VOCALIST

Wednesday, October 6, 2010

CEREKA DONGENG RETORIK ISLAMOPOBIA

Sana di kantin sekolah kebangsaan orang berlagu macam-macam, kat kedai kopi Ah Su Kun dah riuh.."Aku pun ada suara jugak" Tinggi 'pitching' vokal Pak Ajib kali ni. Nama Pak Ajib ni dah sinonim dikalangan penduduk kampung Sakan. Lebih-lebih lagi kat kedai kopi Ah Su Kun. Semua penagih kopi dikedai tu suka berkunjung ke situ kadang semata-mata untuk berhibur dengan celoteh Pak Ajib. Bagi pelanggan tadi biar mereka habis bergelen-gelen kopi pun janji maksimum kepuasan mereka. Ah Su Kun tersengih sambil memikir akaun debitnya hasil berpusuan pengunjung yang mendatang.

Baginya biar rugi secawan dua kopi atau sepinggan koey tiaw yang dilabur pada Pak Ajib tadi asalkan pulangannya berlipat ganda. Tak kisah baginya kalau Pak Ajib nak beretorik dengan apa gaya sekalipun dan tiada istilah untuk pihak berkuasa untuk mengepung premis persendiriannya selagi tak mengancam keselamatan awam. Cuma harapan Pak Ajib semoga senantiasalah mengangkat-angkat imejnya di mata penduduk kampung Sakan.

Latar belakang ilmu agama Pak Ajib tidaklah mengagumkan kalau nak dilihat pada sijil nya. Dia habiskan persekolahan rendah dan menengahnya di sekolah kebangsaan kampung Sakan. Di sekolah kebangsaan subjek Agama Islam hanya dua kali seminggu semacam jadual yang diedar oleh guru kelasnya. Itu pun ustaz terpaksa 'shortcut' dua tiga bab pasal takut tak sempat habiskan satu buku sebelum exam. Kelas agama petang pulak dimansuhkan pada zamannya akibat pemberhentian beramai-ramai guru apabila ditarik bantuan kepada sekolah agama rakyat. Pemerintah pada waktu itu cukup pobia kepada golongan cerdik agama bila sampai ke akar umbi bantuan tersebut tersekat. Tapi jangan disangka begitu sahaja dibiarkan anak dan isteri terabai Islam nya. Sehingga kini isterinya masih memohon 'permit' penangguhan dulu penyempurnaan dek kerana belum sesuai dengan tuntutan fesyen sementelah anak gadisnya masih pobia digelar ustazah oleh teman kelasnya.

Walaupun macamanapun, Pak Ajib dikurniakan bakat istimewa dalam dunia persilatan. Lebih menambahkan istimewanya,bagaimana begitu mudah dia ditabalkan tali pinggang walaupun bunga gerak masih sumbang. Beberapa sumber memberitahu beliau rapat dengan anak gadis mahaguru yang saiz XXL tu. Beliau bagaimanapun menolak tawaran istimewa untuk mengahwini anak gadis mahaguru tadi walaupun sekarang sah beliau menjadi suami keduanya. Mahaguru agung adalah pangkat terkininya yang bakal menyanggah sesiapa saja yang berani untuk persoalkan darah melayunya.

Walaupun fenomena Mawi dan Hip-hop begitu terasa gegaran pada zaman remajanya, sedikit pun gegarnya tidak mengganggu aktiviti malamnya. Hobinya suka mengusik orang pergi ke masjid dan surau di Kampung Sakan dah sebati. Setiap malam dia akan 'dress' ala-ala pocong, pontianak harum sundal malam, sundel bolong, jangan pandang belakang dan congkak semata-mata untuk melahirkan perasaan pobia kepada mangsa untuk ke masjid. Mekapnya berubah-ubah mengikut trend mangsa. Adakala dia berpakaian seperti hantu tampal cina dan kadang-kadang seperti drakula. Sekali-sekali sampai dekat kolah masjid dia mengusik.
Pernah beberapa kali pihak berkuasa termasuk JJK memberkasnya tetapi polis terpaksa melepaskannya kerana tidak terdapat apa-apa senjata padanya yang boleh mengancam nyawa mangsa. Memang lokap pun tak merasa dijejaknya.

Pak Ajib memang berbisa dengan sembangnya. Tak laku permainan dam aji yang cuba diusahakan Su Kun untuk menarik pelanggan. Belambak-lambak CD gusti di kedai dibuangnya. Astro pun dah tak sanggup ditanggung bil bulanannya. Ah Su terpaksa bergantung pada Pak Ajib untuk menarik pelanggan. Gaya persembahan di kedai Ah Su Kun tadi memang mengejutkan.
"Aku bergambar dengan Presiden AS"Terkejut beruk pelanggan apabila dia menunjukkan gambarnya ber 'camping' dengan Abraham Lincoln sambil menambah tujuan pertemuannnya untuk berbincang mengenai masalah Islamopobia.

No comments:

Post a Comment