VOCALIST

Thursday, December 9, 2010

TOKOH UNTUK DIHIJRAH

Atas kriteria apa pilihan dibuat bagi anugerah Maal Hijrah. Atas syarat apa ciri-ciri yang selayaknya menyandang jawatan tokoh. Tangga menara gading manakah yang nak didaki untuk untuk capai iktiraf. Berapa banyak kitab nak di khatam bagi penuhi ciri impian.
Akhirnya kerajaan 'Islam' pimpinan kerabat melalui menteri nikah kawinnya menganugerahkan Puan Zetti ibnu Ungku Aziz tokoh Maal Hijrah 1432 H. Bagaimana berat hati dan perasaan penerima untuk naik menerima anugerah dengan berselendang, begitulah juga berat hati umat Malaysia untuk menerima kenyataan bahawa tokoh yang 12 purnama ditunggu adalah pakar mata wang.
Adakah tiada lagi ulama di Tanah Malaysia ni. Berapa ramai yang berhijrah ke luar negara menuntut bermacam-macam ilmu agama, adakah ustaz ni langsung tak pulang ke tanah air berbakti. Kalau tak berkelana keluar negara sekalipun, Malaysia juga miliki universiti Islam diiktiraf dunia yang mustahil tandus lahirkan bakat ulama. Kalau pening nak cari buatan universiti, cari tok-tok guru pondok yang siang malam peturun ilmu percuma kat muridnya. Kalau susah jugak, subuh-subuh pergi teropong surau-surau kampung. Masih ramai lagi yang ikhlas tegakkan syiar Islam. Boleh pilih dari siak ke imam.
Selepas popular dengan judi bola satu waktu dulu kemudian diperkenalkan pulak umat dengan Hab hiburan dan akhirnya dikecewakan dengan fesyen islamophobia. Kali ni sekali lagi umat Islam Malaysia cuba untuk dikelirukan.
Rakyat pelbagai lapisan mengerti penerima anugerah berjawatan Gabenor Bank Negara. Beliau adalah pemegang kunci peti besi dan segala bentuk matawang syiling dan kertas adalah dalam kawalan.
Kerajaan patut memperkenalkan anugerah baru. Tokoh yang sepatutnya berhijrah.

No comments:

Post a Comment