Dunia kehakiman Malaysia sudah memasuki fasa kronik dinilai dari tahap integriti yang semakin teruk dan pelik. Sama ada undang-undang sivil atau syarie sekalipun. Pertikaiannya sudah jadi bicara orang awam. Bukan masanya perkara hidup mati di jadi cerita lawak dan fitnah. Apatah lagi mangsa atau si arwah mati dalam klasifikasi kes bunuh. Terbunuh pulak di tempat yang sangat tak sesuai. Matinya sewaktu selesai upacara siasatan di bilik tahanan. Adalah satu perkara yang meragukan apabila kematian itu kesudahannya dalam premis siasatan. Logik akal sukar untuk menafikan kematian yang berlaku adalah disebabkan ada kaitan dengan proses soal siasat walaupun klasifikasi bunuh diri.
Beginilah jadinya bila sang hakim dan peguam masing-masing gagal dalam pembuktian mereka di gelanggang saksi dan tertuduh. Pasukan yang teringin 'menang' tidak perlu bersusah payah membawa saksi yang 'power', cukup dengan bahan-bahan sekeliling yang kadang-kadang begitu mengejutkan kepala otak. Satu waktu dulu 'tilam' dipaksa hadir ke mahkamah. Kali ni benda-benda meragukan seperti tuala, berus gigi dan CD bergilir-gilir disoal pulak di kandang saksi. Dan kalau tingkap dan pintu boleh diusung ke mahkamah, tidak mustahil ianya turut jadi mangsa. Bayangkan kawan-kawan semua...! 'Orang gila' pun boleh jadi saksi penting dan berpeluang untuk menang kes. ..Kalau la tingkap tu boleh bercakap kan bagus....
Undang-undang syarie turut berjangkit virus yang sama. Perundangan yang hakikatnya menjadi tapak buat umat Islam berlindung ini semakin menghampiri tarikh luputnya. Ianya tidak segagah disangka walaupun tauliah-tauliah lulusan Syariah bersusun-susun. Peruntukan Qazaf yang diharap dapat melindungi hak muslim dari tuduhan zina atau liwat tidak cukup kuat untuk membela mangsa. Yang tinggal dan masih dibanggakan hanyalah hukum 3,5 dan 6. Angka 6 untuk sebatan itupun turut jadi bahan pertikaian (kes tuntutan Kartini).
Waris-waris perundangan khususnya undang-undang syarie terutama yang memilih profesion khusus diharapkan mengikhtiarkan sesuatu bagi mengembalikan 'respek' umum terhadap keadilan. Elakkan dari membuat kenyataan tidak sesuai dengan kredibiliti terutama yang berlabel pengamal undang-undang syarie. Cuba teliti kenyataan YB Kulim yang juga seorang 'lawyer'
Syariah merangkap 'the riding YB'.
"Inilah Hudud PAS. Ianya bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya kedalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapa pun termasuk dengan isterinya sendiri, ia tetap liwat.."
Memang betul semuanya berstatus liwat. Tetapi takrifan hukuman Liwat adalah sama dengan hukum Zina menurut pendapat kebanyakan Ahli Sunnah Wa Jamaah. Hudud adalah untuk penzina (peliwat). Jelas pergaulan dengan isteri bukan perkara zina dan secara otomatik hukuman Hudud terlepas buat pesalah. Bagaimanapun hukum Ta'zir masih menanti pesalah.
Kenyataan yang tidak berilmu adalah zalim menurut beberapa pendapat ulama. Lebih zalim jika hasil ceteknya kefahaman dan kenyataannya berpengaruh. Bertambah zalim jika untuk 'cover' pihak tertentu dan ada kepentingan isi perut. Cukup mengelirukan. Nak kata Jahil Syariah, dia adalah peguam Syariah. Kalau begini situasinya, usahkan nak bagi kefahaman untuk Umat Islam, nak mempertahankan akidah pun jadi sukar.
YB Kulim perlu meminta maaf kepada umat Islam atas dosanya mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Begitu juga taubatnya kepada Allah...
VOCALIST
Saturday, October 22, 2011
Friday, October 21, 2011
BUKAN SEKADAR BERHIMPUN
Dalam kuliah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Sofiyuddin di Surau Kampung Senduk baru-baru ni disyarahkan kepada muslimin dan muslimat antaranya berkenaan bagaimana cara untuk mengingati Allah selain dari mengadakan aktiviti tahlil dan sebagainya. Ustaz menyentuh mengenai pelbagai disiplin di'prepare' buat umat Islam khusus bagi mengingati Allah SWT. Selain ibadat khusus seperti solat dan puasa, 'ingat Allah' juga boleh dipraktik dimana sahaja. Ketika aktif berniaga, bercucuk tanam, bekerja dan bersukan juga perlu. Kerana Allah telah menetapkan prosedur atau garis panduan khas mengikut niatnya. Tanpa panduan, segala amalan tidak dinilai disisi-Nya. Dan inilah bukti ingatan kita kepada Allah. Dia memerhati setiap perlakuan hambaNya. Inilah 'takwa' yang kerap dipesan khatib jumaat buat umat Islam. Ustaz kata "tengok ayat 3 surah Al-Baqarah untuk erti takwa"..
3G (Gold, Gospel & Glory)
British 'berkunjung' ke Tanah Melayu satu waktu dulu bukan semata-mata misi monopoli bijih timahnya. Mereka membawa satu 'slogan keramat' ala-1Malaysia iaitu membolot harta (gold), menjajah (glory) dan menyebar 'syiar' Kristian (Gospel). Mereka akhirnya telah berjaya 'memikat' Raja-Raja Melayu di kawasan peranginan Pangkor (1874) secara halus untuk menerima syarat perjanjian berat sebelah. Pemeteraian ini memberi ruang seluasnya buat British untuk 'berpesta dan makan angin' di Tanah Melayu tanpa permit khas. Selain berkuasa luas, dibawa mereka pakej teknologi-teknologi 'sesat' seperti hiburan, judi, arak dan seks maka orang Melayu (Islam) terus mabuk tak sedar diri hingga hari ini. Termasuk dalam pakej juga ialah tertendang dan terterajangnya Ulama disana-sini. Dan sehingga hari ini 'Coverage' 3G masih lagi dinikmati British dan secara tak langsung tercapai niat 'kristianisasi' mereka.
Kolonial yang tertinggal
Hari ni kesan 'kolonism dan imperialism' semakin membeban rakyat Malaysia terutama Umat Islam. Kristianisasi membuah pelbagai kejayaan dengan impak maksimanya kini telah menyerang setiap pintu rumah muslim. Umat Islam seakan sudah habis idea dalam usaha mempertahan. Orang Islam hanya mampu melihat proses 'transformasi' Murtad tanpa sebarang sekatan. Anak muda 'bebas' beragama selagi identiti melayu kekal. Ianya sangat mudah ibarat menukar pakaian. Jangan dipersoal posisi kerusi pemerintah waktu ini. Berselindung disebalik Ketuanan Melayu, Baki kerabat bangsawan selesa meneruskan legasi jajahan terdahulu. Mereka semakin 'sayangkan' kekayaan bumi Malaysia yang bagi mereka tetap akan dipertahan. Kalau masih ingat propaganda kolonial Jepun "Asia untuk orang Asia" mereka popular dengan "Melayu untuk orang Melayu"
Adakah dengan ber'himpun' boleh mengubah suasana tidak selamat ini? Adakah dengan menyuarakan kegelisahan melalui jalan demokrasi dapat menyuraikan keegoan pemerintah? Ingat!! Pemerintah yang sedang dihadapi sekarang dasar sebenarnya lebih kolonial dari kolonial. Sedangkan BERSIH yang jelas bermatlamat murni sekalipun ditolak dan dibakul sampahkan, inikan pula sekadar ber'Himpun'.. Apa yang perlu dilakukan adalah lebih dari ber'himpun'...

Saturday, October 15, 2011
KORBAN UNTUK SYARIAT
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah perasaan yang dirasai Nabi Ibrahim AS apabila menerima beban arahan Allah untuk menyembelih darah daging hasil perkongsian dengan Siti Hajar. Apatah lagi anak bakal dikorban itu adalah satu-satunya cahaya mata kesayangan yang ditunggu berpuluh-puluh tahun. Anak yang bakal dikorban pula adalah Nabi Ismail juga dari benih Siti Hajar yang terdahulu mempunyai pengalaman perit apabila ditinggal Nabi Ibrahim sehelai sepinggang di tanah tandus Mekah tanpa apa-apa bekalan. Kisah bagaimana Siti Hajar berlari-lari disekeliling kota Mekah bagi mencari sesuatu juadah buat mengatasi tangisan kelaparan Nabi Ismail as saat susu badannya sudah kering.
Perasaan cinta Nabi Ibrahim kepada Allah mengatasi segalanya melebihi kekuatan cinta pada isteri Siti Hajar dan anak Nabi Ismail. Waktu ini Ismail sudah pun melangkaui usia remaja dan sudah bersedia mengambil alih tugas-tugas Nabi Ibrahim. Demi ketaatannya kepada Allah, Nabi Ibrahim menyampaikan amanat Allah satu-persatu buat Ismail as walaupun keberatan.
” Wahai ayahku! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak sehingga menyusahkan ayah, kedua agar menanggalkan pakaianku supaya tidak terkena darah yang akan menyebabkan berkurangnya pahalaku dan terharunya ibuku bila melihatnya, ketiga tajamkanlah parangmu dan percepatkanlah perlaksanaan penyembelihan agar menringankan penderitaan dan rasa pedihku, keempat dan yang terakhir sampaikanlah salamku kepada ibuku berikanlah kepadanya pakaian ku ini untuk menjadi penghiburnya dalam kesedihan dan tanda mata serta kenang-kenangan baginya dari putera tunggalnya.”
Ditakdir Allah parang tajam Nabi Ibrahim as tak upaya menyembelih leher Nabi Ismail as yang kemudiannya di gantikan dengan seekor kambing. Allah SWT telah membuktikan 'ketaatan luarbiasa' pasangan anak-beranak Ibrahim dan Ismail dalam menyahut tuntutan syariat.
Bayangkan jika Allah masih mengekalkan pensyariatan sembelihan anak masing-masing sebagai korban hari ini. Anak dan bapa yang longgar akidah akan berkejar sana-sini huru-hara. Akan ada sana-sini pengamal hak asasi berdemo menentang apa yang difikir mereka 'zalim dan kejam'. Akan keluar kenyataan-kenyataan engkar seperti primitif, tak sesuai dan paling hina ialah 'makan sup tangan'. Syariat yang tersedia kekal dan jelas sekalipun diperlekeh dan dipijak sesuka hati puak-puak yang anggap akal mereka melampaui ilmu Allah ini. Malaysia juga 'bangga' kerana memiliki kumpulan dan pasukan yang jelas tidak mesra syariat. Mereka bermatian-matian berusaha memastikan tiada pelaksanaan sebarang hukum syarie terutama pensyariatan hudud yang jelas disebut Al-Quran. Dengan menyorok disebalik Islam, status yang kebanyakan mereka anuti ini sangat mengelirukan masyarakat. Kesan keengkaran merekalah (terutama pemimpin) jadi punca berlakunya gejala zalim seumpama bunuh bayi zuriat sendiri, rompak dan rogol.
Dua pensyariatan (haji dan korban) adalah teladan dari kisah 'popular' Nabi Ibrahim, Ismail dan Siti Hajar. Syariat Nabi Ibrahim ini dipersembahkan dengan terang melalui Al-Quran sebagai ibadah umat Nabi Muhammad SAW. Umat Islam wajib mengisytiharkan kesediaan bagi pelaksanaan sebarang syariat sebagaimana sanggupnya Ibrahim as dan Ismail as menurut perintah Allah tanpa buruk sangka.
Sebarang syariat dari Allah adalah suatu amanah buat manusia yang terbeban terbeban pada diri sebagai pemimpin muka bumi. Jangan biarkan diri kita berada di posisi seorang Islam yang engkar yang boleh membawa kepada kemunafikan. Keengkaran bakal jadi punca pelbagai kerosakan bumi beserta isi dan sabitnya adalah tangan-tangan manusia itu sendiri. Hanya kerana engkar.
“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” [Surah ar-Rum (30):41].
Selamat menunaikan ibadah Haji dan Korban 2011 khusus buat Makndak Ja dan Ustaz Hatta dan Umat Islam amnya.

Thursday, October 13, 2011
TIRU SEPERTI DUA(2) ORANG INI
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:” Janganlah ingin menjadi seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah (ilmu) dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas ada dua amalan manusia yang akan diredaii oleh Allah SWT iaitu :
Pertama : Orang yang diberikan kekayaan kemudian dibelanjakan hartanya di jalan Allah SWT.
Kedua : Orang yang diberikan hikmah (ilmu) kemudian mengajarkannya ilmu tersebut kepada orang lain.
Huraiannya :

Dalam kita menjalani kehidupan ini pasti kita akan berhadapan dengan ujian Allah SWT. Samaada diberikan-Nya ujian berupa kekayaan atau kemiskinan. Orang kaya janganlah sombong dengan kekayaannya begitu juga orang miskin jangan kufur dengan kemiskinannya. Kedua-duanya akan ditanya nanti dimakhamah Allah SWT di hari akhirat.
Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Tirmizi).
Allah SWT menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.
Sesiapa yang dikurniakan harta kekayaan kemudian dia ingat bahawa harta yang dia miliki adalah pinjaman sementara di dunia ini maka harta tersebut akan diinfakkan dijalan Allah SWT dan juga belanjakan dijalan yang adil dan hak iaitu jalan yang diredai-Nya.
Allah SWT memerintahkan manusia supaya melakukan infaq dan membelanjakan sebagian rezeki yang telah dilimpahkan-Nya kepada fakir, miskin, orang yang sangat memerlukannya dan untuk kebaikan dan kemanfaatan orang ramai.
Allah SWT tetap dan pasti membalas infaq atau belanja yang telah dikeluarkan hamba-Nya, dan akan dibalas berlipat ganda. Allah SWT membalas dengan cara-Nya sendiri, baik hamba-Nya sadar atau tidak sadar, balasan-Nya akan melimpah kepadanya di dunia atau ditangguhkan pada waktu yang ditentukan-Nya sendiri atau ditangguhkan-Nya pada hari akhirat kelak.
Keutamaan infaq ini terdapat dalam Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 261:
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya : "Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, adalah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui"
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Infaqkanlah sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untukmu. (Surah al-Baqarah ayat 267)

Satu amalan baik yang dituntut oleh Islam dan amalan ini akan mendapat keredaan Allah SWT adalah mengajarkan ilmu yang bermanfaat. Kedudukan seorang alim (orang yang berilmu) adalah amat mulia disisi Allah SWT.
Allah Ta’ala berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لا يَعْلَمُونَ
Maksudnya : “Katakanlah: 'Apakah sama antara orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?'.” (Surah Az-Zumar ayat 9)
Dan Allah berfirman:
يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ
Maksudnya : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat.” (Surah Al-Mujadilah ayat 11)
Dan Allah juga berfirman:
وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا
Maksudnya : “Dan katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Rabbku, tambahkanlah ilmuku.” (Surah Thaha ayat 114)
Dari Muawiah bin Abi Sufyan radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْراً يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ
Maksudnya : “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya nescaya Allah akan menjadikannya faham dalam masalah agama.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari no. 71, 2948, 6882 dan Muslim no. 1037)
Dari Abu Ad-Darda` radhiallahu anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
مَنْ سَلَكَ سَبِيْلاً يَبْتَغِي بِهِ عِلْماً، سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقاً إِلَى الْجَنَّةِ. وَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتِهَا لِطَالِبِ الْعِلْمِ رِضًا بِمَا يَصْنَعُ. وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ كُلًّ شَيْءٍ حَتَّى الْحَيْتَانُ فِي الْمَاءِ. وَفَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ. وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ، إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْنَاراً وَلاَ دِرْهَماً, إِنَّمَا وَرَّثُْوا الْعِلْمَ, فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Maksudnya : “Barangsiapa yang menempuh sebuah jalan guna mencari ilmu nescaya Allah akan memudahkan jalannya untuk masuk ke dalam syurga. Sesungguhnya para malaikat betul-betul meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana mereka reda dengan apa yang dia tuntut. Sesungguhnya seorang alim (orang yang berilmu) itu diminta ampunkan oleh segala sesuatu sampai ikan-ikan di lautan. Kelebihan seorang alim di atas abid (ahli ibadah) adalah bagaikan kelebihan yang dimiliki oleh bulan di atas bintang-bintang lainnya. Para ulama adalah pewaris para nabi, dan sesungguhnya para nabi tidaklah mewariskan dinar dan tidak pula perak akan tetapi mereka hanya mewariskan ilmu, kerananya barangsiapa yang mengambilnya (ilmu) maka sungguh dia telah mengambil bagian yang sangat besar.” (Hadis Riwayat Abu Daud no. 3642 dan At-Tirmizi no. 2682 dan dinyatakan sahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 6297)
Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu bahwa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya : “Jika manusia meninggal maka semua amalannya terputus kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakan untuknya.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1631)
Sahabat yang dimuliaka,
Marilah kita beramal dengan amalan soleh, amal ibadah dan amal kebajikan semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Jika Allah SWT mengurniakan harta yang banyak melimpah ruah perlulah harta tersebut dibelanjakan dijalan Allah SWT. Salurkan harta tersebut sebagai saham akhirat yang akan membantu kita di hari akhirat nanti ketika itu tidak ada dinar, ringgit atau rupiah, yang ada adalah amal soleh yang telah kita kerjakan semasa di dunia dahulu dan harta yang telah diinfakkan untuk jihad dijalan Allah SWT.
Begitu juga jika kita dikurniakan ilmu yang bermanfaat, maka janganlah disia-siakan kelebihan ini, teruskan berdakwah dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Sekiranya seseorang itu mengamalkan ilmu yang baik dan bermanfaat yang kita berikan maka selagi itu ganjaran pahala akan kita peroleh seperti sumber air yang tidak kering-kering. Kebaikan ini banyak akan membantu kita ketika kita berada di alam barzakh.

Monday, October 10, 2011
2012 NI BAJET NAK TOLONG
'Usrah' hudud di kedai kopi reda sementara. Subjek Sejarah pun semakin tenggelam panasnya apatah lagi hal-hal penipuan pilihanraya yang serba tak masuk akal pelan-pelan perlahan perbincangannya. Bajet 'Sejahtera' memintas isu bulanan kali ini. Hangat, berselera dan sensasi.
Bagi pekerja awam, bonus beserta kenaikan gaji melalui skim baru bagai satu 'suntikan' kelegaan buat mereka terutama buat staf yang berpendapatan rendah. Anggota polis turut mendapat faedah kenaikan mungkin bagi menghargai usaha mereka menyelamatkan negara dari 'keganasan demonstrator' Bersih (Tahun depan kalau nak naik lagi, tibai kuat lagi).
Paling kurang orang 'gomen' tadi tidak lagi diganggu 'trauma' menjelang penggal tahun baru. Tidak lagi menghulu dan menghilir meminjam. Pesara kerajaan juga tumpang tempias bajet dengan 2% kenaikan. Untuk itu habuan bajet 2012 akhirnya dapat mensejahterakan 'bencana' akhir tahun mereka. Tahniah untuk yang berkenaan. Berbijaklah berbelanja disaat kenaikan harga barang yang tak terkawal. Yang tak berkenaan (swasta) terpaksa terus bersabar hingga bajet 2013.
Pihak mantan anggota keselamatan terutama wirawan, wirawati juga dirai dengan habuan 'indah' seenak RM 3000. Berhati-hati dan bertenang ketika memanfaatkan jumlah tersebut yang dilihat hebat. Awass!! dalam masa sesaat tak mustahil jumlah tersebut akan 'setel'. Apatahlagi 'sedekah jariah' RM 100 bulanan yang diberi budak sekolah ataupun kegembiraan pemansuhan yuran bulanan. Bagaimana dengan bebanan pembelian buku teks yang mahal? Pemansuhan ini bagaimanapun masih jauh bagi hasrat rakyat untuk menikmati pendidikan percuma. Kerajaan juga tidak berminat memperuntukkan sesuatu konsisten untuk pembangunan pendidikan agama. Atau sekurang-kurangnya menghargai komitmen pendidik yang bertungkus memperkenalkan akidah buat anak-anak kecil.
Bajet 2012 juga seperti menonjolkan betapa kasihnya kerajaan buat rakyat bawahan dengan apa yang digelarkan mereka 'durian runtuh'. Warga FELDA umpamanya tidak dapat membayangkan apa faedah yang mereka perolehi sekadar nama sahaja gah tercatat di BSKL. Adakah ianya membantu? Ataupun terus-menerus menjadi mangsa kroni-kroni yang makin berselera mengaut untung?. Rakyat juga masih belum dapat melihat manfaat peruntukan jangka panjang lain seperti melalui pelbagai projek mega dan penambahbaikan infrastruktur dan sebagainya. Contohnya penaiktarafan balai polis yang tak jemu-jemu.
Sudah bertahun-tahun pakar-pakar ekonomi berbincang dan memcadang kepada kerajaan untuk mengaplikasikan gaji minimum. Bajet 2012 sekali lagi kerajaan gagal melaksanakan idea ini. Kerajaan masih membiarkan jurang pendapatan antara si kaya dan si miskin terjarak begitu jauh. Rakyat Malaysia kebanyakannya statusnya masih dalam kategori selesanya iaitu 'cukup makan' dan paling teruk bakal mencecah muflis. Dan hampir kesemua dari golongan ini dibelenggu dengan pelbagai hutang. Dan jadilah mereka terdesak dan mendesak. Akhirnya golongan ini dikhuatiri menjadi 'peminta sedekah' di musim pilihanraya. Dan jangan melenting bila dikata kerajaan menggula-gula rakyat.
Kerajaan juga dilihat semakin meminggirkan golongan petani dan nelayan. Sebagai pemilik asal bahan mentah, mereka sepatutnya didahulukan penghargaan. Kerajaan tak nampak daya untuk meng'kaya'kan orang kampung terutamanya yang mencurah keringat harian mereka dengan memecah monopoli pemborong melalui harga yang lebih relevan. Orang kampung masih tertipu dengan harga jualan yang masih rendah berbanding harga pasaran. Tertipu berkali-kali dengan propaganda subsidi dan penyelarasan harga. Mereka masih tak tau dan tak ambik 'port' berapa harga pisang berangan yang di makan Mr Obama di White House.
Dikala jalan-jalan di kota besar bersilang-silang dibina, di kampung nak menampung satu batang jalan pun dipaksanya orang kampung melutut kepada tok ketua JKKK. Jalan baru yang dituntut akhirnya berlutut bersama-sama papan tanda projek. Masjid-masjid masih sepi dan uzur sesuai dengan status jemaahnya yang kian susut. Suatu keadaan yang membimbangkan buat akhlak masyarakat. Dengan beban harga barang yang mustahil nak turun, rakyat perlu berfikir lebih kreatif untuk melawannya. Mungkin ini sebabnya kerajaan memperuntukkan bajet khas untuk program inovasi. Bagi rakan-rakan swasta yang disisih kali ni atau lain-lain yang tak tersebut dalam bajet perlu memikirkan bagaimana untuk mengisytihar lebih kesetiaan buat negara.

Thursday, October 6, 2011
URUS KEMARAHAN
Ketika mengambil suatu keputusan yang tidak tepat dengan menurut kehendak emosi yang tidak stabil, akan ada kelompok tertentu akan menanggung kerugian akibat dari kelemahan kita. Syaitan yang menguasai akal saat itu akan berusaha mempengaruhi pertimbangan agar memilih keputusan yang salah. Marah adalah suatu tindakan yang jika tidak diurus sebaiknya bakal akibatkan pelbagai kerugian. Dan jika tepat pertimbangannya marah adalah sesuai dan bermanfaat. Emosi yang terganggu akan menjemput perasaan marah bersama dan ketika itu syaitan juga turut menyertai pertimbangan.
'Sekuriti' amalan Sunnatullah
Emosi melampau dan perasaan marah adalah milik asal hati. Hati yang diasuh baik akan mengeluarkan produk baik dan tepat dan sebaliknya. Rasulullah mengatur beberapa pelan dan strategi bagi individu yang emosinya terganggu.
Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang antara kamu marah,dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk kerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim)
Prosedur bijak anjuran Rasulullah SAW juga sebenarnya secara tidak langsung dapat memperlahankan emosi kemarahan dan timbang fikir. Dan inilah dia langkah kesabaran. Selain itu Rasulullah syorkan pengambilan wudu' dimana unsur api yang ada pada syaitan lawannya ialah air.
Rasulullah SAW bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud)
Praktikkan dalam amalan harian
Ingatlah bahawa apapun kebaikan (amal soleh) yang kita buat sentiasa diuji oleh Allah Swt. Bergantung kepada keikhlasan kita dalam beramal. Dunia manusia hari ni menuntut seseorang agar sentiasa 'prepare' segalanya. Praktik amanat Rasulullah SAW mengawal kemarahan dengan memenangkan kesabaran. Lakukan peringkat demi peringkat bermula dengan kelompok kecil contohnya dirumah. Selain dari manfaat yang diperolehi, pahala mengikut sunnah juga dimiliki.
ABU Hurairah dan Said Al-Magburi R.A meriwayatkan: "Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar r.a. Ketika itu Rasulullah Saw. duduk di sebelahnya. Nabi Saw. diam saja, begitu juga Sayidina Abu Bakar r.a.
Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Sayidina Abu Bakar r.a membalas makian itu, tetapi Rasulullah Saw bangun dan beredar dari situ. Sayidina Abu Bakar r.a hairan dan terus mengikuti Nabi Muhammad Saw. sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam, ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."
Rasulullah Saw. lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."
Rasulullah SAW kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."
Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."
Perilaku seseorang banyak dipengaruhi oleh kesihatan hati. Buruk perangai bermaksud hatinya berpenyakit. Hati yang sihat milik personaliti yang mempunyai pertimbangan akal yang tepat. Perolehilah hati yang sihat dengan 'ubat' zikirullah dan selawat. Dan ramai orang akan turut menikmati pertimbangan sihat kita..Insya Allah..
Selamat menyempurnakan Solat Jumaat..
usaha tangga kejayaan |

Tuesday, October 4, 2011
TREND DAKWAH
Dulu memang lain. Tok lebai, tok imam, tok bilal dan tok siak sibuk bina dan pelihara syiar Islam. Bertungkus lumus walau dalam keadaan terhad segala-galanya. Berterima kasihlah buat pasukan klasik ni. Bersusun jugak jadual kelompok ni. Kalau dinilai dengan kederat yang rata-ratanya usia emas ni, memang patut 'salute' la usaha dan pengorbanan orang lama ni.
Slow dan steady bergerak dari rumah ke rumah. Program seperti baca Yasin, Tahlil, kenduri arwah, kenduri aqiqah, ziarah kematian, majlis walimatul urus, berkhatan dan seumpamanya jadi 'base' kegiatan pasukan ini. Ini adalah idea mereka dan sasaran bergantung kepada upaya masing-masing. Memang tekad dan mantap komited generasi ni walaupun memiliki sumber yang agak terhad.
Rasulullah bersabda (yang artinya), "Sesungguhnya Islam pertama kali muncul dalam keadaaan asing dan nanti akan kembali asing sebagaimana semula. Maka berbahagialah orang-orang yang asing (alghuroba')."(hadits shahih riwayat Muslim)
PENDEKATAN ALA 'UNDERGROUND'
Tersentuh bila mengimbau begitu klasiknya pergerakan dakwah Islam waktu ini. Dengan 'institusi' yang sangat sederhana. Mereka sekadar beratap dan berdinding rumbia. Student duduk menelaah sekadar berlapik mengkuang. Walau hari-hari mereka terasa perit untuk ditempuh tapi untuk prospek ilmu mereka sanggup hadapi. Jangan difikirkan waktu ini sumber kertas A4, mesin fotostat, ball pen. Tapi bagi pejuang Islam tadi, ke'terhad'an adalah satu bentuk pentarbiahan. Barangkali perasaan yang sama dirasai Rasulullah SAW ketika Islam mula bertapak di Tanah Arab.
Apabila sekolah-sekolah aliran agama dan pondok mula diusahakan oleh tok-tok guru di seluruh negara, kesempatan ini digunakan pendokong-pendokong Islam bagi menyelamatkan akidah anak-anak mereka. Mereka juga cukup 'allergic' dengan sistem pendidikan ala-barat. Barat yang mereka fikirkan songsang dan memesong dari gaya Islam.
Hasilnya akidah Islam jadi cukup liat. Direbus sekali pun prinsipnya sukar pudar. Mereka mula bergerak dalam jamaah seterusnya menyokong sebarang usaha Islamik. Aku masih ingat semasa ayah membawa aku ke majlis ijtimak dan ceramah-ceramah agama pada zamannya. Penerangan tentang Islamisasi mula menarik minat orang kampung. Sedikit demi sedikit kesedaran muncul. Tok-tok guru mula menonjolkan diri mereka dalam jamaah. Secara komited mereka Isytiharkan penentangan kepada sistem sekular berasal dari barat.
Mula bertanding dalam pilihanraya. Aku juga diperkenal ayah dengan poster dan banner manifesto calon di cat dan ditulis pada papan 'plywood'. Serba kalah kalau nak dibanding dengan jentera lawan. Malah poster-poster akan di 'recycle' untuk musim mengundi seterusnya. Yang lebihnya berbanding lawan mungkin keikhlasan yang Allah sahaja mampu menilainya. Tok-tok lebai ni la yang mengorbankan tidur mereka berteman sinar bulan dan lampu 'gasoline'. Tinggalkan anak dan isteri untuk memastikan poster jamaah Islam terpasang di pokok-pokok getah, manggis dan durian di merata ceruk kampung. Semangat gotong-royong yang di'sponsor' sendiri dari titik peluh hasil tabung sendiri. Agenda Islam mereka mula terserlah walau ditentang hebat. Terpaksa menghadapi pelbagai persepsi musuh.
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
(Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. 15:94).
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي
(Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, 12:108).
KEMPEN SECARA TERBUKA
Kini generasi sudah berbeza seiring wajah dan stail pendokongnya.
Prospek kekuatan yang disemai tok-tok lebai dulu suburnya mula dapat dirasa. Anak-anak yang mereka 'halau' keluar dulu mula dedahkan bakti. Mereka datang dengan gelombang luarbiasa yang sukar disekat. Momentum inilah yang Rasulullah SAW perolehi seterusnya memberikan kekuatan kepada baginda untuk menukar pendekatan dakwah secara terang-terangan. Nabi SAW waktu ini memiliki pemuda-pemuda hebat luarbiasa.
Ali ibn Abi Talib (8 tahun), Zubayr ibn Al-Awwam (8 tahun), Talhah ibn Ubaydullah (11 tahun), Al-Arqam ibn Abi-Arqam.(12 tahun), Abdullah ibn Mas’ud (14 tahun), Sa’id ibn Zayd (bawah 20 tahun), Sa’d ibn abi Waqqas (17 tahun), Sa’ud ibn Rabi’ah (17 tahun), Ja’far ibn Abi Talib (18 tahun), Suhayb Al- Rumi (bawah 20 tahun), Zayd ibn Harithah (lebih kurang 20 tahun), 'Uthman ibn ‘Affan (lebih kurang 20 tahun), Tulayb ibn ‘Umayr (lebih kurang 20 tahun), Khabbab ibn Al-Arrat (lebih kurang 20 tahun), ‘Amir ibn Fuhayrah (23 tahun), Mus’ab ibn Umayr (24 tahun), Al-Miqdad ibn Al-Aswad (24 tahun), 'Abdullah ibn Jash (25 tahun), ‘Umar ibn Al-Khattab (26 tahun), Abu Ubaydah ibn Al-Jarrah (27 tahun), ‘Utbah ibn Ghazwan (27 tahun), Abu Hudhayfah Ibn ‘Utbah (30 tahun), Bilal ibn Rabah (lebih kurang 30 tahun), ‘Ayyash ibn Rabi’ah (lebih kurang 30 tahun), ‘Amir ibn Rabi’ah (lebih kurang 30 tahun), Na’im Ibn ‘Abdullah (lebih kurang 30 tahun), ‘Uthman (30 tahun), Abdullah (30 tahun), Qudamah (19 tahun), Al-Saib (lebih kurang 20 tahun, Abu Salamah ‘Abdullah ibn ‘Abd Al-Asad Al-Makhzumi (lebih kurang 30 tahun), ‘Abd Al-Rahman Ibn ‘Auf (lebih kurang 30 tahun), Ammar Ibn Yasir (diantara 30 dan 40 tahun), Abu Bakar Al- Siddiq (37 tahun), Hamzah Ibn ‘Abd Al-Muttalib (42 tahun), ‘Ubaydah Ibn Al-Harith (50 tahun).
Mereka berdiri dibelakang Nabi SAW
ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ
(Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. 16:125)
Jamaah Islam yang tertanggung perit pantas disambar fenomena luarbiasa ini. Pelbagai profession, dari sehebat-hebat doktor hinggalah sehebat-hebat mekanik motor. Budak-budak muda yang dididik dulukala kini kembali membentuk benteng yang pernah diusahakan. Kekuatan seperti inilah yang pernah dimiliki Rasulullah SAW sehingga Allah perintahkan Baginda dan sahabat keluar berdakwah secara terang-terangan. Datang dengan pelbagai idea dan formasi. Dengan hanya berbekal 'tablet' dan 'android' mereka bergerak. Berpersatuan
melalui manipulasi medium 'facebook', 'blog' dan 'twitter'. Mereka kini bergaya dan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Terimakasih orang lama dan selamat datang budak muda..
-...Sempena 60 tahun penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan perjuangan gerakan Islam di Malaysia

beberapa gambaran |

Labels:
JAMMING SESSION
Saturday, October 1, 2011
HUDUD STAIL UMNO
Jika ditelaah 'statement' pimpinan UMNO berkenaan Hudud begitu terserlah 'kepandaian dan pengetahuan' mereka. Hudud seolah-olah sudah terlaksana pada dasar pemerintahan mereka. Saksikan ayat-ayat yang keluar dari lidah mereka.
"PAS perlu bertanggunjawab kepada huru-hara dan perpecahan akibat dari perlaksanaan Hudud." (PM Najib)
"Hudud tidak sesuai bagi sebuah negara majmuk yang berbilang kaum." (Naib Presiden, Zahid Hamidi)
"Akibat dari perlaksanaan Hudud, ramai orang Islam terlibat dan menyebabkan ekonomi Umat Islam menuju kemunduran." (Tun Mahathir)
"Kerajaan akan mengenakan tindakan kepada negeri Kelantan diatas perlaksanaan Hudud." (Tun Mahathir)
Pemerintahan UMNO sehingga kini telah membuktikan dasar Hudud terlaksana mengikut 'stail mereka' sejak kerajaan Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah diikuti kerajaan Terengganu. Ketika Kelantan sibuk meraih simpati umat manusia supaya bersangka baik dengan hukum Allah, pemerintah UMNO berusaha sedaya mungkin menakutkan umat manusia tentang ketidak 'relevan' Hudud. Ketika PAS cuba memahamkan umat manusia tentang keadilan Hudud, UMNO berbekalkan 'intelligent' nya menggunakan Hudud untuk memecahkan sangka baik bukan Islam terhadap agama Islam.
Pimpinan UMNO jadikan Hudud suatu 'bencana' buat memecahbelahkan rakyat yang semakin hari makin terbuka kesedaran mereka. Dan Hudud telah dijadikan modul istimewa manifesto UMNO bagi menyerang Parti Islam yang semakin hari makin didekati. Apabila Kelantan meluahkan harapan tahunan mereka melalui 'Hari Hududullah' setiap tahun, UMNO memanipulasinya untuk meraih kepentingan populariti bukan Islam terutama saat menjelangnya setiap pilihanraya. Mereka menjadikan syariat hudud ganas dan 'extreme' melalui propaganda menggerunkan terutama buat bukan Islam untuk meraih populariti.
Sejak Kelantan dan Terengganu mempromosi Hudud, UMNO sebenarnya sudah 'terlebih faham'. Sebagai 'yang berkuasa' mereka sepatutnya membantu mencerahkan umat Islam tentang Undang-undang Syariah dan menyediakan suasana yang kondusif bagi rakyat Malaysia bagi pelaksanaannya.
Kalau inilah gaya kemungkaran UMNO, alangkah indahnya jika PUAK UMNO ditiadakan terus..

selagi ada UMNO |
Labels:
JAMMING SESSION
Subscribe to:
Posts (Atom)