Bani Hanifah di Yamamah. Musailamah al-Kazzab telah
mengaku menjadi Nabi semenjak Rasulullah s.a.w. masih
hidup lagi.
Kandungan suratnya buat
Rasulullah SAW
“Dari Musailamah
Rasulullah kepada Muhammad Rasulullah. Kemudian
daripada itu, separuh bumi ini buat kami, dan separuh
buat Quraisy, tetapi Quraisy tidak adil, wassalam.”
Kandungan Surat balas Rasulullah s.a.w.
"Dengan nama
Allah yang maha pengasih lagi penyayang. Dari Muhammad
Rasulullah kepada Musailamah al-Kazzab, kemudian
daripada itu, bumi ini kepunyaan Allah, yang
dipusakakan kepada siapa saja yang dikehendakiNya di
antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah
bagi orang yang bertaqwa. Keselamatan bagi orang yang
mengikut petunjuk.”
Tiga faktor yang menambah bahaya Musailamah al-Kazzab:
1. Kekuatan Bani Hanifah dan keperwiraan mereka dalam
peperangan.
2. Musailamah berjaya menipu Ar Rajjal bin Anfuah yang
diutus Rasulullah s.a.w. untuk beri peringatan seterusnya kembali kepada kebenaran. Ar Rajjal kemudian berbohong dan umumkan
hasrat Rasulullah s.a.w. mengajak Musailamah sama-sama
menanggung tugas kenabian itu.
3. Musailamah telah berkahwin dengan seorang perempuan
bernama Sajah dari Bani Tamim yang juga mengaku
menjadi nabi. Tempat tinggal Bani Tamim adalah
berdekatan dengan sempadan Parsi. Sajah ditaati kaumnya dan akhirnya telah bergabung dengan pengikut-pengikut
Musailamah.
Ibnu Tabatiba meriwayatkan perkahwinan Musailamah
al-Kazzab dengan Sajah iaitu Sajah seorang wanita
bangsa Arab dari suku Tamim juga mengaku mendapat
wahyu dan menjadi Nabi, kumpulannya lebih ramai dari
kumpulan Musailamah. Apabila mengetahui kedatangan
Sajah, Musailamah yang pintar berfikir, Lalu dia
mengutus kepada Sajah dan mengesyorkan supaya diadakan
pertemuan di antara mereka untuk mengkaji wahyu-wahyu
mereka dan mana yang benar akan diikut. Sajah telah menerima tawaran
itu.
Musailamah pun membuat suatu tempat untuk pertemuan
tersebut dengan bau-bauan yang harum semerbak.
Seperti kebiasaan, wanita apabila berada berdua-duaan
dengan lelaki ditengah bau-bauan yang wangi itu,
perasaan kewanitaan akan menjadi segar. Inilah yang
berlaku. Di dalam khalwat tersebut, kedua-duanya
menjadi lelaki dan perempuan bukan lagi nabi-nabi.
Akhirnya mereka bersetuju bahawa wahyu yang mereka
terima berasal dari punca yang sama. Sajah mengumumkan
kepercayaannya kepada Musailamah begitu juga
sebaliknya. Mereka mendakwa sama-sama menjalankan
tugas kenabian.
Musailamah mengemukakan hasratnya untuk mengahwini
Sajah. Musailamah pun menghantar maskahwin kepada
keluarga Sajah. Maskahwin itu ialah memberi cuti
kepada keluarga Sajah daripada solat Asar. Ibnu
Tabatiba menyebutkan juga sehingga sekarang ramai suku
Bani Tamim tidak solat Asar kerana mewarisi adat ini
sejak masa itu.
Kewafatan Rasulullah s.a.w. telah membuka peluang
kepada Musailamah dan pengikutnya untuk mencapai
cita-cita mereka.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah bermesyuarat dengan
para sahabat dan kaum muslimin bagi menghadapi
kesulitan-kesulitan ini iaitu gejala murtad, Nabi
palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Di
dalam kesulitan yang memuncak ini maka dengan
kebesaran dan ketabahan hati Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq, beliau bersumpah untuk memerangi semua
golongan ini sehingga mereka kembali kepada kebenaran,
atau beliau gugur sebagai syahid dalam memperjuangkan
kemuliaan agama Islam.
Ketegasan Abu Bakar disambut dan didokong oleh kaum
Muslimin, beliau membentuk sebelas pasukan yang
masing-masing dipimpin oleh pahlawan terkenal seperti
Khalid al-Walid, Amru al-As, Ikrimah bin Abu Jahal,
Syurahbil bin Hasanah dan lain-lain. Sebelum Khalifah
Abu Bakar mengirim bala tenteranya terlebih dahulu
beliau mengutus surat menerangkan kesamaran yang
timbul dan menyeru mereka kembali ke pangkal jalan. Di
ingatkan juga akan akibat jika mereka terus dalam
kesesatan.
Musailamh ingkar, maka Khalifah Abu Bakar mengarahkan
Khalid al-Walid mengetuai serangan ke atas Musailamah
dan pengikutnya. Musailamah mempunyai 40 000 bala
tentera dari Bani Hanifah serta pengikut-pengikut yang
menyokongnya dari suku kaum lain. Pertempuran sengit
terjadi, ar-Rajjal bin Anufah terbunuh. Musailamah dan
pengikutnya berundur di suatu taman luas dan bertembok
tinggi. Tentera Muslimin menyerbu, maka berlakulah
pertempuran sengit yang mengorbankan beribu-ribu jiwa
dari kedua belah pihak, sehingga taman itu dikenali
sebagai ‘Taman Maut’.
Musailamah al-Kazzab terbunuh dalam pertempuran itu.
Ada yang meriwayatkan dia dibunuh oleh Wahsyi, iaitu
pembunuh saidina Hamzah dalam peperangan Uhud. Ada
yang mengatakan dibunuh oleh Mu’awiyyah, ada yang
mengatakan dibunuh kaum muslimin didahului oleh Wahsyi
yang melontar tombak dan Abdullah bin Zaid bin Asim
al-Ansari yang menetaknya dengan pedang.
awas teknologi musailamah |
No comments:
Post a Comment