VOCALIST

Saturday, June 30, 2012

MEMBENARKAN ISRAK MIKRAJ

Peristiwa malam Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. adalah salah satu babak bersejarah dan mukjizat besar kurniaan Allah yang mempunyai signifikan dan implikasi yang amat penting dan mendalam kepada umat Islam dan seluruh umat manusia, jin dan sekalian alam. Walaupun tarikh sebenar peristiwa ini tidak dapat dipastikan kerana ia berlaku antara 10-12 tahun sebelum Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah tetapi ramai yang berpendapat ia berlaku pada malam 27 Rejab, tidak lama selepas kewafatan isteri Rasulullah s.a.w., Saidatina Khadijah RA dan kematian bapa saudara baginda, Abu Talib.

Oleh sebab dalam suasana kesedihan inilah terdapat golongan yang membuat tafsiran atau andaian sendiri bahawa melalui peristiwa ini Allah SWT hendak mengubati kedukacitaan hati Rasullah s.a.w dengan membawanya seolah-olah 'pergi melancong dan berhibur ke alam lain'.

Anggapan ini adalah pendapat peribadi golongan berkenaan dan tidak sewajarnya dijadikan pegangan iktiqad kita kerana keseluruhan perjalanan peristiwa besar malam Isra' dan Mikraj ini adalah perjalanan agama dan setiap detik perjalanan dan gerak laku Rasulullah s.a.w. adalah di bawah bimbingan wahyu Allah SWT.

Tambahan pula orang yang melakukan perjalanan ini ialah Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. sendiri, Penghulu para Nabi dan Rasul, manusia dan jin dan juga "Kekasih Allah." Maka tidak wajar sama sekali dikaitkan atau disamakan pula peristiwa ini dengan konsep 'berlibur' atau 'makan angin' mengikut istilah manusia zaman sekarang. Tarikh ini bersamaan 662M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah.

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki burak bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj pula membawa maksud naiknya Nabi s.a.w ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Tidak Mustahil bagi Allah SWT

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah al-Israk ayat 1 yang bermaksud “Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh Nabi s.a.w. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan, yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.

Mukjizatnya peristiwa ini jelas tergambar dari masa perjalanan yang hanya selama 3/4 malam iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi sahaja Nabi sudah kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Malaikat Jibril dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

Fantastik Bagi Manusia

Adalah sangat luarbiasa kalau mahu dipertimbangkan oleh akal manusia itu akan keajaiban peristiwa ini. Jangan sesekali disamakan kisah ini seperti dongeng-dongeng moden lain seperti Alien, siri Harry Potter dan Transformer. Ini adalah adalah cerita 'real' yang berlaku atas Nabi SAW.

Bagaimana manusia biasa boleh bergerak jutaan batu ke langit ketujuh @ Sidratul Muntaha dalam tempoh 12 jam. Semestinya juga pergerakan itu memerlukan satu kenderaan yang luar biasa juga sehebat Buraq. Itu tak termasuk singgah menjadi imam dan berjemaah di Baitul Maqdis dan termasuk berkali berulang2 dari Sidratul Muntaha ke langit ke enam bertemu Nabi Musa AS untuk urusan pensyariatan solat. Baginda SAW kemudian dicuci hatinya oleh malaikat untuk kali kedua.

Rasulullah SAW berdialog pula dengan roh Nabi dan Rasul yang telah pun wafat. Kemudian diperlihatkan oleh Jibril AS akan azab api neraka. Dan paling luar biasa, Nabi SAW boleh tawar-menawar rakaat solat dengan Allah SWT.

Peristiwa luar biasa ini paling penting kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah berlaku ke atas rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai tanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Abu Bakar Watak Yang Membenarkan

Satu keistimewaan yang Allah anugerahkan buat makhluk selain Nabi, Rasul dan Malaikat ialah milik insan yang memegang watak Abu Bakar As-Siddiq. Beliau antara orang yang paling rapat dengan Rasulullah SAW. Satu watak yang mewakili peranan seluruh umat Islam.

Ketika tiba di Mekah, Rasulullah telah pun berniat untuk menyampaikan kisah benar baginda kepada orang ramai. Orang yang paling menunggu cerita Nabi, tidak lain Abu Jahal dan Abu Lahab. Walaupun mereka percaya dan faham apa yang ingin Nabi Muhammad sampaikan namun mereka memanipulasikan kisah peristiwa Isra' dan Mikraj sebagai modal paling besar dan ampuh yang sukar dinafikan masyarakat umum supaya mengingkari seruan Rasulullah s.a.w. beriman kepada Allah dan RasulNya.

Dijemput kedua-dua pelaknat berbondong-bondong datang dengan penuh ceria dan sinis menemui Rasulullah s.a.w. untuk mendengar kisah Isra' dan Mikraj Rasulullah s.a.w. Tujuan mereka adalah untuk menggunakan kesempatan ini bagi mengingkari, mempersenda-senda, menghina, mengejek Rasulullah s.a.w. dan mempengaruhi orang-orang yang sudah beriman supaya kembali murtad dan menyekat kaumnya yang masih dalam kekafiran daripada beriman kepada seruan Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka mungkin mempunyai pendirian berbeza sekirannya Rasulullah s.a.w. menceritakan bahawa baginda mengalami Isra' dan Mikraj ini melalui mimpi sahaja yang bererti kisah ini hanya seumpama mendengar cerita dongeng mitos penglipurlara sebagai sembang-sembang kosong sambil bersantai di waktu lapang. Jika berlaku demikian maka tidak berbangkit isu yang mempengaruhi sebilangan orang yang sudah beriman ketika itu kembali murtad.

Sayidina Abu Bakar As Siddiq, bila ditanya pendiriannya tentang Isra’ Mikraj, langsung saja menjawab: “Kalau Muhammad yang mengatakannya, lebih dari itu pun aku yakin dengannya.”

Ketika Islam baru muda usianya, Nabi SAW kehilangan pula isteri kesayangan dan bapa saudara yang sering mempertahankan baginda. Dan ketika Rasulullah belum mempunyai kerajaan mantap, baginda diduga dengan fitnah dan tohmah dari barisan nasionalis Quraisy terutama Abu Jahal dan Abu Lahab.

Keimanan seumpama Abu Bakar lah yang wajib menjadi aqidah contoh umat Islam dalam mempercayai yang ghaib dan tidak mustahil bagi Allah SWT.

"Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan (mengerjakan) solat serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (Maksud Al-Baqarah-3)

Tuesday, June 26, 2012

BERDOSA : PILIHANRAYA DIMUSIM HAJI

Multaqa Asatizah & Du’at,
26 Jun 2012

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut:-

Di dalam sistem demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.

Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah:

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun.

Firman Allah Ta'ala:

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami:

1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer

Sunday, June 24, 2012

ANTARA 2 (DUA) WAJIB

Ucapan terima kasih juga patut diberikan kepada kumpulan massa atas usaha mem'putar'kan berbagai isu agama. Sama ada berniat baik atau tidak, sekurang-kurangnya 'idea' ini telah membuka kotak fikir manusia (bagi mereka yang berfikir). Isu-isu melibatkan Hudud, qazaf, murtad dan yang terbaru haji pilihanraya membongkar perbahasan-perbahasan ilmu yang menarik untuk diteliti. Tanpa menunggu kuliah-kuliah khusus pengajian.

Perkara basik yang perlu diketahui, ajaran Islam itu tidak memisahkan politik daripada agama Islam. Politik itu tidak termasuk dalam rukun Islam seperti juga ibadah haji yang tidak termasuk rukun iman. Begitulah juga wajibnya menutup aurat dan menjelaskan hutang sesama manusia, perkara ini tetap wajib ditunaikan serta-merta, walaupun tidak dimasukkan secara sebutan dalam rukun Islam. Para ulama menegaskan bahawa perkara-perkara yang tidak disebut dalam rukun itu, tetap termasuk dalam rukun pertama dua kalimah syahadah dan tidak boleh dipisahkan daripada mana-mana rukun iman.

Dalam perkara wajib, para ulama usul fiqh bukan sahaja membahagikan kepada fardu ain dan fardu kifayah. Perkara wajib juga dibahagikan dari segi kesesuaian kadar waktu menunaikannya, sama ada wajib disegerakan, tidak boleh ditangguh, yang dinamakan wajib mudoyyaq seperti puasa Ramadhan dan sembahyang di akhir waktu. Ada juga wajib yang boleh ditangguh kerana luas waktunya dan tidak berdosa menangguhkannya seperti haji dan sembahyang wajib yang lama masanya di awal waktu. Perkara ini dinamakan wajib muwassa'.

Apabila bertembung dua perkara yang sama wajibnya, maka didahulukan kepada menunaikan wajib mudoyyaq seperti wanita kematian suami yang wajib menunaikan idah berada di rumah dalam masa beberapa bulan yang ditetapkan oleh Al Quran, dalam masa yang sama dia berharta dan mampu menunaikan haji kali pertama yang wajib dan menjadi rukun Islam. Hukumnya hendaklah menunaikan idahnya terlebih dahulu, wajib berada di rumah kerana wajibnya mudoyyaq dan menangguhkan haji kerana wajibnya muwassa'. Walaupun perkara idah tidak termasuk dalam rukun Islam. Begitu juga dengan seseorang yang cukup duitnya menunaikan haji, dalam masa yang sama dia berhutang dan diminta membayar segera, maka hendaklah membayar hutangnya terlebih dahulu atau keluarga wajib diberi nafkah, maka tunaikan nafkah dengan cukup terlebih diutamakan walaupun perkara-perkara tersebut tidak termasuk dalam rukun Islam.

Rasulullah SAW menangguhkan ibadat hajinya walaupun diwajibkan lebih awal, ada kalangan ulama yang menyatakan sejak zaman Nabi Adam. Ada yang menyatakan sejak zaman Nabi Ibrahim dan ada yang menyatakan di tahun ketujuh hijrah. Rasulullah SAW membebaskan Makkah (Fathul Makkah) daripada Jahiliyyah terlebih dahulu daripada menunaikan haji dan menghadapi qabilah Hawazin dalam peperangan Hunain. Walaupun banyak harta dan bekalan berada dalam tangan melimpah ruah dan sudah masuk bulan Syawal (bulan haji), namun terus pulang ke Madinah tanpa menunaikan haji.

Rasulullah SAW menugaskan sahabatnya Abu Bakar R.A supaya memimpin umat Islam menunaikan haji pada tahun kesembilan hijrah. Adapun Rasulullah SAW menangguhkan haji sehingga tahun kesepuluh hijrah, sebelum sedikit kewafatan baginda. Para ulama menegaskan bahawa wajib haji adalah muwassa', boleh ditangguh dan Rasulullah SAW mendahulukan urusan politik negaranya dengan menerima rombongan yang datang menyerah diri masuk Islam atau sedia berdamai.

Dalam peristiwa Hudaibiyah pula, Rasulullah dan para sahabat telah memakai pakaian ihram bagi menunaikan umrah. Tiba-tiba dihalang memasuki Makkah dan berakhir dengan perjanjian Hudaibiyah yang salah satu syaratnya menangguhkan umrah. Maka ditangguhkan umrah dan dibayar dam (denda) tanpa menunaikan umrah pada tahun tersebut. Umrah ditangguh kerana perjanjian Hudaibiyah memberi kemenangan politik yang tidak boleh ditangguhkan.

Pemisahan politik daripada agama laksana dipisahkan kepala dengan badan. Imam Al Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf juga menegaskan, "agama adalah asas, kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas. Kalau tidak ada asas runtuh, kalau tidak ada pengawas, hilang tercicir".

Umat Islam wajib menolak budaya fitnah pihak-pihak tertentu dalam masyarakat, disaat yang sama pengukuhan ilmu perlu ada supaya tidak menjadi mangsa kepada kekeliruan agama. Perihal agama, bertanyalah pada yang pakar. Jangan buat penilaian membuta-tuli. Orang yang pakar agama sangat faham tentang perkara yang akan berlaku diakhir zaman.

Berusahalah menilai perkara hak dan batil sebagaimana jelasnya menilai perbezaan syurga dan neraka.

"Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan padanya al-Quran, yang menjadi petunjuk kepada manusia, dan sebagai penjelasan kepada petunjuk dan pembeza (hak dan batil). Siapa yang melihat (anak bulan) hendaklah dia berpuasa. AlBulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan padanya al-Quran, yang menjadi petunjuk kepada manusia, dan sebagai penjelasan kepada petunjuk dan pembeza (hak dan batil). Siapa yang melihat (anak bulan) hendaklah dia berpuasa." (Al-Baqarah-185

Thursday, June 21, 2012

KEMENANGAN IKHWAN BUAT DUNIA ISLAM

Tahniah di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir, 17 Jun lalu. Tahniah juga pengundi-pengundi Mesir yang memilih tajaan Ikhwan, Dr Mohammed Morsi sebagai Presiden baru mereka. Kemenangan itu juga turut mencipta rekod baru apabila buat julung kalinya presiden dari Ikhwan memenangi pilihanraya itu setelah menunggu dan menempoh 83 tahun perit perjuangan.

Walaupun selepas 83 tahun Asyahid Hassan Al-Banna meninggal dunia setelah ditembak di siang hari dalam situasi tidak ada orang yang berani mengangkat mayatnya ketika itu, namun perjuangan mereka itu tetap menang. Dan usaha "juak-juak" sekular seperti CNN, Reuters, bekerja keras untuk memenangkan calon mereka akhirnya nyata tewas.

Kemenangan itu adalah hasil hidayah dari Allah buat pengundi Mesir selepas apa yang tertanggung rakyat mereka selama ini termasuk dibunuh, dikurung dalam penjara. Pelbagai seksaan di bawah kerajaan Mesir yang terdahulu, Jamal Abdul Nasir, Anwar Saddat, Hosni Mubarak. Bermacam-macam angkara kejam dibuat pada pejuang ikhwan termasuk ada yang dibakar janggutnya supaya janggut hilang dan kulit melecur.

Tindakan itu tidak ubah seperti ketika era kezaliman Firaun melakukannya kepada pengikut Nabi Musa.

Inilah bukti kekayaan manusia tidak sama dengan kesempurnaan Allah yang memiliki segala-galanya. Shah Iran walaupun merupakan pemimpin yang terkaya dunia zaman pemerintahannya, namun tidak mempunyai zuriat hasil perkahwinan dengan isterinya Surayya. Akibatnya, Shah Iran berkahwin lain dengan Farah Debba sehingga mendapat zuriat empat orang anak, tetapi kerajaan Shah diguling kemudiannya.

Ini satu 'signal' amaran buat musuh bahawa Pejuang Islam di seluruh dunia, seperti Ikhwan di Mesir, PAS di Malaysia, Masyumi di Indonesia dan lain-lain lagi pasti akan bertambah kuat dalam memperjuangkan kebenaran Islam walaupun ditentang pelbagai cara.

(Disunting dari ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena respon beliau terhadap kemenangan Ikhwan di Mesir.)

Sekuat manapun sekutu-sekutu penentang kepada perjuangan Islam ini pastinya tidak akan dapat terus bertahan selama-lamanya. Dan akan jatuh dalam keadaan hina-sehinanya.

"Dan (hendaklah diingatkan bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah ; Hakikat ini jelas) Maka mengapa mereka tidak mahu memikirkan?" Maksud Surah Yasin-68

Allahuakbar !!

Wednesday, June 20, 2012

MEMBURU SYAHID

Kematian, hakikatnya adalah sama. Ia akan datang bila-bila tanpa diundang. Kecuali syahid yang nyata jauh berbeza.

Aneh bila mereka lebih gemar menerima dan bersedia dengan pelbagai kerenah kematian berbanding peluang memilih nikmat kematian yang dijamin Allah.

Kata-kata As syahid Abdul Aziz al-Rantisi, pemimpin hamas (1947-2004)

"Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache".

Sungguh aneh mereka yang menyatakan ingin syahid tetapi kehidupan hariannya jauh dari pencarian. Tempat duduk mereka terlalu nyaman dibandingkan dengan perjuangan menegakkan kalimat tauhid.

Sungguh aneh mereka yang menyatakan ingin syahid tetapi ketawa mereka melupakan diri mereka dari apa yang dicita-citakannya.

Sungguh aneh mereka yang merindukan syahid tetapi tidak mempersiap apapun untuk memburu kemuliaan itu.

Tetamu yang ini datang membawa khabar kematian yang mulia dan membawa kehidupan sebenarnya, sedangkan apa yang dipersiapkan jelas untuk tetamu berbeza yang membawa khabar betapa indah dan nikmatnya dunia.

Carilah perjuangan dan buruan Syahid.

**Puisi Syuhada

Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

- As-Syahid Syed Qutb

Tuesday, June 19, 2012

EURO 2012 : MENJUARAI PERSEFAHAMAN

Untuk menjejak pusingan akhir Piala Negara Eropah 2012 (Euro 2012), sebuah pasukan sudah pun menempuh laluan sukar diperingkat kelayakan. Rata-rata pasukan memiliki kekuatan dan keupayaan yang hampir sama. England dengan status liganya yang 'femes' turut gagal layak ke pusingan akhir (Euro 2008).

Persefahaman tinggi menjadi senjata utama kejayaan sesebuah pasukan. Bukan mudah menciptannya. Walaupun miliki skill, teknik dan taktik tapi tanpa persefahaman, ianya tak cukup kuat. Itulah kisahnya.

Kebanyakan 'player' bintang di Eropah beraksi dikelab atau liga diluar negara sendiri. 'Trend' yang mengakibatkan pemain-pemain ini gagal, lembap dan lambat menyesuaikan diri dengan pasukan negara masing-masing. Namun ada sebilangan pemain lebih 'taksub' berkhidmat untuk liga tempatan dan pasukan negara mereka terbukti menyerlah contoh juara edisi 2010 Sepanyol. Rusia juga berjaya pada edisi yang sama walaupun turun berstatus 'team underdog' pada mulanya.

Faktor lain kejayaan adalah pasukan yang mempunyai pemain yang cergas 100%. Walaupun pemain tersedia kekuatan fizikal mereka namun disebabkan jadual padat liga-liga Eropah, pemain kerap terdedah kepada risiko kecederaan. Ianya menyumbang kepada tempangnya strategi pasukan dan bakal menserabutkan kepala otak 'coach'.

Peringkat kumpulan mungkin ada sepak tak kena, 'passing tak tepat, shooting out dan berterabur posisi. Persembahan pada pusingan awal tidak boleh dikira. Pasukan yang hebat biasanya mudah untuk mengatasi kerenah persefahaman dalam jangka masa singkat dengan bantuan pemain-pemain berprofesionalisma tinggi. Dan juara edisi 2012 kali ini pasti bemodelkan persefahaman tersebut.

Saksikan nanti pasukan juara itu!!



Monday, June 18, 2012

PEMURNIAN POLITIK

Pilihanraya adalah amalan politik yang menjadi hak semua orang untuk memilih pemimpin dan kerajaan. Politik adalah sebahagian daripada syariat Islam. Sebagai syariat, sepatutnya ia menjadi pegangan aqidah.

Walaupun pilihanraya itu dikatakan asalnya dari Barat (Islam terlebih dulu merintis proses memilih pemimpin/pilihanraya disaat kewafatan Rasulullah SAW dimana akhirnya Saiyidina Abu Bakar terpilih sebagai Khalifah Islam yang pertama), namun passport dan visa haji juga berasal daripada Barat dan kedua-duanya tidak termasuk dalam syarat dan rukun haji.

Para ulama usul Fiqh menetapkan kaedah bahawa perkara yang menjadi halangan menunaikan yang wajib kalau tidak melakukannya menjadi wajib juga. Begitulah pilihanraya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak, kecuali mazhab yang sesat. Al Quran menyebut ayat-ayat yang banyak dalam beberapa surah menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang akan dihisab pada hari qiamat nanti. Amaran ini berulang kali Al-Quran lebih banyak daripada ayat haji dan umrah.

Apa yang dipersembahkan oleh Allah dan Rasulullah SAW sebenar-benar sudah lengkap kesempurnaannya.

اليوم اكملت لكم دينكم واتمممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الاسلام دينا

"Pada hari ini telah Aku sempurnakan agama kamu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku dan telah Aku redho Islam itu sebagai agama bagi kamu" Al-Maidah-3

Dan apabila ada percubaan untuk menggugurkan perkara politik dari syariat Islam bermakna mereka ini telah menolak usaha Rasulullah SAW dalam penyempurnaan Deen (cara hidup) Islam. Merekalah puak-puak sekular yang terbukti sesat.

"Akhirnya percayalah bahawa diam lebih baik daripada bercakap kejahilan, kerana bercakap dalam perkara yang tidak diketahui mendedahkan kebodohan diri sendiri. Beginilah jadinya apabila lesen memandu dijual, boleh membawa kemalangan. Kalau tauliah ilmu juga boleh dijual beli dengan harta dan pangkat, boleh menyesatkan orang ramai. Namun cahaya ilmu Islam pasti bersuluh dan dipelihara Allah. Sesiapa yang mengkhianati ilmu Islam pasti tersungkur akhirnya."

-Dari Amanat Tok Guru.

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu) : Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas- jelasnya (akan segala yang kami engkari dahulu) ; maka kembalikanlah semula kami ke dunia supaya kami dapat mengerjakan amal-amal yang baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin." (maksud As-Sajadah-12)



Friday, June 15, 2012

ANTI-MAKSIAT

Maksiat adalah perkara mungkar yang dilarang dan dicela dalam syariat Islam, dan pelakunya akan mendapat dosa.

Maksiat menghalangi hidayah

Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luarbiasa, beliau (Imam Malik) berkata,

"Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

Maksiat menyebabkan maksiat lain pula

Seorang ulama berkata ;

"Bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya."

"Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku."

Amaran Rasulullah SAW

Rasulullah SAW tegas mengingatkan Muslim agar meninggalkan ketaatan dari pelaku/penagih maksiat dengan sabdanya bermaksud ;

“Tidak ada ketaatan kepada siapa pun dalam maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara yang baik menurut syariat.” (HR. Bukhori dan Muslim)

Pelaku Maksiat

Tergolong dalam status engkar larangan/maksiat ialah Pecah Amanah, Rasuah, Pembaziran, Murtad, Meninggalkan solat dan Zina. Naudzubillahimin dzalik..

Hak tetap hak dan batil tetap batil.
Maha Suci Allah Azza wa Jalla..

Wednesday, June 13, 2012

PAK BAEN STORY : PARANG EMAS KAUNG KASI

Apabila merenung kearah sebilah parang di sudut biliknya, imbasan memori lama mula menyapa sisi Pak Baen. Kaung Kasi gelarannya. Parang yang asalnya bersalut emas itu semakin pudar 'originalitynya'. Habuk dan sawang mula menyadur dengan baik perlahan-lahan bilah parang kebanggaan beliau itu. Akhir-akhir ini, perasaan Pak Baen sering terganggu dek igauan parang terbabit.

Seusai ketiadaan almarhum Pak Ku (gelaran buat arwah bapanya), ketika itu kerap jugak Pak Baen mengasap-ngasap dan mengkemiankan pusaka bernilai tersebut. Lebih kurang 2 kali 'maintenance' harian ditekun Pak Baen dan beliau disiplin melakukannya sehingga hampir 5 tahun. Itu tanda kasihnya Pak Baen kepada tinggalan turun temurun keturunannya.

"Ciss!! Mati sekalipun, aku sekali-kali takkan jualkannya!" tegas Pak Baen 'stress' sambil mencium punggung parang tersebut bila diulang isu penjualan parang kesayangan warisannya.

Pernah satu ketika isu penjualan Kaung Kasi tersebar keseluruh dunia. Berpusu-pusu wartawan dari segenap pelusuk menghurung rumah Pak Baen termasuk pemberita dari television Al-Jabila dan Bibasi datang untuk membuat lintas langsung. Riuh-rendah spekulasi mengatakan bahawa Kaung Kasi adalah parang yang bertanggungjawab membunuh agen-agen asing yang cuba membuat huru-hara di Malaya. Ramai tokei-tokei termasuk dari Genting menawarkan harga jutaan Pound Sterling untuk memiliki parang tersebut. Namun ternyata maruah perjuangan Kaung Kasi bukan untuk dijual beli.

Sewaktu era kanak-kanak Pak Baen, kisah keramat Kaung Kasi sering dilagukan arwah Pak Ku setiap kali sebelum Pak Baen lena dikatilnya. Kadang-kadang kisah parang tersebut terbawak-bawak dalam mimpi Pak Baen.

"Ishh.. Baen tak baca doa tidur ni.." tegur ibunya bila menyaksikan Pak Baen berguling-guling diatas katil.

Kisah bagaimana kehebatan Kaung Kasi memenggal kepala pendatang-pendatang asing yang cuba belagak menjadi raja di Tanah Malaya ni. Apa yang menakjubkan, Kaung Kasi bebas terbang mencari musuhnya tanpa perlu dipimpin tuannya bak 'remote control' lagaknya.

"Patut pun kebal, tuannya takdak.." duga seorang warga kampung sebelah di sebuah warung kopi.

Waktu itu, bukan saja lawan, kawan sekalipun gerun melihatnya. Begitu hebat jasa Kaung Kasi kepada Tanah Melayu. Dan orang-orang kampung Timbang Tahil barangkali sudah hafal kisah yang bagi mereka sangat takjub ini.

Dan bila Pak Baen membuat kenyataan umum.. "Kaung Kasi mungkin akan mencari mangsanya lagi.."

Desas-desus mengatakan parang emas Kaung Kasi akan membuat 'comeback' semakin bertiup kencang. Bendera, kain rentang dan poster mula dilihat bertaburan dimerata ceruk kampung Timbang Tahil dan jiran. Ada juga premis-premis yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan segera dengan menumpang populariti Kaung Kasi termasuk penjual-penjual ubat dipasar malam. Parang Kaung Kasi tiruan yang dibuat dari plastik, getah dan 'fiber' juga turut dijual tanpa kawalan.

Media cetak turut memaparkan 2,3 mukasurat iklan khas. Ceramah, debat dan forum bersangkutan dilaung dicorong-corong radio dan tv. Himpunan dan karnival besar-besaran turut berlangsung sehingga ada penganjur sanggup 'sponsor' berjuta-juta RM untuk membawa masuk 'pompuan' seksi K-Pop sebagai penarik.

Tukang-tukang tilik nasib dan ahlil nujum mula mereka-reka tarikh palsu yang menghuru-harakan jiwa orang ramai mengenai kemunculan Kaung Kasi. Supaya tidak menjadi 'maslahat' umum, Majlis Fatwa Kebangsaan terpaksa campur tangan dengan menjatuhkan hukum haram keatas sebarang pendedahan tarikh palsu. Agensi-agensi penerangan milik kerajaan juga terpaksa dikuda bagi menangkis pelbagai fitnah.

Sehingga kini, orang ramai masih tertunggu-manggu Pak Baen mengumumkan tarikh sebenar Kaung Kasi akan membuat kemunculan semula.

Fenomena yang berlaku ini mentransformasikan Pak Baen menjadi gundah-gulana dan tak tentu haluan. Pak Baen mula diserang sindrom serabut akibat gejala tarikh tersebut. Semakin tajam fokus Pak Baen tertumpu pada Kaung Kasi.

"Bawak sini tuala kecil, Mah.." Peluh jantan mula keluar perlahan-lahan dicelah-celah liang roma Pak Baen.

"Itu baru aku kata mungkin.." Keluh Pak Baen perlahan.

Tuesday, June 12, 2012

TAZKIRAH BUAT BUDAYA WARISAN

Assalamualaikum, salam ukhuwwah buat semua ahli.
Terima kasih, syukur kehadrat Allah SWT dan tahniah buat semua kerana masih kekal berjuang sebagai ahli kumpulan Budaya Warisan. Masih istiqamah dalam sebuah kumpulan seni berelemenkan dakwah Islamiyah.

Ini adalah secebis tazkirah (ingatan) buat kita semua kerana penyakit lupa yang ada pada kita. 'Melayu mudah lupa' (bak kata mantan PM Dr Mahathir).

Antara perkara 'basic' yang menjadi beban dan patut dipikul sebagai seorang hamba Allah dibumi, yang pertama ialah amal baik (kebajikan) yang objektif akhirnya ditujukan hanya buat Allah SWT. Dan yang kedua amar maaruf nahi mungkar (dakwah). Kedua-dua tugasan adalah tanda hubungan baik kita denganNya.

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.”
(Al-Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Said Al-Khudri, Nabi bersabda bermaksud : "Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya, Jika dia tidak mampu hendaklah dia mencegahnya dengan lidahnya, jika dia tidak mampu hendaklah mencegah dengan hatinya. Namun yang demikian ini adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)

Melalui seni hadrah ini sebenarnya terdapat ruang dan peluang cerah untuk beramal dan berdakwah. Seni Hadrah memiliki kedua-dua unsur asas tersebut.

Ramai orang melihat hadrah ialah bagaimana pemain-pemain kompang yang pergi kerumah orang kawin berdendang dan menghiburkan jemputan. Namun sebenarnya ada maksud lain yang patut kita teroka.

Dari sudut lain, hadrah telah berjaya membawa mesej penceriaan buat tuan rumah seterusnya majlis kenduri. Ini berlaku jika ahli menunaikan beberapa syarat yang menjadi ketetapan.

Dengan alunan selawat, ahli-ahli telah pun mengajak pendengar bersama-sama memungut pahala berselawat keatas junjungan Nabi SAW dan meraikan Sunnatullah perkahwinan yang jadi kesukaan Allah dan Rasul. Selain lagu-lagu bermesej nasihat sebagai ingatan orang ramai.

Duduk secara aktif dalam kumpulan hadrah bererti kita telah menanam suasana budaya bermasyarakat yang sihat. Budaya Warisan membawa pertembungan ukhuwah hebat antara ahli.

Ya! Bukan mudah untuk membentuk sebuah kumpulan seni yang mempunyai 'team-work' yang baik. Di Malaysia sendiri kita telah saksikan banyak kumpulan-kumpulan seni yang terpaksa berpecah belah. Tetapi melalui tarbiyah sempurna, tak mustahil ianya boleh berlaku.

Budaya Warisan mengisi ikatan pertemuan ahli dengan hiburan alternatif yang jauh dari unsur haram seperti pencampuran bukan mahram, judi, arak dan perbuatan sia-sia lain. Jauh sekali untuk dibandingkan dengan kepopularan K-Pop.

Kata lainnya, Budaya Warisan bukan sekadar kumpulan seni semata-mata. Malah mereka juga layak bergelar kumpulan dakwah dan kebajikan walaupun tak sebaris dengan pergerakan-pergerakan dakwah lain. Apatahlagi Budaya Warisan dinaung baik oleh kehebatan institusi agama seperti Surau Assomadiyah.

Sebarang usaha menggerakkan kumpulan Budaya Warisan merupakan jihad kebaikan dan kemuliaan. Dan sama-samalah berdoa semoga Allah menurunkan limpahan rahmat dan keberkatan kepada Kampung Senduk, Surau Assomadiyah dan Kumpulan Budaya Warisan.

“ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui .”
(At-Taubah ; 41)

Selagi kita mengikut lunas syariat, yakinlah perjuangan kita adalah benar.

Tuesday, June 5, 2012

RASULULLAH SAW TELAH TINGGALKAN KITA

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Ini adalah bentuk memo yang sering diiramakan khatib dimedan Jumaat.

Tingkatkanlah ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Janganlah kita hanya tahu mendengar sahaja perkataan taqwa serta menyebutnya sedangkan ia tidak menyerap ke dalam sanubari kita . Hitunglah diri kita setiap masa samada semakin hampir kepada Allah atau sebaliknya. Adakah amalan soleh kita semakin meningkat atau pun menurun.

Firman Allah dalam ayat 128 dan 129 surah at-Taubah yang bermaksud: Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah : "Cukuplah Allah bagiku, tiada tuhan selain Dia, hanya kepadaNya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arasy yang agung".

Jangan menciplak gaya mewah Abu Lahab. Abu Lahab yang menyembelih 100 ekor unta kerana kegembiraan di atas kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Tetapi akhirnya dialah yang menjadi penghalang dan penentang yang utama terhadap dakwah Rasulullah s.a.w sehingga adanya surah al-Lahab dalam al-Quran yang memberitahu kita semua bagaimana kecelakaan yang besar menimpa Abu Lahab dan isterinya kerana menolak dan mencerca dakwah suci Rasulullah s.a.w. Kita juga tidak mahu segala sifat mulia Rasulullah s.a.w diketahui dan disebut oleh kita saban hari samada melalui pembacaan buku, pendengaran melalui kuliah atau pun sebutan dalam berzanji dan juga selawat tetapi sekadar menjadi pengetahuan sahaja tanpa ada di sana usaha ke arah mencontohi dan melaksanakan kewajipan yang disuruh. Kita tidak mahu menjadi seperti ahli kitab dari golongan Yahudi dan Krisitian yang mengenali keperibadian Rasulullah s.a.w sebagaimana mereka mengenali anak mereka sendiri tetapi setelah kelahiran nabi Muhammad s.a.w, merekalah yang menjadi musuh utama kepada dakwahnya.

Dalam bergembira mengingati kelahiran Rasulullah s.a.w, janganlah kita terlupa bahawa dalam bulan yang sama turut merakamkan peristiwa yang sedih dan memilukan seluruh umat Islam. Sebagaimana maklum bahawa selepas mengerjakan haji wida’ di Mekah pada tahun ke-10 hijrah lalu baginda s.a.w pulang ke Madinah. Setelah tiba di Madinah, Rasulullah s.a.w telah memerintah tentera Islam untuk menyerang Rom yang berkubu di Balqa’, Jordan dan Palestin di mana baginda memilih Usamah bin Zaid sebagai panglima perang.

Setelah persiapan perang telah siap dan hanya menunggu arahan seterusnya daripada Rasulullah s.a.w maka bermula dari sinilah baginda s.a.w mulai sakit tenat. Pada suatu larut malam, Rasulullah s.a.w telah pergi bersama dengan Muwaihibah ke kawasan perkuburan Baqi’ berhampiran Masjid Nabawi kerana diperintah supaya beristighfar di sana. Sekembalinya dari kawasan perkuburan Baqi’ , Rasulullah s.a.w telah mengadu bahawa kepalanya begitu sakit dan pening kepada ummul mukminin Sayyidatina ‘Aisyah. Peristiwa ini berlaku pada akhir bulan Sofar tahun 11 hijrah. Rasulullah s.a.w pada mulanya terlantar sakit di rumah ummul mukminin Sayyidatina Maimunah di mana selepas mendapat persetujuan daripada isteri-isterinya lalu baginda dipindahkan ke rumah Sayyidatina ‘Aisyah dengan dipapah oleh al-Fadhil bin Abbas dan Ali bin Abu Talib. Rasulullah s.a.w setelah bersiap lalu memberitahu bahawa baginda ingin keluar ke masjid bagi memberi ucapan kepada para muslimin. Selepas selesai sembahyang lalu baginda s.a.w sebelum menaiki minbar bersabda agar para muslimin berdoa ke atas para syuhada’ yang mati dalam peperangan Uhud dan.setelah berdiri di atas mimbar lalu Rasulullah bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepada hamba antara dunia dengan apa yang ada disisiNya (Allah) maka memilih hamba itu apa yang ada disisi Allah."

Mendengar ucapan itu lalu bercucuran air mata Sayyidina Abu Bakar kerana beliau faham bahawa apa yang dimaksudkan dengan hamba itu ialah diri Rasulullah s.a.w di mana baginda merasai telah hampir saat kewafatannya.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : "Wahai Abu Bakar! Jangan engkau menangis, sesungguhnya daripada mereka yang beriman kepadaku pada menemaninya, hartanya ialah Abu Bakar. Jika aku mengambil seorang teman rapat nescaya aku akan menjadikan Abu Bakar tetapi persaudaraan Islam dan kemanisannya. Tidak akan kekal dalam masjid satu pintu melainkan ada penghadang melainkan pintu Abu Bakar."
Hadis ini menunjukkan kelebihan Sayyidina Abu Bakar.

Sabdanya lagi bermaksud: "Sesungguhnya aku mempunyai tanggungan yang berat antara kamu, aku merupakan saksi kepadamu, sesungguhnya janji kepadamu ialah telaga kauthar, Sesungguhnya aku melihatnya sedangkan aku berada ditempatku ini. Sesungguhnya aku tidak bimbang kamu akan syirik tetapi yang paling aku bimbang ialah kamu akan berebut-rebut kemewahan dunia ketika dibentangkan kepadamu."

Pada suatu malam ketika para muslimin menunggu-nunggu ketibaan Rasulullah s.a.w bagi menunaikan solat Isya’, baginda tidak dapat berbuat demikian kerana terlalu sakit sehingga baginda memerintah Sayyidina Abu Bakar menjadi imam menggantikan baginda. Setelah diberitahu tentang perintah nabi lalu Sayyidina Abu Bakar meminta Sayidina Umar untuk menjadi imam tetapi Sayyidina Umar menggesa agar Sayyidina Abu Bakar melaksanakan perintah nabi untuk menjadi imam kerana beliau merupakan orang yang paling layak. Pada hari seterusnya setelah Rasulullah s.a.w merasai lega sedikit daripada kesakitan yang ditanggung lalu baginda keluar ke masjid dengan dipimpin oleh dua orang sahabat bagi menunaikan solat Zohor. Melihat kedatangan Rasulullah s.a.w maka Sayyidina Abu Bakar ingin berundur dari tempat imam tetapi Rasulullah s.a.w meminta agar beliau terus berada ditempat itu dan baginda sendiri meminta agar dua orang sahabat yang memimpinnya supaya mendudukkannya ditepi Sayyidina Abu Bakar. Sayyidina Abu Bakar bersembahyang mengikut solat nabi yang mengerjakannya sambil duduk manakala muslimin yang lain mengikut solat Sayyidina Abu Bakar. Ini merupakan solat terakhir Rasulullah s.a.w bersama para muslimin di mana para sahabat begitu gembira melihat nabi mampu bersembahyang bersama-sama mereka menandakan baginda akan sembuh dari sakit. Tetapi kegembiraan itu hanya sementara di mana kesakitan baginda semakin parah dan apabila ditanya kepadanya lalu baginda menyatakan : "Tiada daripada orang islam yang ditimpa kesakitan maka tidak selainnya melainkan Allah akan menggugurkan kejahatannya sebagaimana daun yang gugur dari pokok. "

Pada suatu hari ketika para isteri nabi berada disampingnya lalu anaknya Siti Fatimah datang menghampirinya. Para isteri nabi yang lain melihat bagaimana Rasulullah s.a.w menceritakan sesuatu kepada Siti fatimah di mana buat kali pertama dia menangis kesedihan dan buat kali kedua dia tersenyum gembira. Apabila ditanya maka Siti Fatimah mengatakan bahawa dia sedih pada cerita pertama kerana Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa setiap tahun malaikat Jibril akan menyampaikan wahyu al-Quran sekali manakala pada tahun ini dia datang sebanyak dua kali. Dia tidak melihatku melainkan kedatangannya kerana telah tiba ajalku. Sesungguhnya engkau wahai Fatimah merupakan ahli keluarga pertama yang akan mengiringiku dan sebaik-baik salaf ialah aku bagi engkau. Maka aku menangis mendengar kata-kata itu. Manakala cerita yang menyebabkan aku gembira ialah apabila Rasulullah s.a.w bertanya : "Adakah engkau tidak redha menjadi Penghulu bagi seluruh umat wanita yang beriman atau ketua bagi wanita umat ini maka aku merasa gembira dengan perkara ini."

Dalam keheningan Fajar Subuh hari Isnin 12 Rabiul Awwal tahun 11 hijrah ketika mana Sayyidina Abu Bakar dan para muslimin bersiap untuk solat Subuh, mereka telah terpandang wajah Rasulullah s.a.w yang berseri-seri sedang tersenyum apabila tabir dari bilik Sayyidatina ‘Aisyah terbuka lalu Abu Bakar memberi ruang kepada baginda kerana pada sangkaannya baginda ingin solat bersama-sama mereka. Para muslimin yang berada dibelakang turut bergembira apabila melihat keadaan nabi ketika itu tetapi akhirnya nabi mengisyaratkan dengan tangan agar mereka menyempurnakan solat mereka. Selepas itu para muslimin terus berasa senang hati melihat keadaan nabi yang mana pada sangkaan mereka telah hampir pulih. Namun sangkaan mereka meleset sama sekali kerana selepas menutup kembali tabir bilik Sayyidatina ‘Aisyah dan Rasulullah s.a.w kembali berbaring ditempatnya maka kesakitannya bertambah tenat. Itulah senyuman yang terakhir daripada seorang rasul dan pemimpin yang agung buat muslimin dan itulah juga senyuman perpisahan daripada nabi dan ketua yang penyayang buat muslimin sebelum Rasulullah s.a.w menemui Allah.

Pada saat-saat akhir, Usamah bin Zaid telah masuk menemui Rasulullah s.a. Ketika berada disampingnya dia diam lalu melihat bagaimana nabi telah meletakkan tangan baginda ke atasnya dan kemudiaannya mengangkat kedua tangannya di mana dia tahu bahawa nabi telah berdoa untuknya.

Antara ucapan atau wasiat yang terakhir sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir ialah : "Wahai manusia! Sesungguhnya tidak akan kekal berita atau wahyu kenabian melainkan rukya solehah yang akan diperlihatkan kepada orang Islam atau pun dia melihatnya. Ada pun sesungguhnya aku telah mengakhiri pembacaan al-Quran ketika rukuk dan sujud. Ketika rukuk maka besarkanlah Allah manakala ketika sujud maka bersungguhlah meminta doa Maka lakukanlah nescaya akan dimaqbulkan."

Selepas itu baginda menghembuskan nafas yang terakhir untuk pergi menemui kekasih sejati Allah Rabbul Izzati meninggalkan syariat yang akan terus dilaksana dan disampaikan oleh umatnya sehingga hari qiamat.

Kewafatan Rasulullah s.a.w telah tersebar luas sehinggalah Sayyidina Abu Bakar mendapat berita sedih ketika berada di atas kuda dalam perjalanan pulang kerana pada sangkaannya baginda telah beransur pulih. Sayyidina Abu Bakar bergegas menuju ke Masjid Nabawi lalu memasuki bilik Sayyidatina ‘Aisyah dimana terletaknya jasad Rasulullah s.a.w. Beliau duduk berhampiran jasad nabi yang mulia lalu menyingkap kain yang menutupi bahagian muka nabi di mana beliau terus mengucupnya dan menutup kembali seterusnya keluar menemui para muslimin yang masih sedih dan terkejut menerima berita yang sedih ini.

Suasana ketika itu hampir tidak terkawal kerana masing-masing bagaikan tidak percaya apabila menerima berita kewafatan rasul yang begitu dikasihi, ketua yang disegani, pemimpin yang telah memimpin umat daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya iman dan islam.

Sayyidina Umar sendiri tidak mempercayai berita kewafatan Nabi SAW malah memberi amaran keras akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah wafat kerana baginya Rasulullah s.a.w tidak akan wafat melainkan setelah kaum munafik dihancurkan. Ada juga para muslimin yang tidak kuat imannya kembali murtad kerana tidak dapat menerima hakikat kewafatan nabi ini.

Dalam keadaan yang tidak terkawal ini lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dihadapan para muslimin lalu mengeluarkan kata-katanya yang tegas :
" Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".

Selepas itu beliau membaca ayat 144 surah ali Imran yang bermaksud : "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur."

Firman Allah dalam ayat 31 dan 32 surah Ali Imran yang bermaksud : Katakanlah : "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu ". Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah : "Taatilah Allah dan rasulNya jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir".

Sebagai mereka yang mengaku beriman kepada Allah dan rasulNya mestilah sentiasa mengikut landasan dan syariat yang telah dibawa oleh nabi tanpa mempertikaikannya. Diwaktu sunnah nabi dihina dan dicerca marilah kita sama-sama mempertahan dan menghidupkannya walau pun apa yang berlaku dan sunnah yang terbesar ialah terdirinya Khilafah Islamiah itu sendiri. Jika nabi dan para sahabat serta pejuang selepas mereka bersusah payah sehingga mengorbankan harta dan nyawa dalam memastikan Islam tersebar maka kita yang merasai kemanisan dan keadilan Islam hasil perjuangan suci mereka itu janganlah merasa mudah dan tidak menghiraukan walau pun Islam diserang di setiap penjuru

Saturday, June 2, 2012

EKSPRESI BUDAK HIJAU

Ustaz Ahmad Fariz mengetuai bacaan doa pembukaan bagi memberkati permulaan perjalanan. Kami meninggalkan Senduk tercinta kira-kira jam 9.00 am bersama-sama 42 orang ahli kariah dan tiba di Masjid Pendang jam 12.30 tengahari. Sebelum tu kami sempat singgah di R & R Gurun berehat.

Masjid yang tenang pada awalnya bertukar 'kalut', apabila ramai musafir-musafir bervisi sama singgah berJumaat disitu. Ini adalah fenomena biasa setiap kali PAS berhimpun. Masjid sekitarnya pasti dihurung manusia dan air tangki pasti menghadapi risiko kekeringan serta pasti ada pemusafir yang kecewa terlepas berjemaah.

Dengan tidak menoleh kebelakang lagi, jam 2.00 pm kami terus menuju ke Darul Aman Stadium. Meraikan ketibaan, kami terus 'menawan' Stadium Darulaman secara rasmi dengan upacara pemasangan 'banner' khas sebagai simbolik ketibaan.

Setiap pejuang dibekalkan dikerusi bas 'door-gift' roti planta, air kotak dan air mineral sebagai sarapan perut.

"Arghh!" perut masing-masing mula meminta menu tengahari. Kami kemudian menjelajah seluruh persegi tapak himpunan untuk misi makan tengahari sebelum berakhir di Restoran Cheri kira 2 km dari stadium.

"Punyalah jauh!" kata ustaz.

Ya! Kami terpaksa menapak jauh untuk tujuan mengisi perut. Berhujan kemudiannya disitu selama sejam.

"Budak silat mana ni?" kami berjaya mencuri perhatian pengunjung sepanjang perjalanan disebabkan suit serba hitam kami.

Jam 5.20 pm, kami tidak lagi berganjak lagi dari posisi dimana 'banner' Sidang terpasang. Kami mula mendengar 'nyanyian' bersemangat dari Ir Nizar dan Ustaz Nasaruddin Hasan.

"wooo! die paka spek hitang bohh!!" Ustaz Nasruddin mengalukan kedatangan Ustaz Azhar ke pentas.

Ustaz Azhar Idrus mengambil alih pentas dengan sedikit motivasi buat orang muda serta sedikit soal jawab kira-kira jam 6.00 pm sebelum program berehat sejenak.

Orang 'hijau' kembali memenuhi stadium apabila azan maghrib berkumandang. Kerusi kosong mula berkurang. Solat dan munajat kemudiannya berlangsung dengan diimami Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Jam 9.30 pm, Dato' Mahfuz (pengarah program) 'merampas' pentas sebagai pengerusi dengan menjemput Ustaz Azizan berucap mewakili alu-aluan penganjuran Kerajaan Kedah. Dato' Mahfuz ternyata 'garang' malam ni.

"Sudah 60 tahun usia stadium, ini kali pertama azan berkumandang disini" kata MB Kedah itu. Waktu ini iklan berbagai-bagai kehilangan berselang-seli mengalih tumpuan. Anak yang hilang ibu dan juga isteri yang turut kehilangan suaminya. Satu tanda hadirin mula hilang kawalan.

Stadium semakin 'sukar bernafas' dengan hadirin yang semakin menyesakkan suasana. Pelbagai saiz bendera mula menari-nari seolah-olah berpesta gembira. Adakala ada anak muda yang 'nakal' cuba menghidupkan 'ombak Mexican' yang menjadi 'trademark' biasa stadium.

Seterusnya beberapa ucapan motivasi dari penyanyi Aisyah, mantan Ketua Polis Datok Fauzi, saudara Rodi Al-Hijrah, Profesor Nik bekas KSU, puisi dari 'Generasi Gagah' A Samad Said dan Timbalan Presiden Hj Mat Sabu.

Ikrar dan Lagu rasmi (melodi dan lirik lagu menarik ini jelas kurang dihadam penyokong) juga dilontar oleh hadirin dengan penuh semangat sambil 'diganggu' dentum bungaan mercun.

"Pertunjukan bunga api bukan agenda penganjur.." Balas Dato' Mahfuz buat kami pelik. Rupanya ia 'sabotaj' menarik yang cuba dihidupkan.

Dua Ikon Umat Malaysia, dua Tok Guru masyhor kemudian memperdengarkan amanat masing-masing bermula jam 11.00 pm.

"Kemenangan tak akan tercapai begitu sahaja tanpa usaha gigih ahli" antara amanat penting isi kuliah Tok Presiden.

Penyokong-penyokong jauh semakin 'extreme' bertakbir saat Tuan Guru Nik Aziz tampil ke 'rostrum' ucapan.

"Orang yang tolak Islam adakah baginya layak untuk berdoa?" soal Tok Guru sebelum berdoa yang kemudian diaminkan ratusan ribu umat manusia.

"Insyaallah kita akan menjelajah ke seluruh Malaysia!" laung Dato' Mahfuz mengakhiri program jam 12.00 tengah malam.

Kami kemudian turun beramai 'beraksi' dipadang stadium sambil melaung kalimah takbir sebagai tanda kemenangan kecil pada hari itu sebelum mula memikir mengorak langkah pulang.

"Kalau ada gas pedih mata lagi seronok!" beberapa ahli meluahkan sedikit kekecewaan terhadap 'kekurangan' pada himpunan tadi.

4.30 am. Kepulangan ke laman asal seolah begitu pantas kerana kami lena keletihan yang pastinya. Harapan kami, esok bagaikan hari baru untuk lebih gigih bekerja buat kemenangan gerakan Islam. Kami cuba memimpikan hari esok yang lebih baik.

Allahuakbar!!