VOCALIST

Monday, May 23, 2011

INGAT KEMATI

Benarlah firman Allah: " Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu." ( surah Al-Jumu'ah 62: 8 )

Termasuk ayat popular "Kullunafsin Dzaiqatul maut" , Banyak 'Ayat-Ayat Mati' lain yang ingatkan manusia akan jemputan ajal dari Allah. Peringatan Allah realitinya dah tak sesuai lagi buat mereka yang berstatus jenazah. Mati adalah satu dedikasi Allah untuk yang hidup.
Syukur Pada nikmat

Rasulullah juga mengkategorikan insan yang sentiasa mengingatkan kematian sebagai manusia paling bijaksana. 

"Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Motivasi kematian adalah kaedah paling sesuai bagi personel yang nakkan kejayaan dunia dan akhirat. Rasulullah menilai kebijaksanaan melalui umatnya yang kerap berimaginasi dengan kematian. Cerdik nilai Rasulullah SAW untuk orang yang rajin hadir program kematian, ziarah kubur dan sentiasa insaf kemudiannya.

Tragedi 16 Nahas 23hb May 2011


Satu Janji Allah yang sukar dielak. 
Kehilangan Sekumpulan Muda Mudi. 
Telah dicabut Allah satu kumpulan Ilmuan
Telah ditarik kumpulan syuhada yang memelihara ayat Allah.
Kehilangan kelompok Anak Yatim kesayangan Allah.
Nahas yang patut diinsafi golongan hidup..AlFatihah..

Sunday, May 15, 2011

ASSALAMUALAIKUM USTAZ

Muhammad SAW adalah contoh ulung insan yang sempurna akan kriteria pendidik. Rasulullah khas dicipta Allah untuk kerja penyampaian (Tabligh). Baginda tidak menunggu lama untuk pindahkan segala wahyu Allah kepada sahabat ketika itu. Jelas kegelisahan dihati sahabat apabila penurunan wahyu kalanya terhenti lama.


Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash, Rasulullah S.A.W. bersabda:  
 "Sampaikan dariku walau satu ayat!" 
(Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Dan antara teks akhir Khutbah Rasulullah :
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Bermakna sepanjang kehidupan Baginda, dirinya digunakan kepada pemindahan segala ilmu. Begitu terpeliharanya pengaliran sesuatu ilmu ketika zaman Rasulullah SAW. Satu fenomena dimana ilmu itu berlegar dikalangan para peminatnya. Fantastiknya taraf ilmu waktu ini. Subhanallah..

Kerahsiaan sesuatu ilmu itu mengalir cantik ketika hidupnya Rasulullah adalah disebabkan mendalamnya cinta sahabat kepada Baginda sebagai guru. Begitu sayangnya sahabat pada Nabi Muhammad SAW kerana  mereka arif Baginda memiliki sesuatu yang lebih nilainya bukan sekadar ilmu. Sahabat begitu agungkan ilmuwan khususnya Rasulullah. Sahabat sanggup ketepikan ego mereka apabila berdepan dengan ilmu Nabi SAW dan sentiasa mendidik diri sebagai seorang yang dahagakan ilmu.

Sesuatu yang hebat apabila ditanam kecintaan buat guru. Cintailah mereka kerana harga ilmu yang sangat mahal nilainya. Kecintaan kepada guru juga merupakan suatu sunnatullah kerana ia dipraktik sahabat dan disinilah tersimpan barakah ilmu.

Dari Qais bin Kathir ia berkata, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam "Sesungguhnya orang yang berilmu (ulama) itu adalah pewaris nabi-nabi". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)

Guru merupakan penyambung kerja penyampai ilmu yang dirintis Rasulullah. Bermakna, kasih kepada guru seumpama kasih kepada Nabi SAW. Gunakan ruang Hari Guru ini untuk kenangkan kembali pengorbanan guru sebagai pendidik. Sentiasa doakan supaya Allah kurniakan kesejahteraan buat Guru. Mulakan hari-hari anda dengan ucapan selamat sebagai hadiah kepada mereka.


Monday, May 9, 2011

REDHO BONDA

BONDA

Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah
Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa
Sejuta haruman
Kini menjadi penjara jiwa
Ku yang merindukan ketenangan

Duhai bonda
Hari-hariku kini berlalu
Bagaikan bahtera
Tanpa layar dan kemudi

Bonda
Akhirnya terbongkar jua rahsia
Tangisan dan gurindam
Keramat kasih sayangmu

Bonda
Saat dan pertemuan semula
Kita kali ini
Akan ku abadikan
Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda
bonda

Hasil Tulisan : Nurbisa / Loloq / Rosli Khamis ( Allahyarham )

1BUMI, 1NYAWA DAN NASI LEMAK

Setelah Utusan Melayu ( اوتوسن ملايو ) dimatikan 'karier politiknya', giliran Utusan Malaysia pelan-pelan bakal mengikut jejak keturunannya. 'paper' kegilaan umat Melayu itu semakin susut nilainya. Susut bukan sebab jatuh harga bahan mentah dunia atau saham Osama tapi menjunam bila makin ramai orang tak suka. Orang India dan Cina memangla tak dipertikai. Umat Melayu pun dah 'geli' menatapnya. Apalah malangnya nasib suratkabar Melayu ni dan Bahasa Rasmi yang di tunggangnya.

Bertahun kebelakangan, Utusan Malaysia sibuk pamerkan bahan 'porno' dan fitnah untuk tatapan pembaca. Sangat-sangat tak sesuai untuk minda bebudak. Orang tua pun sama. Releven diharamkan pembeliannya kalau dah jadi 'broker' kepada kelucahan.

saham sudah jatuh
Walaupun 'rating' semakin merosot (belum diundi keluar lagi), 'paper' klasik ni masih diperlukan rakyat jelata sejajar dengan kehalalan permit penerbitannya. Usahawan nasi lemak melayu rata-rata masih lagi menghargainya. Pengusaha tadi masih memerlukannya. Saki baki saham ada lagi. Di KL, restoran nasi lemak boleh menaja sebuah pasukan bola dan 'tokeinya' ada kereta sport sebijik. Di restoran ni 100% nasi lemak terbalut dengan paper dan rata pemakannya adalah orang kaya di Kota Langit ni. Memang nasi lemak makanan orang kaya pun, kaya kolestrol.

Tolong jangan bakar lagi paper tu. Jangan jual kat itu taukeh paper lama.  Sekurang-kurangnya masih ada 1 nyawa lagi. Nyawa Umat Melayu.

Thursday, May 5, 2011

NAIK MINYAK : MALAYSIA KELAS DUNIA

Hari ini dalam sejarah Tanah malaya. Harga Minyak Ron 97 naik 20 sen lagi mencecah RM 2.90 seliter padu. Kenaikan diumum oleh Menteri Yang Menjaga malam tadi secara ' slow' di kaca TV. Kenaikan dikatakan berpunca dari kadar kenaikan harga bahan mentah tersebut di Dunia.
Tahap mampu pakai minyak berkualiti tadi makin teruk merosot dan berkadar songsang dengan tahap mampu pakai rakyat jelata. Ini juga menyebabkan 'naik minyak' rakyat melambung dan berkadar langsung dengan harga semasa. Pemerintah 'sangat bijak' mendidik. Rakyat Malaysia berTaraf Dunia.
Superhero rakyat Malaysia ni sajala diharap dapat mengusahakan sesuatu supaya harga minyak tidak lagi dipermain sesuka hati oleh pemerintah.

BRAND SiDANG SENDUK

Sana sini orang akan soal apa maksud 'SiDANG' disebalik perkataan pada Sidang Senduk. 'Ish..Suka aku la nak bubuh apa pun..(dalam hati la, aku kata macam tu)
Selalunya kalau orang kampung yang tanya, aku akan kata "Kitala Sidang tu, hangpa sendiri" depa akan berlalu terpinga-pinga. Kalau bukan orang kampung tanya, biasanya aku sengih ja. Ambik masa aku nak 'explain' kat depa. Kalau aku bagitau pun, depa nak percaya ka cakap aku..

Sidang yang 'panas' itu

Sebenarnya perkataan SiDANG tu aku terambik spontan susulan 'panasnya' Sidang DUN Perak beberapa tahun lalu (2009). Peristiwa yang memeningkan rakyat jelata bekas bumi jajahan JWW Birch ni. Sikit-sikit aku pun turut terjebak untuk menelaah apa benda yang orang kata 'Sidang' ni.

Tafsiran Sidang

Kebanyakan orang akan kata 'sidang' adalah perkataan paling relevan dan sesuai digunakan pada mesyuarat dan sebagainya. Di Malaysia khususnya 'sidang' sangat popular penggunaannya untuk kumpulan wakil rakyat sama ada parlimen atau DUN (Dewan Undangan Negeri) berbincang, bahas, mesyuarat dan usulkan sesuatu. Dewan sidang tadi dikatakan begitu mulia dan terhormat kerana jadi 'port' orang kesukaan rakyat jelata berkumpul. Akhirnya aku sudah boleh membuat tafsiran sendiri.

Ber'Sidang' tak rasmi

Dikampung Senduk, menurut kajian aku, perkataan 'sidang' yang sentiasa meniti dibibir YB tu rupanya sudah diaplikasi turun temurun sejak dulu lagi. Beza dan istimewanya, per'sidang'an orang kampung Senduk berlangsung dalam suasana yang sangat santai dan sangat tak sengaja. Ber'sidang' secara tidak rasmi namanya. (Tengok stail tulisan 'design' SiDANG bagi gambaran keTIDAK formalannya)

Semangat orang kampung

Surau AsSomadiyah menjadi lokasi per'sidang'an utama. Sesuatu per'sidang'an akan lebih baik jika mempunyai ahli yang sekepala. Majoriti menurut bahasa Tuan Speaker. Senduk adalah kampung anugerah rahmat Allah yang sangat bertuah kerana mempunyai warga yang sekepala. Dari kumpulan budak-budak, geng muda dan orang tua semuanya sekehendak idealismanya.
Nak terjun sungai, mengaji Quran, main guli, lastek burung, tido surau, mandi Pecah Batu, mengail, menembak ikan, berkelah di Teluk Senangin, main bola, futsal, tebas rumput jalan, kompang, bersih kolah surau, kenduri semuanya melalui suara majoriti. Aktiviti tadi kebanyakannya melibatkan budak muda yang luarbiasa semangatnya. Benda ni bukan boleh buat-buat sekepala. Mengorat dan merempit pun boleh sekali jugak..

Maknanya hati kami sudah siap-siap ber'sidang' sebelum membuat sebarang keputusan yang mewakili majoriti semua orang kampung. Bukan sesuatu yang mudah untuk membentuk tradisi begini. Pengorbanan orang terdahulu tidak ternilai.
...cerita semangat orang kampung aku...

Moral : Untuk keterengan lanjut sila lawat website kami..

OBAMA 1, OSAMA 0


Seluruh isi bumi di beritakan teruja menyambut 'kemenangan' berharga pihak penentang keganasan. CNN, BBC, Reuter, Agensi, TV 1-3 digambarkan mengajak manusia bersorak gembira sana sini. Berharapan biarlah 'trend' ni berterusan sampai bila-bila.

 Kekuatan Jentera Gila

orang gila punya kerja
Dah tak upaya lagi mengusik kepala otak untuk memikir betapa kuatnya sekutu Osama ni ( lahaulawala Quata illa Billah ). Senjata luar biasa teknologinya yang Hollywood saja boleh menciplak. Ada pasukan risikan, komando yang besar jumlahnya dan ada bangunan sendiri ( cuba nak meniru risikan Raqib, Atiq ). Kumpulan pemikir khas ( Intelligent - FBI, CIA dsb ) yang berterusan plan strategi memusnah musuh. Dengan kekuatan luar jangka ni, seolah bukan saja dapat mengesan dan menangkap musuh sekelip mata malah sebelum musuh bersalah pun boleh ditangkap ( lihat filem Minority Report ). Mereka juga memiliki saluran propaganda hebat yang mampu mencetus pelbagai fenomena 'suprise' dan magik. Fenomena khayal melanggar umat Islam hingga akhirnya pakaian aurat pun dilupakan.

'Keganasan' Osama
senjata Ampuh

Lebih kurang 15 tahun lalu pemburuan bermula, hari ni baru kematian Osama mewarnai media elektronik dan cetak. Sebelum tu dah berjuta pejuang Islam dibantai dimerata dunia.
Terror nya Osama ni apabila mudah melenyapkan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York. Osama juga ada 'Link' dengan persatuan pengebom berani mati diseluruh dunia. Pening jugak kepala otak CIA nak kesan kelibat orang Islam 'pengganas' yang bergelar Al-Qaeda ni. Keganasannya bagai merasuk dan mem'phobia'kan lena musuhnya.
Saddam Hussein dan Baghdadnya terpaksa mengorbankan diri dan rakyatnya hingga tiada lagi tinggalan ilmuan Islam disana. Isi bumi Gaza terdedah dengan pemusnahan maksimum, Gaza jadi padang jarak dan Gaza menguburkan ramai lapisan haruman manusia syahid dan Syahidah. Di negara 'Islam' Malaysia, tutup dan disekatnya bantuan Sekolah Agama Rakyat serta ditangkapnya kumpulan orang Islam.
Dipendekkan kehebatan, Osama akhirnya mati dalam keadaan ngeri akibat di bom dan lokasinya berhampiran kawasan tentera di Attobad, Pakistan.
Score

Diikut kronologi kematian, Osama layak mendapat syahid. Harga kematian beliau dan sepuluh orang kanannya bernilai jutaan dolar. Siapa yang kaya. 'Tahniah' kepada US dan sekutu.  Dan Osama juga secara tak langsung kita bakal mengucapkan 'Selamat Datang' buat kader-kader baru pejuang Islam. Ahlan Wasahlan.

Monday, May 2, 2011

BERAKSI DI PELANCARAN 'GERAM'

Dilapik dulu bihun goreng perut kami sebelum beraksi. Rupanya 'turn' kami beraksi lambat lagi. Ada nasyid, deklamasi sajak, ucapan motivasi YB Jerai lagi sebelum tu. Dalam pukul 10 pm lebih baru la boleh melontar bakat kami. Masa menunggu diselit dengan 2, 3 lagu sebagai latihan. Sepatutnya malam ni adala jadual kami berlatih kompang di Surau.
Apabila diumum MC giliran ke pentas, kami ber 15 pun memula aksi dengan trademark 'Selawat' sambil mengiringi YB Nizar melancarkan majlis secara rasmi. Kami kemudian menyumbangkan satu lagi lagu popular 'terang bulan' sebagai menutup persembahan. Pengerusi memuji semangat orang muda Senduk yang ada pada kami dan mengucapkan terima kasih. 

SIDANG SENDUK : KERJA ALLAH

Allah bertanggungjawab merekabentuk alam. Allah jugalah merekacipta rupa manusia yang bermacam fesyen. Sama dengan makhluk lain sama ada berotak atau tidak.
Paklang turut turun padang

Maksud Firman Allah :
'Tidak aku cipta jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepada Allah'

Sehebat-hebat dan seteruk manusia tujuan hidupnya adalah untuk Allah. Rasul dan Nabi, perdana menteri, majistret, doktor, tukang sapu, tukang kayu, penyanyi pop, pengetua sekolah, pengetua AF, penulis lirik, semua tak terlepas.

Kerja Nabi dan Rasul

Nabi dan Rasul bertanggungjawab menyampaikan Risalah Allah. Sebar risalah ni adalah kerja manusia yang mempunyai status luarbiasa. Mereka ni adalah utusan Allah dan perlu berdakwah sedaya yang boleh. Nabi dan Rasul dibekalkan dengan ketahanan mental semulajadi. Nabi Muhammad contohnya ber 'skill' tinggi dengan tutur kata bijak, pendekatan dakwah mantap dan pesona akhlak tinggi. Ini bukan profesion manusia biasa.
dari kiri : Aiman, Rahman dan Amin sedang bancuh simen

Kerja Umat

Mendapat redho dari Allah adalah objektif kerja individu. Di Dunia, Tuan sebenar adalah Allah. Perolehan Pendapatan dinilai besarnya hanya oleh Pemilik Mutlak.

" Dan tidak ada satu makhluk pun yang melata di bumi melainkan telah tercatat akan rezeki masing-masing " Maksud Surah Hud - 6

Usaha, perolehan akan besar barakahnya jika dibelanja kejalanNya. Ini baru rezeki. Bersumberkan halal, jalan berpandu syarak dan disumbang dilandasan syariat.

Gotong-royong Surau Assomadiyah

Ada peniaga, pekebun, kerja hospital, kerja pejabat, kerja sekolah, guru, ustaz, tok siak, tok bilal, imam, budak sekolah dan penuntut. Hari ni ( 30 April 2011 ) pakat ramai- ramai orang Senduk bekerja 'upgrade' area kolah dan tandas surau. Pakat-pakat mengorbankan nikmat cuti 3 hari berturut-turut.
Paknjang Mat Ali tekun menampal simen pada penjuru binaan

Program diketuai Paknjang Mat Ali bermula jam 8 Am. 5 kampit simen, kapur, skop dan peralatan tersedia hasil sumbangan insan-insan perihatin. Terima kasih, puji dan syukur pada Allah diucapkan buat penderma, orang kampung sama ada terlibat secara langsung atau tidak. Kerja gotong-royong yang dibuat bukan atas kepentingan peribadi. Semata-mata mengharap redho Allah dengan izinNya.
Kerja cantikkan Rumah Allah ini berakhir selepas makan nasi tengahari jam 2 PM.
Tampalan Akhir dari K. Pemuda Ajam
Sekali lagi kami dedikasikan buat sambutan
Hari Pekerja 1hb Mei 2011