Malam 12 RabiulAwal = 14.2.2011
Hujan mencurah lebat, kilat dan guruh tak menghalang persiapan program malam tu. Sebagai penghormatan kepada Baginda Rasul SAW dan saf pejuang terdahulu,Selepas solat Isyak Tahlil dipanjangkan sebagai hadiah khas buat mereka. Dan dikala muslimah sibuk goreng ayam, siang bawang dan sebagainya, kaum Adam di ruang utama surau sedang seronok berzanji, Marhaban sebagai simbolik kota Mekah dan Abdul Mutalib menyambut kelahiran cucundanya Muhammad SAW. Malam tu diakhiri dengan gotong-royong memasang balai (khemah).
Siang 12 RabiulAwal = 15.2.2011
Kelibat petugas mula kelihatan seawal jam 7 pagi. Daging yang nak disiang sedang diusahakan Paknjang dimana sebelum subuh dia menjengah pasar daging Taiping. Percubaan suara juga mula kedengaran dari corong speaker setiap sudut di surau Assomadiyah bagi test perfomance PA sistem majlis hari tu. Ajam, Ketua Pemuda baru ambil posisi DJ hari ni kedengaran mengalu-alukan kedatangan hadirin.
Terdapat acara khas untuk kanak-kanak disedia penganjur diketuai oleh Ustaz Shahrul dan dikelaskan mengikut umur dan jantina. Acara azan, menulis jawi dan menulis rumi antara disiplin yang diberi ruang buat anak-anak muda kampung. Penyertaan mendapat sambutan menggalakkan kanak-kanak yang datang dengan berbaju melayu lengkap bagi lelaki dan berbusana muslimah bagi kanak-kanak wanita.
Kira-kira jam 10 pagi, sekumpulan pemuda pancaragam kompang bersemangat mengiringi kaum muslimin kampung berarak sambil melaung selawat sebagai tanda cinta Rasul SAW. Perarakan sebagai isyarat program sambutan bermula dan diselang kemudian dengan alunan ayat suci dari pelajar Maahad Tarbiah. Irama nasyid memuji Nabi SAW seterusnya dipersembahkan oleh sekali lagi pelajar Maahad selepas pasukan kompang selesai berhadrah diatas balai utama.
Majlis seterusnya di ambil Ustaz Farid juga dari Ustaz Farid (Musa), MC khas bagi program ceramah Maulud. Setelah diperkenalkan pengerusi, Penceramah jemputan yang juga mantan YDP Persatuan Ulama Malaysia mengambil alih pentas utama. Untuk mukadimah, Al fadhil Ustaz Ahmad Awang menerangkan perkembangan didikan Islam dunia dan khasnya di Malaysia. Sistem pondok dan Sekolah Rakyat yang jadi pendokong mempengaruhi pemikiran majoriti Melayu-Islam negara.
Berbekalkan pengalaman sebagai Pegawai tinggi kerajaan awal 80-an, Amerika katanya berjaya mempengaruhi pemerintah pada waktu itu untuk menyekat bantuan perkapita untuk sekolah rakyat dengan alasan melahirkan pengganas dan musuh negara. Keadaan berterusan bertahun-tahun hingga PM kala itu akhirnya akur dengan peranan dimainkan sekolah agama dalam membentuk akhlak manusia setelah bencana moral mula dipersoal ramai orang ketika itu.
Rakyat kata Ustaz semakin sedar peri pentingnya pendidikan Islam dalam mendisplinkan umat manusia.
Selesai ceramah, kegembiraan jelas pada riak kanak-kanak apabila masing- masing pulang dengan hadiah mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dengan menu trademark kampung daging cicah air asam.
Jalinan ukhuwah, keharmonian dan kesepakatan terbentuk seiring jika disusun dalam program yang diisi roh Islam. Ustaz penceramah dan tok-tok guru sering ingatkan bahawa Muhammad Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada sekalian alam. Warga Senduk sekurang-kurangnya patut selesa dan bersyukur mempunyai mini kerajaan Islam tersendiri yang menjaga keamanan kampung.
No comments:
Post a Comment