VOCALIST

Thursday, February 24, 2011

INILAH MUAMMAR GHADAFFI

Kalau mahu melihat sebuah model 'negara Islam', Libya seakan dilihat sampel nya. Begitu juga kalau ingin menerapkan gaya 'Islamik' dalam pimpinan, paling mirip dicontohi adalah pemerintah sinonimnya, Ghadaffi. Jangan berkata 'TIDAK' bagi mengenang sumbangannya untuk Islam.

Jika person-person berlumba membina mercu tanda Islam terutama mesjid, Gadafi dengan Dana peribadi telah membina begitu banyak Rumah Allah seperti di Sentul,Indonesia contohnya. Abadi namanya di mesjid.

Gaddafi juga tidak ketinggalan untuk tampil serta berperanan dalam hal memajukan keislaman. Belum hilang dari ingatan kita, projek Islamisasi Gaddafi di Itali beberapa waktu yang lalu.

Dengan menyewa biro jasa iklan, Gadaffi mengundang 500 wanita muda Itali yang berpenampilan menarik untuk datang dalam acara 'pesta' yang ia adakan disebuah villa yang ada di kota Roma.

Sekitar 200 wanita Italia akhirnya memenuhi undangan pemimpin Libya tersebut, karena bakal menerima sekitar € 60 (90 dollar) dan "beberapa cendera mata dari Libya." Namun apa yang terjadi dalam acara "pesta" tersebut? Gaddafi berceramah kepada para wanita Italia itu tentang Islam dan kedudukan wanita dalam Islam serta tidak ketinggalan memberi 'cendera mata' berupa Alquran dan hasilnya seorang hadirin berjaya memperolehi hidayahnya.

Ketika pemimpin sosialis seluruh dunia berarus menghina dan mengutuk hegemoni USA Laknatullah. Ghadaffi menuruti trend tersebut depan para penguasa Afrika dengan bergaya bak pemimpin besar negara-negara Afrika dengan menyerukan berdirinya USA (Unites States of Afrika) yang tentunya dia sendiri akan menjadi pemimpinnya.

Ghadaffi juga hebat di pentas 'dakwah' dengan berdirinya Liga Dakwah hasil inisiatifnya sendiri. Gaddafi membentuk lembaga World Islamic Call Society yang beranggotakan lebih dari 250 organisasi Islam dari seluruh dunia. Menariknya, lembaga ini program-programnya sangat Islami, mulai pembinaan kepada para pemuda, mencetak para penghafal Al-quran, mengadakan buka puasa di seluruh dunia Islam dan Aneka Zakat.
Dia juga berkebolehan memimpin solat jemaah yang begitu phobia dan janggal bagi kebanyakan pemimpin Dunia Islam termasuk 'Negara Islam' Malaysia.

Sisi lain, Muammar Ghadaffi sangat ditakuti rakyatnya. Beliau dibenci oleh Ulama dan Da'i seluruh libya. Gaddafi bisa berpenampilan sebagai sosok pemimpin yang sholeh, meski tangannya berlumuran darah Rakyat dan Umat Islam. Tidak sedikit aktivis Islam yang dibantai maupun ditangkap oleh Gaddafi selama era kepemimpinannya. Jadi tidaklah mengherankan jika saat ini, ketika dirinya didemo oleh rakyatnya sendiri menuntut pengunduran dirinya, ia tanpa belas sanggup dan berani menzalimi ratusan rakyatnya.

'Hebatnya' Muammar Ghadaffi ketika ini sehinggakan Syeikh Al Qardawi menghalalkan darahnya bagi dibunuh umat Islam. Gah pemerintah Islam kepada dunia luar bertukar menjadi rejim pembantai umat Islam. Inilah juga watak dan wajah Penzalim Muammar Ghadaffi.

Monday, February 21, 2011

PUTING BELIUNG MELANDA SENDUK, SEORANG CEDERA.

22 hb Feb 2011 :
Satu bencana alam menyerupai puting beliung telah melanda Kg Senduk, Batu 8 jam 4 petang semalam mengakibatkan lebih kurang 5 buah rumah dan lori mengalami kerosakan.
Bencana alam tersebut dikesan oleh penduduk kampung apabila hujan lebat beserta angin luar biasa turun dan menyerang rumah-rumah mereka. Bumbung rumah dan pokok dilihat terbang terbalik di hentam angin kencang tersebut.

"kami terus lari keluar rumah bila dengar bunyi meletup dari atas rumah" kata Makngah Besah sambil menunjukkan bumbung rumah beliau.
Sebuah lori pikap milik abang Saad turut menjadi mangsa bencana. Lori yang digunakan untuk mengangkut sawit dikebunnya rosak di timpa pokok manggis berusia berpuluh tahun sebelah rumahnya.

Seorang anak kampung mengalami kecederaan ringan dan sudah dirawat di Klinik Changkat Jering. 5 jahitan lukanya bagaimanapun bukan disebabkan angin puting beliung tapi terkena bumbung zink semasa sedang perihatin menolong membersihkan sisa timpaan pokok manggis di rumah Abang Saad.

Pihak Sidang Senduk turut bersama bertungkus lumus dengan penduduk kampung melakukan kerja pembersihan dan berharap pihak yang menjadi mangsa bersabar, muhasabah dan redho dengan ketentuan Allah yang terjadi. Kerugian belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan bagi memudahkan pembiayaan pihak berwajib.

Thursday, February 17, 2011

MAULIDURRASUL KAMPUNG SENDUK

Malam 12 RabiulAwal = 14.2.2011

Hujan mencurah lebat, kilat dan guruh tak menghalang persiapan program malam tu. Sebagai penghormatan kepada Baginda Rasul SAW dan saf pejuang terdahulu,Selepas solat Isyak Tahlil dipanjangkan sebagai hadiah khas buat mereka. Dan dikala muslimah sibuk goreng ayam, siang bawang dan sebagainya, kaum Adam di ruang utama surau sedang seronok berzanji, Marhaban sebagai simbolik kota Mekah dan Abdul Mutalib menyambut kelahiran cucundanya Muhammad SAW. Malam tu diakhiri dengan gotong-royong memasang balai (khemah).

Siang 12 RabiulAwal = 15.2.2011

Kelibat petugas mula kelihatan seawal jam 7 pagi. Daging yang nak disiang sedang diusahakan Paknjang dimana sebelum subuh dia menjengah pasar daging Taiping. Percubaan suara juga mula kedengaran dari corong speaker setiap sudut di surau Assomadiyah bagi test perfomance PA sistem majlis hari tu. Ajam, Ketua Pemuda baru ambil posisi DJ hari ni kedengaran mengalu-alukan kedatangan hadirin.

Terdapat acara khas untuk kanak-kanak disedia penganjur diketuai oleh Ustaz Shahrul dan dikelaskan mengikut umur dan jantina. Acara azan, menulis jawi dan menulis rumi antara disiplin yang diberi ruang buat anak-anak muda kampung. Penyertaan mendapat sambutan menggalakkan kanak-kanak yang datang dengan berbaju melayu lengkap bagi lelaki dan berbusana muslimah bagi kanak-kanak wanita.

Kira-kira jam 10 pagi, sekumpulan pemuda pancaragam kompang bersemangat mengiringi kaum muslimin kampung berarak sambil melaung selawat sebagai tanda cinta Rasul SAW. Perarakan sebagai isyarat program sambutan bermula dan diselang kemudian dengan alunan ayat suci dari pelajar Maahad Tarbiah. Irama nasyid memuji Nabi SAW seterusnya dipersembahkan oleh sekali lagi pelajar Maahad selepas pasukan kompang selesai berhadrah diatas balai utama.

Majlis seterusnya di ambil Ustaz Farid juga dari Ustaz Farid (Musa), MC khas bagi program ceramah Maulud. Setelah diperkenalkan pengerusi, Penceramah jemputan yang juga mantan YDP Persatuan Ulama Malaysia mengambil alih pentas utama. Untuk mukadimah, Al fadhil Ustaz Ahmad Awang menerangkan perkembangan didikan Islam dunia dan khasnya di Malaysia. Sistem pondok dan Sekolah Rakyat yang jadi pendokong mempengaruhi pemikiran majoriti Melayu-Islam negara.

Berbekalkan pengalaman sebagai Pegawai tinggi kerajaan awal 80-an, Amerika katanya berjaya mempengaruhi pemerintah pada waktu itu untuk menyekat bantuan perkapita untuk sekolah rakyat dengan alasan melahirkan pengganas dan musuh negara. Keadaan berterusan bertahun-tahun hingga PM kala itu akhirnya akur dengan peranan dimainkan sekolah agama dalam membentuk akhlak manusia setelah bencana moral mula dipersoal ramai orang ketika itu.
Rakyat kata Ustaz semakin sedar peri pentingnya pendidikan Islam dalam mendisplinkan umat manusia.

Selesai ceramah, kegembiraan jelas pada riak kanak-kanak apabila masing- masing pulang dengan hadiah mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dengan menu trademark kampung daging cicah air asam.

Jalinan ukhuwah, keharmonian dan kesepakatan terbentuk seiring jika disusun dalam program yang diisi roh Islam. Ustaz penceramah dan tok-tok guru sering ingatkan bahawa Muhammad Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada sekalian alam. Warga Senduk sekurang-kurangnya patut selesa dan bersyukur mempunyai mini kerajaan Islam tersendiri yang menjaga keamanan kampung.

Wednesday, February 16, 2011

ANTARA 2 CINTA

2 tarikh berturutan dengan 2 event yang sangat kontradik. Satu menuju jalan syaitan, yang satu lagi menuju jalan Nabi SAW. Satu mengundang murka Allah, yang satu lagi mengundang redha Allah. Satu membawa ke neraka, yang satu lagi membawa ke syurga, dengan izin Allah.

Bagi umat Islam yang punya kefahaman jelas, mereka tidak sekali-kali menyambut Valentine Day. Bagi generasi muslim yang jauh dari agama, terutama remaja, Valentine Day memberi makna sangat besar kepada mereka. Hari itulah mereka menumpahkan kasih-sayang kepada boyfriend atau girlfriend mereka. Bukan setakat kasih-sayang, maruah, tubuh dan rasa malu juga melayang. Mereka menurut jejak langkah syaitan yang menyesatkan mereka di dunia, dan di akhirat dihumban ke dalam neraka kalau tidak bertaubat.

Sebaliknya, Sempena Maulidurrasul,mengadakan pertandingan memuji Rasulullah SAW dan lain-lain aktiviti. Ia sangat baik dengan memberikan alternatif bagi menentang arus jahiliyyah Valentine Day yang sangat merosakkan itu. Demikian juga, sebuah kerajaan yang bersih dan baik mesti mengambil langkah membendung gejala tidak sihat yang merosakkan anak muda muslim ini.

Maulidurrasul pula menjadi di antara peluang mukmin meneliti diri sendiri. Setakat mana mereka berikan masa, diri, harta mereka untuk Islam sebagaimana Nabi SAW telah memberikan seluruh hidupnya untuk Islam. Setakat mana kelahiran Baginda itu dapat menjadi motivasi menyuburkan semangat juang bagi menegakkan Islam seperti yang pernah ditegakkan oleh Baginda sepanjang 23 tahun bergelumang dengan dakwah dan perjuangan. Bagaimana 23 tahun Rasulullah SAW menerangkan secara berperingkat isu semasa kepada rakyat melalui ayat-ayat Al-Quran.

Maulidurrasul bukan sekadar kelahiran seorang manusia. Ia bukan sekadar barzanji, baca rawi dan marhaban. Ia bukan sekadar selawat dan tunjukrasa cintakan Nabi. Ia peringatan terhadap kelahiran junjungan besar yang mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dari kezaliman kepada keadilan, dari sistem jahiliyyah kepada sistem pemerintahan Islam. Apabila kesedaran sampai ke tahap itu, baharulah barzanji, baca rawi, marhaban, berselawat itu benar dengan ertikata sebenar.

Rasa cinta Nabi mesti disuburkan. Manakala menyubur rasa cinta melalui Ventine Day mesti dikuburkan. Kerajaan sangat bertanggunjawab membantu untuk menyuburkan rasa cinta kepada Nabi dan mengelakkan cinta ternoda melalui Valentine Day.

PERUTUSAN MAULUD TOK GURU

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1432 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di Kelantan ini.
Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.
Kedua, para penceramah (kalangan pemimpin atau pendakwah serta pakar motivasi) perlulah mengingatkan masyarakat, khususnya umat Islam bahawa dunia ini milik Allah SWT. Setinggi manapun pangkat yang kita miliki, kita hanyalah penumpang di bumi Allah SWT. Sebagaimana kita menumpang di rumah orang lain, kita tidak bebas melakukan perkara yang kita ingini jika tidak dengan persetujuan tuan rumah. Di bumi ini, kita hanya boleh melakukan perkara yang dikehendaki oleh Tuan Punya bumi iaitu Allah SWT. Justeru, tidak ada kuasa yang akan kekal selama-lamanya melainkan kuasa Allah. Di Mesir dan Tunisia, kita baru menyaksikan kebangkitan besar-besaran rakyat menentang rejim yang berkuasa begitu lama menunjukkan bahawa setiap penguasa pasti akan sampai saatnya, kuasa mereka akan diambil balik oleh Allah SWT.
Ketiga, kehebatan Rasulullah SAW sebagai pentadbir negara ditonjolkan undang dijadikan tauladan kepada mana-mana penguasa yang menjalankan amanah Allah SWT. Baginda mentadbir negara Islam Madinah dengan mengutamakan pembersihan kalbu terlebih dahulu. Sesuai dengan Nabi Muhammad SAW sebagai seorang ahli politik yang dipandu oleh Allah SWT, baginda tidak meletakkan agenda pembangunan fizikal sebagai agenda utama sehingga mengenepikan pembangunan rohani. Justeru, kita boleh menyaksikan bagaimana sepanjang 10 tahun baginda menjadi ketua negara Islam Madinah, hanya sebuah sahaja bangunan yang didirikan iaitu masjid baginda sendiri. Ini kerana, baginda membangunkan hati dan roh. Lahirlah generasi sahabat yang hebat hasil dari tarbiyyah dan asuhan baginda. Melalui asuhan inilah, manusia mengenali halal, haram, dosa, pahala, syurga dan neraka. Hakikatnya, pembangunan modal insan yang kini disebut-sebut semula oleh sebahagian daripada kalangan kita telah lama disebut oleh Allah SWT (Al-Quran, Surah al-Alaq ayat 1-7)

“Bacalah dengan (menyebut) nama tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan qalam. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya. Ketahuilah, sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, apabila dia merasakan dirinya cukup (sebagai satu penyakit qalbu). Sekali-kali tidak, (penawarnya ialah meyakini) sesungguhnya kamu akan kembali kepada tuhanmu.”
Perhatikanlah ayat-ayat di atas yang mengulangi perkataan al-insan yang bermaksud manusia sebanyak tiga kali. Inilah aspek yang perlu diberikan keutamaan pada hari ini. Apabila pembangunan insan dilaksanakan mengikut acuan Islam, tidak akan berlaku lagi budaya khianat, pecah amanah, salah guna kuasa dan sebagainya di kalangan rakyat termasuklah pemimpin. Masyarakat pula khususnya remaja yang terdidik dengan rasa takut terhadap azab Allah SWT akan menjauhi pergaulan bebas, zina, sumbang mahram, buang bayi dan sebagainya. Sekalipun perbuatan dosa ini tidak diketahui oleh manusia, ia tetap dihitung oleh Allah SWT. Inilah kejayaan asuhan Rasulullah SAW dan ini terbukti apabila pernah seorang wanita datang kepada baginda mengaku bahawa dirinya telah berzina serta memohon untuk dihukum hudud dengan segera ekoran ketakutannya menghadapi azab Allah SWT di akhirat kelak. Agenda pembersihan kalbu seperti inilah yang langsung tidak ada di dalam sistem sekular. Sekular yang hanya mengutamakan pembangunan fizikal semata-mata pastinya tidak akan berbicara walaupun sepatah mengenai pembersihan kalbu.
Keempat, perlulah diingatkan bahawa Islam datang selari dengan fitrah manusia. Maulidur Rasul ini perlulah dijadikan satu kesempatan untuk menonjolkan kebaikan Islam kepada non-muslim bukan sekadar sambutan seperti perarakan besar-besaran sahaja, tetapi hendaklah juga menonjolkan nilai Islam yang bersesuaian dengan fitrah semulajadi manusia. Oleh itu, wajar sekali ditonjolkan bagaimana Islam melarang perkara-perkara mungkar yang sememangnya tidak diterima oleh fitrah manusia. Mencuri, merompak, berzina, rasuah, pecah amanah, khianat dan semua perkaranya dilarang oleh Islam dan hakikatnya juga tidak diterima oleh fitrah manusia. Demikianlah juga perkara-perkara maaruf seperti kerjasama, bantu membantu di dalam sebarang kerja amal kebajikan dan muafakat menjaga keharmonian hidup beragama amat yang digalakkan oleh Islam juga pada hakikatnya diakui oleh fitrah manusia sebagai amal maaruf yang baik untuk kerukunan hidup bermasyarakat.
Firman Allah SWT (Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 148)

“Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Akhir kata, saya mengharapkan sambutan Maulidur-rasul pada kali ini benar-benar memberikan manfaat untuk semua khususnya di dalam meningkatkan kefahaman kita kepada Islam yang syamil (komprehensif) yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW.

TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP
AL-MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA

Tuesday, February 15, 2011

EKSTREMIS ISLAM?

Seorang peguam Islam yang juga berlabel ahli parlimen telah menghantar bantahan kepada kerajaan Malaysia bagi membatalkan segera konsert libatkan artis Iran untuk satu program Maulidurrasul di KL Convention Centre (KLCC). Alasan bantahan katanya persembahan artis berkenaan adalah satu penghinaan kepada umat Islam Malaysia. Artis berkenaan juga dikesan membawa unsur lucah dalam lagu dan liriknya.

Setelah berbulan yang lalu pengumuman PM nak jadikan Malaysia Hab Hiburan bertaraf dunia, sekarang baru lah Ahli Parlimen yang satu ketika pernah ber'kursus' di Washington dikesan sensitif nya. Sekarang bermacam jenis artis barat enjoy kat KL termasuk artis ngaku gay dan artis disko dah buat show. Aktivis ni tak menyirap pulak. Dressing dah macam bogel tak dikira pulak. Tak lucah pulak. Bermoral sangat? Bukan niat menyokong artis Iran dan juga sebarang bentuk hiburan lara, tapi apa bezanya lucah yang ditunjuk oleh artis Iran ini berbanding artis barat lain dan sebahagian artis tempatan sekalipun.

Kalau Amerika nak beriya-iya sangat nak cekup pengganas, pelampau Islam, rasanya layak sangat cari dia ni. Betul-betul berani. Betul punya ekstrem dan Islamophobia.

Peguam ni sepatutnya sekali lagi diberi peluang berkursus di Amerika dan lebih elok dihantar ke Hollywood terus bagi menamatkan pengajiannya.

Wednesday, February 9, 2011

BAHAYA PEMIMPIN JAHIL

Satu ketika Syeikh Abdul Kadir Jailani mendengar suatu suara mengaku sebagai Tuhan serta menyatakan beliau mencapai taraf kedudukan yang tinggi di sisi Tuhannya.

"Wahai Abdul Kadir, aku adalah Tuhanmu. Engkau sudah mencapai darjat kekasihku. Mulai hari ini, aku halalkan bagimu apa yang aku haramkan atas hamba-hambaku."


Mendengar seruan itu, tahulah Syeikh Abdul Kadir yang ia adalah suara syaitan cuba memperdayakannya. "Celakalah kau syaitan! Sesungguhnya Tuhanku tidak akan menghalalkan apa yang sudah diharamkan-Nya."

Syaitan tidak berputus asa, lalu ia berkata lagi: "Sudah ramai wali Allah yang berjaya aku sesatkan dengan helahku, tetapi engkau sudah selamat dari tipuanku kerana ilmumu tinggi."

Balas Syeikh Abdul Kadir: "Celakalah engkau, bukan ilmuku yang menyelamatkan aku dari sebarang tipu dayamu, tetapi rahmat Allah jualah yang dapat menyelamatkan aku."

Demikianlah secebis kisah orang berilmu, tidak sedikitpun terpedaya dengan umpanan syaitan. Berbeza dengan orang jahil yang mudah tewas dengan pujuk rayu makhluk terkutuk itu.

Wujud perbezaan ketara di antara orang berilmu dan jahil. Orang berilmu lebih mulia peribadi dan kedudukannya, bahkan dalam ibadat tinggi kualitinya, manakala kehidupannya pula lebih berhati-berhati, tetapi tidak pada orang jahil.

Ini sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah, ayat 9 surah az-Zumar, antara lain bermaksud: "Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?

Setiap orang memiliki potensi untuk meraih ilmu dan mengembangkannya dengan izin Allah. Oleh itu, kita diperintahkan untuk menempuh jalan melalui pelbagai cara untuk memperolehnya khususnya dengan membaca.

Membaca juga perintah pertama yang disampaikan malaikat Jibril kepada Rasulullah.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah. Tuhanmu adalah Maha Mulia, yang mengajarkan manusia menulis dengan pena. Mengajarkan manusia apa saja yang tidak diketahui." (al-Alaq: 1-5)

Menurut Dr Gamal Zakaria dalam bukunya berjudul Jalan Menuju Kedamaian, membaca adalah perintah yang paling penting dan paling bermakna ditujukan kepada seluruh umat manusia.

"Kenapa perintah pertama mesti membaca? Betapa pentingnya membaca, Allah s.w.t menurunkan perintah terbabit pada wahyu pertama dengan mengulangi kalimah iqra� sebanyak dua kali," katanya.

Beliau berkata, pada ayat terbabit, Allah s.w.t menjanjikan kepada sesiapa yang membaca kerana Allah akan dikurniakan kepadanya anugerah ilmu, pemahaman dan wawasan baru, walaupun objeknya sama.

"Janji Allah dapat dibuktikan dengan sangat jelas dan pasti, ketika kita membaca ayat al-Quran.

"Semakin banyak dan berulang kali kita membacanya, akan muncul penafsiran baru, pengembangan pendapat terdahulu dan keajaiban walaupun membaca ayat yang sama.

"Begitu juga halnya ketika ahli pengkaji membaca alam jagat raya melalui fenomena dan kejadiannya, akan lahirlah penemuan dan teori baru," katanya.

Kita mendapati orang yang berilmu tabiatnya suka membaca.

Membaca membekalkan ilmu dan keperluan utama untuk membangunkan sebuah peradaban dan bangsa yang maju.

Dr Gamal berkata, semakin mantap dan bermutu bacaan sesuatu bangsa, semakin tinggi peradabannya.

"Hal ini dibuktikan oleh bangsa yang maju dan memiliki peradaban yang tinggi. Mereka adalah bangsa yang rajin membaca buku berkualiti dan menjadikan budaya membaca sebahagian daripada keperluan hidup mereka."

"Bertitik tolak daripada budaya membaca ini lahir karya agung dalam berbagai-bagai bidang."

"Namun ironinya, masyarakat kita pada hari ini adalah masyarakat yang malas membaca termasuk warga kampus."

"Pensyarah dan mahasiswa jarang mengunjungi perpustakaan sehingga masih banyak buku yang belum terjamah."

"Masyarakat kita gemar membaca bahan yang bercorak hiburan, sukan dan hobi berbanding buku ilmiah," katanya."

Bahkan tidak mustahil juga dengan tabiat malas membaca, menyebabkan semakin ramai orang yang jahil lagi bodoh, sehingga orang ini mengambil tempat memusnahkan masyarakat dan negara.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Nabi saw bersabda, “Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama).

Apabila orang berpengetahuan telah punah (hilang/lenyap), maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka sesat dan menyesatkan."

Tuesday, February 8, 2011

REVOLUSI PIRAMID


Beberapa ribu tahun yang lalu Moses, anak angkat seorang diktator melarikan diri dari Mesir kerana kekejaman seorang diktator bernama Firaun. Beberapa hari yang lalu terdapat berita yang anak seorang diktator bernama Gamal Mobarak melarikan diri ke London kerana takut menjadi mangsa amarah rakyat Mesir .Moses membelah Laut Merah untuk menyelamatkan pengikut dan dirinya dari dibunuh. Saya rasa Gamal Mubarak pula melarikan diri sebelum beliau dibelah rakyat mesir dan menjadi lautan merahnya sendiri!

Laporan media Barat tentang revolusi Mesir ini sangat menyentuh perasaan. Rata-rata orang Amerika clueless tentang apa yang terjadi. Ini mungkin disengajakan kerana kerajaan diktator Hosni Mubarak menerima bantuan sebanyak USD 1.5 Billion setahun dari Rumah Putih. Ini adalah bayaran kerana Mesir ialah sekutu Amerika yang kuat di Afrika Utara. Rakyat Amerika tidak perlu diberitahu kerajaan mereka memberi bantuan berbillion dollar sejak dari zaman Bill Clinton lagi dan wang itu digunakan oleh Hosni Mubarak untuk menyeksa mereka-mereka yang berani menentangnya.

Hosni Mubarak sudah menjadi Presiden selama 30 tahun.

Sungguhpun sudah terang lagi bersuluh media barat dan Malaysia tidak pernah sekalipun melabel kerajaan despotik Hosni Mobarak sebagai "Regim Mobarak". Aneh bukan? Tapi kita tidak ada masalah menggunakan "Regim Israel" atau "Regim Hugo Chavez". Syaitan NIRRAJIM betul wording pihak media ini kan?

Hari ini raja Arab Saudi, Raja Abdullah memberi sokongan penuh kepada Presiden Hosni Mobarak. Baginda dipetik berkata "rakyat yang merusuh dimanipulasi pihak tertentu menggunakan hasutan melampau". Raja Abdullah sebenarnya sudah gegar kerana revolusi Pan Arab ini semakin mendapat momentum. Yemen dan Jordan juga nampak gayanya akan berlaku juga revolusi.

Rakyat Mesir sekarang dibunuh sesuka hati oleh pihak keselamatan Mesir. Segala talian komunikasi, internet akses, ATM dan bantuan makanan malang sama terbunuh. Aneh tiada pula demonstrasi jalanan di K L mengutuk kekejaman regim pimpinan seorang Muslim keatas rakyatnya sendiri. Mana laungan memboikot barangan keluaran Mesir. Mana monyet bernama Khairy Jamaluddin yang dulunya tunjuk keadiwiraannya dalam demo mengutuk Israel? Siap lilit serban untuk nampak macam seorang pejuang Intifada. Bro Khairy, lepas ini kalau AMENO organise demo sila pakai kostum ala Tutankhamen atau terbaik sekali topi Indiana Jones Dr Zahi Hawass sebagai tanda kamu bersolidariti dengan pejuang Revolusi Mesir.

Di Tunisia juga Mesir, akibat terlampau marah dan geram dengan pemerintah gila kuasa dan gila kumpul harta, beberapa rakyat redha untuk merentung diri. Perbuatan yang kita tak mahu dilihat di Malaysia walaupun mempunyai Pak-Pak Menteri yang cenderung kepada kegilaan hampir sama dengan PM Mesir.
Tapi kalau di Tanah Melayu kalau nak diadakan pun kita akan 'korban' kan Bro Khairy sebagai simbolik protes.

Oh dan mengapa ada banyak fatwa menghalalkan pembunuhan pelukis kartun Denmark tetapi tiada fatwa menghalalkan darah despot Hosni Mobarak kerana penyalahgunaan kuasa melampau? Aneh! Kesalahan melukis kartun terus turun fatwa halal dibunuh tapi bila membunuh manusia sesuka hati tak ada fatwa pula keatas Hosni Mobarak? Super aneh lagi bila Universiti Al Azhar itu sendiri terletak di Bumi Nabi Musa ni.

Cukup untuk hari ini. Nampak gayanya Hosni Mobarak mungkin akan terselamat dari digulingkan. Dia dah janji akan lakukan reform. Dia juga dah melantik seorang timbalan presiden untuk pertama kali dalam pemerintahan 3 dekad beliau. Anak beliau yang diwarwar kan akan mengambil alih sudah melarikan diri.