VOCALIST

Monday, October 18, 2010

BAJET 007



Saban tahun kerajaan dipaksa memerah otak untuk bajet. Apa pun tampuk yang memegang kuasa dikerah memikir bagaimana untuk memuaskan semua terutama rakyat jelata. Namun tidak terlepas bagi rakyat berpersepsi dan bereaksi berbeza apabila dipersembahkan kepada mereka.


Bajet 2011 dibentang PM sebelum ni adalah 'trademark' biasa tampuk BN. Hiburannya nampak hampir sama dan tampil dengan mood yang berbeza. Ini adalah hidangan tahunan sama yang dinikmati rakyat setiap tahun sejak 5 Tun yang lalu.


'Produser' dilihat bijak membahagikan plot pembentangan kepada 3 mood penting. Strategi sinonim seperti ini di rangka untuk menyuntik elemen segar kepada rakyat.

Permulaan Indah Lagi Berbunga

Kerajaan terlebih dulu mengangkat imej positif negara melalui dengan pelbagai Pertumbuhan, kenaikan, perkembangan, jangkaan pelaburan asing dan pengukuhan matawang. Segala mengenai imej negara semuanya tunjuk peningkatan. Kadar pertumbuhan ekonomi kata PM daripada -11% pada 2009 meningkat sehingga 11 %. Nilai Mata Wang berbanding berkeadaan paling cantik sejak 2 dekad. Melainkan yang hebat-hebat sajalah imej negara dibawah pemerintahan BN ditonjolkan. Sehingga terlupa PM melapor kenaikan sepenting indeks rasuah dan kenaikan kemerosotan pelabur asing (FDI) yang me 'ranking' negara setaraf Myanmar dan kambodia .Boleh termuntah dibuatnya jika tak mampu mengawal metabolisma badan.

Drama Suspen dan Aksi Terkejut.

Kekayaan negara akan di 'faraid' kepada setiap portfolio kementerian. Semua dapat habuan masing-masing. Dipergunakan dana tadi untuk buat memacam projek dan program untuk rakyat seumpama MRT ( transit aliran kapasiti tinggi) dan latihan 1Malaysia. Suspen rakyat kemudian akan di kejutkan dengan projek mega bernilai 5 Bilion yang akan dikepalai PNB melalui pembinaan menara 100 tingkat. Bersedialah Malaysia Book Record memadamkan KLCC untuk diganti Warisan Merdeka sebagai Yang Paling Melayut (tinggi). Akan tersentuh hati rakyat dikala 'part' ni dibentang. Daya untuk menakluk KLCC pun belum jadi nyata, inikan pula untuk menawan 100 tingkat Warisan Merdeka. Bertepuk besar Pak Menteri apabila PM buat kejutan dengan aksi pembaziran yang menelan belanja ribuan juta ringgit.

Akhirnya Gembira terharu

Bahagian paling yang ditunggu rakyat. Segala bentuk insentif nikmatnya akan dirasa rakyat di sini. Rakyat bagaimanapun memberi tindak balas biasa bila PM umum pelbagai imbuhan dan faedah. Melihat pada indahnya 'intro' pembentangan seolah akan berakhir dengan kegembiraan . Pakat-pakatla menabung untuk kenaikan TOL 5 tahun lagi. Berapa lama sangat harga getah boleh bertahan. Adakah pemansuhan duti import pelbagai aksesori wanita terkesan kepada rakyat yang disasar?.Dah 2 tahun kakitangan awam menunggu bonus sebaliknya imbuhan tahunan saja yang mampu diberi atas keringat mereka. Jumlah RM 95 juta peruntukan akan terus membekas di hati rakyat. Adakah rakyat akan teruskan kesinambungan mimpinya dalam episod seterusnya.

Konflik dan Pembongkaran ( Versi Tambahan)

Biasanya Rakyat yang bijak akan dapat meneka dan menyelesaikan beberapa konflik yang membentuk jalan cerita. Dalam Bajet 2011 ini terdapat watak utama yang jelas mendapat manfaat besar melalui peruntukan bernilai RM 111 Juta. Bagaimana projek kabur yang di 'usaha' orang rumah PM ini boleh mendapat peruntukan begitu tinggi berbanding RM 95 juta untuk intensif rakyat. Apa kelayakan yang menghalalkannya menyentuh dana rakyat?. Semakin sumbang lakonan Bik Mama. Make-up dan karakternya semakin pudar dan longgar.

Rakyat semakin muak dan pobia. Bajet dilihat cukup untuk memberi sedikit keselesaan dan simpati kepada tampuk kuasa sekarang untuk bernafas sehinggalah ke akhir penggal. Rakyat mampu mengubah skrip biasa yang sudah menjadi 'akidah' BN selama puluhan dekad kebelakang jika tidak mahu kekekayaan negara disedut licin oleh kerabat mereka.






No comments:

Post a Comment