VOCALIST

Friday, January 28, 2011

'SISTEM MONARKI BERDIKTATOR' DI MALAYSIA?

Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator. Berlaku juga di Malaysia, Perdana Menteri nya cuba mengurangkan imuniti raja dengan mengheret raja ke mahkamah.

Kuasa YangDiPertuan Agong dan Kuasa Eksekutif kedua-duanya terhad. Konsep pengasingan ini adalah sebagai langkah untuk mengekalkan kredibiliti dan integriti masing-masing seterusnya kedaulatan perlembagaan itu sendiri.

Kaedah bagaimana patut dilakukan bagi menafsir sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia mutakhir ini yang begitu mengelirukan? Adakah sudah cenderung kepada monarki ataupun berusaha mengamalkan diktator?

Di Perak integriti sultan tercemar apabila Hak Kuasa Eksekutif melalui Menteri Besar untuk mengadakan sidang khas undi majoriti tidak percaya kepadanya telah dinafikan pihak raja.

Sultan atau Yang dipertuan Agong tidak boleh sekali-sekali mencampuri secara langsung urusan Kerajaan Eksekutif termasuk dalam hal perlantikan jawatan utama. Contoh paling ketara seperti yang berlaku di Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pastikan kedudukan sebagai rakyat atau pemimpin sekalipun tepat dalam membuat tafsiran.

No comments:

Post a Comment