Dengan membawa tajuk ' Tenang air jangan disangka setakut buaya' Nazib Najak telah berjaya mempengaruhi barisan juri profesional dan SMS penonton dirumah untuk mengungguli Raja Lawak bagi minggu Ke 2.
Bermontaj dan berlatarkan Pekan Tenang, kali ni Nazib menggunakan khidmat Pak Anu sebagai pelakon tambahan.
Dengan mengenakan pakaian ala-ala drakula dan bertopi tinggi, Nazib ingin mempersembahkan satu magik yang penuh kejutan bukan sahaja kepada penonton tapi juga kepada dirinya.
Nazib kata dia akan mengeluarkan kata-kata berbentuk virus yang boleh membuat siapa saja terketar-ketar dan terus demam. Nazib kata ini bukan aksi rakaman tapi live dan 'no miming'.
Nazib pun memanggil Pak Anu yang duduk belakang tirai utama.
Walaupun pemenang minggu ini sah milik Nazib, rata-rata juri profesional tak berpuas hati dengan persembahan yang terpaksa mengharapkan jentera bantuan.
"Pak Anu" nazib mulakan kata. Penonton di studio,juri dan berdebar menanti apakah patah keramat yang nak diucap Nazib. Suspen semua orang takut apa-apa akan terjadi kepada Pak Anu.
Sambil memejam mata, tiba-tiba"aku tak takut nak berdebat walaupun aku tak reti bercakap"sertamerta Pak Anu yang tadi cergas terketar-ketar dan terus pengsan.
No comments:
Post a Comment