VOCALIST

Tuesday, February 8, 2011

REVOLUSI PIRAMID


Beberapa ribu tahun yang lalu Moses, anak angkat seorang diktator melarikan diri dari Mesir kerana kekejaman seorang diktator bernama Firaun. Beberapa hari yang lalu terdapat berita yang anak seorang diktator bernama Gamal Mobarak melarikan diri ke London kerana takut menjadi mangsa amarah rakyat Mesir .Moses membelah Laut Merah untuk menyelamatkan pengikut dan dirinya dari dibunuh. Saya rasa Gamal Mubarak pula melarikan diri sebelum beliau dibelah rakyat mesir dan menjadi lautan merahnya sendiri!

Laporan media Barat tentang revolusi Mesir ini sangat menyentuh perasaan. Rata-rata orang Amerika clueless tentang apa yang terjadi. Ini mungkin disengajakan kerana kerajaan diktator Hosni Mubarak menerima bantuan sebanyak USD 1.5 Billion setahun dari Rumah Putih. Ini adalah bayaran kerana Mesir ialah sekutu Amerika yang kuat di Afrika Utara. Rakyat Amerika tidak perlu diberitahu kerajaan mereka memberi bantuan berbillion dollar sejak dari zaman Bill Clinton lagi dan wang itu digunakan oleh Hosni Mubarak untuk menyeksa mereka-mereka yang berani menentangnya.

Hosni Mubarak sudah menjadi Presiden selama 30 tahun.

Sungguhpun sudah terang lagi bersuluh media barat dan Malaysia tidak pernah sekalipun melabel kerajaan despotik Hosni Mobarak sebagai "Regim Mobarak". Aneh bukan? Tapi kita tidak ada masalah menggunakan "Regim Israel" atau "Regim Hugo Chavez". Syaitan NIRRAJIM betul wording pihak media ini kan?

Hari ini raja Arab Saudi, Raja Abdullah memberi sokongan penuh kepada Presiden Hosni Mobarak. Baginda dipetik berkata "rakyat yang merusuh dimanipulasi pihak tertentu menggunakan hasutan melampau". Raja Abdullah sebenarnya sudah gegar kerana revolusi Pan Arab ini semakin mendapat momentum. Yemen dan Jordan juga nampak gayanya akan berlaku juga revolusi.

Rakyat Mesir sekarang dibunuh sesuka hati oleh pihak keselamatan Mesir. Segala talian komunikasi, internet akses, ATM dan bantuan makanan malang sama terbunuh. Aneh tiada pula demonstrasi jalanan di K L mengutuk kekejaman regim pimpinan seorang Muslim keatas rakyatnya sendiri. Mana laungan memboikot barangan keluaran Mesir. Mana monyet bernama Khairy Jamaluddin yang dulunya tunjuk keadiwiraannya dalam demo mengutuk Israel? Siap lilit serban untuk nampak macam seorang pejuang Intifada. Bro Khairy, lepas ini kalau AMENO organise demo sila pakai kostum ala Tutankhamen atau terbaik sekali topi Indiana Jones Dr Zahi Hawass sebagai tanda kamu bersolidariti dengan pejuang Revolusi Mesir.

Di Tunisia juga Mesir, akibat terlampau marah dan geram dengan pemerintah gila kuasa dan gila kumpul harta, beberapa rakyat redha untuk merentung diri. Perbuatan yang kita tak mahu dilihat di Malaysia walaupun mempunyai Pak-Pak Menteri yang cenderung kepada kegilaan hampir sama dengan PM Mesir.
Tapi kalau di Tanah Melayu kalau nak diadakan pun kita akan 'korban' kan Bro Khairy sebagai simbolik protes.

Oh dan mengapa ada banyak fatwa menghalalkan pembunuhan pelukis kartun Denmark tetapi tiada fatwa menghalalkan darah despot Hosni Mobarak kerana penyalahgunaan kuasa melampau? Aneh! Kesalahan melukis kartun terus turun fatwa halal dibunuh tapi bila membunuh manusia sesuka hati tak ada fatwa pula keatas Hosni Mobarak? Super aneh lagi bila Universiti Al Azhar itu sendiri terletak di Bumi Nabi Musa ni.

Cukup untuk hari ini. Nampak gayanya Hosni Mobarak mungkin akan terselamat dari digulingkan. Dia dah janji akan lakukan reform. Dia juga dah melantik seorang timbalan presiden untuk pertama kali dalam pemerintahan 3 dekad beliau. Anak beliau yang diwarwar kan akan mengambil alih sudah melarikan diri.


No comments:

Post a Comment