VOCALIST

Monday, December 6, 2010

ORANG KAYA

Berlakon la sikit. Jangan terlalu harap subsidi kerajaan. Subsidi bagi la kat kerabat atas pakai, tangki minyak besar, rumah besar dan isteri besar. Tengok Ali Baba berlakon jadi orang kaya macamana. Tapi jangan la makan pisang.
Tanah Melayu Malaysia ni kaya raya. Negara dalam peta saiz 2 jari tapi harta dalam tanah, atas tanah tak habis kalau nak makan anak beranak. Minyak, balak, beras, gula semua bikin sendiri. Rumput dengan pasir pun laku. Taik pun jual buat baja organik.
Pasal tu semua barang asas minyak, gula, beras naik (selaras) 2 kali dalam setahun. Kerajaan bukan saja-saja buat. Kerajaan tau rakyat mampu semampunya. Bank melambak. Kalau tak boleh 'cash', kad kredit ada. Tak boleh jugak 'institusi' along ada, telefon saja nombor tertampal dekat pokok,tempat tunggu bas.
Ni Malaysia la, bukan Zimbawe. 10 tahun lagi negara dah maju. Negeri Melaka dah pun maju.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432 H

No comments:

Post a Comment