VOCALIST

Monday, February 21, 2011

PUTING BELIUNG MELANDA SENDUK, SEORANG CEDERA.

22 hb Feb 2011 :
Satu bencana alam menyerupai puting beliung telah melanda Kg Senduk, Batu 8 jam 4 petang semalam mengakibatkan lebih kurang 5 buah rumah dan lori mengalami kerosakan.
Bencana alam tersebut dikesan oleh penduduk kampung apabila hujan lebat beserta angin luar biasa turun dan menyerang rumah-rumah mereka. Bumbung rumah dan pokok dilihat terbang terbalik di hentam angin kencang tersebut.

"kami terus lari keluar rumah bila dengar bunyi meletup dari atas rumah" kata Makngah Besah sambil menunjukkan bumbung rumah beliau.
Sebuah lori pikap milik abang Saad turut menjadi mangsa bencana. Lori yang digunakan untuk mengangkut sawit dikebunnya rosak di timpa pokok manggis berusia berpuluh tahun sebelah rumahnya.

Seorang anak kampung mengalami kecederaan ringan dan sudah dirawat di Klinik Changkat Jering. 5 jahitan lukanya bagaimanapun bukan disebabkan angin puting beliung tapi terkena bumbung zink semasa sedang perihatin menolong membersihkan sisa timpaan pokok manggis di rumah Abang Saad.

Pihak Sidang Senduk turut bersama bertungkus lumus dengan penduduk kampung melakukan kerja pembersihan dan berharap pihak yang menjadi mangsa bersabar, muhasabah dan redho dengan ketentuan Allah yang terjadi. Kerugian belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan bagi memudahkan pembiayaan pihak berwajib.

No comments:

Post a Comment