnam
Berlari-lari anak atau joging setempat
Kekuatan fizikal dan mental kena mantap
Itu yang perlu.

Boleh mula 'survey' peruncit-peruncit terhampir
Cari stok garam yang paling berpatutan
Cari tuala dan serban intifadah
Walaupun belum gagah berjemaah
Miliki bekal-bekal mineral yang terketara diskaunnya

Hadiri majlis-majlis tok guru 'in-person'
Tanyalah Ustaz itu
"Bagaimana untuk tidak mudah dibohong?"
Kerana pembohong-pembohong terlalu banyak diluar sana
Tanyalah Ustaz arah mana yang yang paling selamat
Ambik amanat demi amanat
Arah mana yang bikin sesat

Siapkan tenaga secukupnya
Bawa segala alat dihujung jari anda
Dari 'top-up' telefon
hingga Playstation
Bateri perlu di'charging' semaksimum
Pastikan ianya mudah alih dan berkuasa

Buat akhirnya
Pastikan
Tempatnya kota metro KL
dan bertarikh 112
Kenapa?
Ini skor perjuangan
Ini sejarah
Ini ibu segala NAHI MUNGKAR


Monday, January 7, 2013

KL112 INI PARTI SPESIAL

PAKAIAN
Sila pakai sedondon mungkin
Baju T
Seluar
Bukan kain ketat
Seluar jeans
Kasut sneaker kasut getah
Bukan kasut yang tinggi tumit
Topi, serban Palestin dan kain tudung
Bawa towel kecil
Gunakan beg selendang melekat ke badan

APA YANG WAJIB DI BAWA
Air dalam botol
Garam halus
dan semangat berani melawan

TALIPON BIMBIT
Pastikan cukup bateri
Pastikan cukup kredit
Pastikan member sebelah juga ada telefon yang sama guna
Pastikan dijaga betul betul

DOKTOR BOMOH DAN TABIB
Penganjur himpunan telah berkerja sama
dengan satu kumpulan doktor NGO
Mereka memasang khemah
Mereka memakai pakaian yang AMAT JELAS bertulis
PERUBATAN

JANGAN JANGAN JANGAN
Jangan bawa beg duit dengan duit yang banyak
Jangan pakai barang kemas
Jangan bawak pisau
JANGAN JANGAN JANGAN
jangan buat songel
jangan buat perkara TIDAK senonoh arah
Jangan sebut mercun apalagi bom

SILA SILA SILA
Sila ikut arahan UNIT AMAL
Sila ikut arahan SKUAD AMK
Sila ikut arahan PEMUDA DAPSY
Sila ikut arahan team SAMM
anak mahasiswa - sila ikut arahan PEMIMPIN PELAJAR

BERJALAN BERJALAN BERJALAN
Himpunan kita terlalu santai
Berjalan perlahan saperti ditepi laut
Berjalan perlahan saperti pengantin baru

JAGA JAGA JAGA AWAS!
Ejen gerombolan
Ejen provokasi
Ada dimana mana
Awas dan waspada
Jangan terperangkap

KHABAR ANGIN
Ini taktik yang akan digunakan oleh musuh
Berita palsu akan disebarkan
Jangan terperangkap
Tunggu maklumat resmi

LAYARI LAMAN MELAWAN
Untuk perkembangan terkini
Sila ikuti laman resmi himpunan:

Tukar Tiub

ZIKIR PEMBUAT ROTI

Setelah 11 tahun merengkok didalam penjara dan setelah begitu jauh perjalanan beliau, akhirnya singgahlah beliau disebuah masjid disuatu tempat. ketika itu jemaah sedang berpusu-pusu untuk berjemaah Maghrib. Imam Ahmad pun turut sama berjemaah bersama-sama kariah sekitar. Selesai berjemaah, beliau seterusnya beriktikaf sehingga solat Isyak berjemaah. seusai Isyak berjemaah, meluru Imam Ahmad mengadap tok siak bertugas.

"Izinkan aku menumpang semalaman disini Tuan?" Pinta beliau dengan simpati. Kemana lagi beliau ingin bermalam jika tidak dirumah Allah ini.

"Aku tidak benarkan sesiapapun bermalam disini"

"Untuk elakkan sebarang kehilangan barang masjid" Tegas Tok Siak bertugas yang belum kenal sebenarnya dengan siapa dia berbicara.

Berkali-kali juga Imam Ahmad Bin Hambal merayu kepada Tok Siak ehsan untuk beliau bermalam dimasjid walau sekitar beranda sekalipun. Sehingga Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku akan tidur di atas kakiku sendiri (yakni tidur berdiri).” Dan sememangnya Imam Ahmad bin Hambal tidur dalam keadaan tersebut. Melihatkan keadaan itu, penjaga masjid tersebut tetap tidak berpuas hati, lalu dihalaunya Imam Ahmad bin Hambal keluar dari masjid tersebut.

Sedang Imam Ahmad Bin Hambal menagih simpati, datang seseorang yang kediamannya hampir dengan kejiranan masjid.

"Aku mendengar rayuan Tuan untuk bermalam di masjid dari tingkap rumahku.."

"Sudilah kiranya Tuan bermalam saja dirumah aku.." Pelawa Si Budiman kepada Imam Ahmad.

Imam Ahmad Bin Hambal akhirnya memutuskan untuk bermalam di rumah Si Budiman.

Setelah ditunjukkan kamar oleh Si Budiman, Imam Ahmad lalu tidur. Hinggalah beliau akhirnya bangun awal pagi bila terdengar bunyi sesuatu. Rupa-rupanya Si Budiman sedang sibuk sebagai pembuat roti profesional. Dan semasa roti sedang dibuat, Imam Ahmad menyaksikan mulut Si Budiman terkumat-kamit menyebut sesuatu seakan berzikir.

Lalu bertanyalah Imam Ahmad kepada Si Budiman sekadar ingin menduga ilmunya.

"Aku sentiasa beristighfar, bertasbih, bertahmid dan bertakbir dikala roti ini sedang diproses dan dimana jua" Jawab Si Budiman. Mereka lalu meneruskan muzakarah bersama.

Lalu Imam Ahmad bertanya: “Adakah anda dapati apa-apa kebaikan dari perbuatanmu itu?”
Maka si pembuat roti menjawab: “Tidak ada satu doa pun yang aku pohon kecuali Allah SWT akan memperkenankan doaku itu.”

Sehinggalah..

"Aku mempunyai banyak harapan dan permintaan dan permintaan aku hampir kesemuanya dikabulkan Allah"

"Kecuali ada satu sahaja doaku yang setakat ini belum diperkenankan.." Sambung Si Budiman meluahkan sesuatu kepada Imam Ahmad.

"Apakah permintaan itu wahai saudara?" Soal Imam Ahmad ingin tahu permintaan yang bagaimana diingin Si Budiman.

"Aku ingin sekali bertemu dengan seorang ilmuan terkenal bernama Imam Ahmad Bin Hanbal.."

Terkejut dibuatnya Imam Ahmad atas permintaan yang tak disangka-sangka itu.

"Saudara ku yang budiman"

"Sesungguhnya Allah SWT telah mengabulkan semua doa dan permintaan tuan.. Tuan sekarang sedang berhadapan dengan Ahmad Bin Hanbal.."

Lalu mereka berdua bersalam dan berpelukan seolah-olah saudara yang kembali bertemu sesudah lama terpisah."


Sunday, January 6, 2013

MENCIPTA KIAMAT

Kepercayaan 'tah-apa-apa' atau propaganda berdasarkan ramalan kalendar kaum Mayan bahawa kiamat jatuh pada 21 Disember 2012 jelas satu retorik sesat lagi menyesatkan.

Maksud firman Allah SWT: "Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan amalan kepada mereka (balasan) amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surah amalnya), dan sesiapa berbuat kejahatan sekalipun sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surah amalannya)" (Surah Al-Zalzalah : 6-8)

Justeru idea persiapan materialistik, berebut ber'shopping' topeng gas, menyorok dibawah tanah, membina bahtera besar dan panjat kawasan tinggi adalah suatu usaha menyelamat yang tersimpang dari amalan Islam.

Peristiwa kiamat yang dicerita Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW adalah perkara sam'iyat yang sepatutnya wajib diimami oleh Muslim.

Allah membayangkan kiamat sebagai hikmah penciptaan buat manusia menambah bekal amal dan ibadah dan bukan untuk menghadirkan tekanan sehingga manusia berusaha bermacam-macam taktik untuk cuba bersembunyi.

Disebutkan dalam Hadis 40 Imam Al-Nawawi, Rasulullah pernah bertanya Jibrail Islam, Iman dan Ihsan. Namun dihujung dialognya Jibrail berkata: "Beritahu aku mengenai hari kiamat. Lalu dijawab Baginda orang yang bertanya lebih tahu dari yang ditanya"
Kemudian ditanyakan mengenai tanda kiamat lalu dijawab Rasulullah SWT: "Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri, apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam dan pengembala kambing (berbangga dengan binaan pencakar langit)"

Kiamat adalah hak Allah SWT. Utusan Allah termasuk Nabi Muhammad SAW sendiri tidak arif mengenai tarikh kiamat. Allah hanya mengilhamkan kepada Rasulullah SAW adanya kiamat dan perihal tanda-tandanya sebagai motivasi kepada perlumbaan amal kebajikan. Semakin manusia mengetahui akan hampirnya kiamat, sepatutnya mereka makin sibuk dengan amalan.

Yang benarnya, bumi kini semakin hampir kepada kiamat berpandukan banyak gambaran hadis sohih daripada Rasulullah SAW. 'Trend' amalan Muslim seharusnya berubah kearah mendekati amal soleh. Kuliah-kuliah ilmu sepatutnya penuh dengan manusia yang teruja untuk mengetahui status 'masa depan' sebenar mereka. Alim ulama wajar diidolakan. Tapi sebaliknya umat Islam kini jelas makin hanyut malah menjadi sebahagian pencipta-pencipta kiamat. Dimana status kita? Buatlah semakan..