VOCALIST

Monday, June 20, 2011

RENTAK 'BUDAK MUDA THE RETURN'

Tarikh : 18hb Jun 2011
Masa. : 7.00 pm (till midnite)
Hari : Sabtu Malam Ahad
Kedatangan : 400 orang
Tema. : Santai, persembahan, makan-makan.

Jam 4.00 pm team Kepala Bukit dilihat bertungkus lumus menyiapkan menu bihun sup berhampiran Markas Batu 8. Jemputan mula memenuhi ruang solat disediakan penganjur berdepan blok utama untuk mengerjakan solat maghrib berjemaah pada jam 7.00 pm. Geng cilik senduk memperdengarkan zikir munajat sebelum azan Maghrib dilaung. Selesai solat Maghrib berjemaah, ucapan aluan Ustaz Nordin diikuti Takirah ringkas Ustaz Hanifah. Petugas mula menyusun kerusi dan meja tetamu diikuti solat Isyak berjemaah yang diimamkan Emi. DJ Shahrul, Hize dan Ajam mengalukan kedatangan budak-budak muda dan jemputan dan mempersilakan menjamah menu-menu tersedia. Bihun Sup dari Kepala Bukit (Awie) Nasi Lemak Changkat Ning (Duan), bubur spesial dari Senduk (Farid dan Paksu) antara menu utama. 3 ekor Kambing Panggang (2 ekor daging ais, 1 ekor dibeli dengan harga runtuh dari ahli kariah saudara Din pengusaha binatang ternakan) yang diketuai oleh Pak Mansor masih dalam proses pembakaran. Saudara Eddie dan Abang Ngah mengambil alih menguruskan teh tarik dan air oren.

Sementara hadirin menikmati hidangan lagu pelbagai irama di perdengarkan. Terdapat juga ucapan ringkas dari orang-orang kuat, ulama kampung. Yayasan Amal mengambil pentas dengan penerangan berhubung aktiviti-aktiviti amal melibatkan mereka seperti banjir, kebakaran, Bantuan Palestin dan terbaru misi mencari Kartika. Kemudian penduduk di 4 kampung berlainan (Changkat Ning, Bendang Siam, Kepala Bukit dan Senduk) dihiburkan dengan paluan hadrah persembahan dari Budaya Warisan pimpinan saudara Hamizan. Hadrah merupakan seni kompang turun-temurun kariah area Batu 8 ini. 

Hadirin kemudian diperdengarkan bait-bait puisi lontaran Ustaz Ahmad Fariz, salah seorang jemputan khas malam Budak Muda. Ustaz muda ini mengalunkan puisi berjudul Beban Pejuang sentuhan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Tayangan video diteruskan kemudian dengan tazkirah ringkas Ustaz Azhar Idrus berjudul Persaudaraan dalam Islam (tak complete pasal masalah teknikal, downline). Kemudian saudara Emi sekali lagi mempersembahkan puisi bertajuk Budak Laptop yang ditujukan khas buat Budak Muda malam itu.

Jam 11.00 pm jemputan mula beransur pulang berkadar langsung dengan menu perdana Kambing panggang yang mula susut. Menu-menu setiap kampung dah 'setel' lebih awal. Bihun sup dan Nasi lemak langsai selepas 40 minit dihidang, walau bihunnya 2 kali di'cela'. Jemputan yang datang dianggarkan mencecah 400 orang jika dikira 'target' pinggan oleh tukang-tukang masak. Jam 12.00 'Budak Muda The Return' mengakhiri upacara dengan pemunggahan khemah-khemah, pungutan sampah sisa dan sesi kemas-mengemas. Semua petugas letih dan puas dan kami kemudian bersalam-salaman antara kami sebelum balik.

No comments:

Post a Comment