1. Khamis 16.12.2010 - Bersama Mat Sabu
Hari pertama jualan. Kakitangan ramai dan Eddie jadi 'Staf of the Night' dengan 'sale' luarbiasa. 70 unit terjual. Eddie ungguli carta pecah kutipan dengan serangan ke setiap hadirin.
2. Jumaat 17.12.2010 - Solat Jumaat di Masjid Daerah Taiping
Berdua dengan gunakan kualiti Eddie sekali lagi. Jualan yang panas selepas solat terhenti dengan kebakaran akibat litar pintas di penjuru masjid. 30 helai berjaya habis.
3. Sabtu 18.12.2010 - Ceramah Lenggong.
Sebiji kereta memuat lima staf bergegas ke lokasi. Jualan baik walaupun terpaksa bersaing dengan kalender milik Pemuda Bukit Gantang. 40 keping habis dengan 2 lokasi berbeza.
4. Ahad 19.12.2010 - R&R Bukit Merah
Sebelum solat Maghrib kami beroperasi. Sasaran musafir yang berdestinasi KL ke Selatan. Jualan yang makin laris selepas berjemaah Maghrib terganggu oleh Sang Polis Bantuan yang mengusir kami balik. Tanpa permit katanya. Tapi 45 unit yang laku malam tu cukup baik untuk aktiviti setahun sekali kami. Sori Mr. Polismen.
No comments:
Post a Comment