VOCALIST

Friday, October 29, 2010

FANTASTIKNYA AL-FATEH




SULTAN MUHAMMAD AL FATEH

PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN


Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN


Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN


Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali.
Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

KHAIRY DAN HUDAIBIYAH NYA


Terlebih dulu mari kita mengenal siapa Khairi Jamaluddin sebelum kita melihat manhaj (pendekatan) kononnya dipakai partinya untuk menjaga rakyat. Beliau seorang pemuda hitam manis yang beristerikan anak kepada mantan PM. Isterinya tidak dilihat menutup aurat walaupun tok wannya adalah ulama besar Tanah Melayu dulu. Bagaimanapun Khairy adalah Ketua Pemuda bagi Parti kerabat. Terlibat dalam skandal penjualan saham ECM Libra milik kerajaan. Beliau dituduh sebagai punca hilangnya majoriti 2/3 BN di Parlimen walaupun terpilih sebagai wakil di Parlimen Rembau. Kalau sekarang 1Rosmah, dulu Khairy Hadari la kiranya. Kemudian dia didapati bersalah atas tuduhan merasuah perwakilan.

Dalam Perhimpunan parti Kebangsaan Melayu di PWTC Khairy memaklumkan pendekatan yang Parti kerabat gunakan diambil contohnya dari manhaj Rasululullah SAW dalam Perjanjian Hudaibiyah. Bagaimana Rasulullah berlapang dada dengan komplen yang di buat wakil Quraisy Suhail terhadap penukaraan penggunaan 'Bismillahhirrahmanirrahim' dan label 'Rasulullah' kepada 'Bismikallahumma' dan 'Muhammad'..

Yang jelas manhaj Khairy dan Parti Kebangsaan nya lebih cenderong kepada wakil Quraisy..Penuh rasuah, degil tunjuk ajar, pakar sabotaj dan pakar konspirasi..pelik sungguh kerabat ni..Dimana kita sebagai muslim...

Friday, October 22, 2010

BUNUH DAN BUNUH DIRI

Sungguh bagai dikata, benar seperti disebut. Yb Bukit Gantang Ir Nizar berduet dengan Haji Mat Sabu Di Kg Tebok kemarin. Kata Nizar akidah kerabat sah bersandar kepada bunuh dan bunuh diri. Posisi terhimpit mungkinkan mereka menganut amalan dosa besar ni. Seperti terbayang di otak ketua nya "Biar berkecai tulang, bercerai badan dari nyawa, Putrajaya tetap kita pertahankan". Kecai dan cerai seolah-olah lanun dah sedia menyerang arah Selat Melaka. Kobar semangatnya umpama posisi pertahanan sudah hampir ke kubu terakhir. Takut bila rakyat mula nak kongsi harta di Putrajaya walau belum diumum tarikh pilihanraya.
Dulu lagi mereka dah mulakan usaha membunuh. Polis dah dikuda, mahkamah dah diperalat dan C4 akhirnya terpaksa di guna. Karakter, karier atau nyawa orang sekalipun sanggup dibunuh semata-mata selamatkan kuasa melayu kononnya.
Kali ni bunuh diri jadi plan akhir kerabat. Dah berkurun rakyat memangkah pemimpin mereka suka di kertas undi. Pasal apa nak kecut apabila disebut Putrajaya. Rakyat bukannya lanun yang hobinya memangkah dan memancung manusia. Begitu teruk mentaliti kerabat. Apabila difikir rakyat hendak membunuh, Lebih rela mereka menguburkan diri sendiri dan harta Putrajaya seperti legenda Qarun.
"Kalau hangpa kalah, kami menang 2/3..serah ja la kerajaan..tapi yang dulu dapat projek besaq-besaq, la kena la bukak kedai mi di simpang 3" Kata Abang Mat Sabu..

Monday, October 18, 2010

BAJET 007



Saban tahun kerajaan dipaksa memerah otak untuk bajet. Apa pun tampuk yang memegang kuasa dikerah memikir bagaimana untuk memuaskan semua terutama rakyat jelata. Namun tidak terlepas bagi rakyat berpersepsi dan bereaksi berbeza apabila dipersembahkan kepada mereka.


Bajet 2011 dibentang PM sebelum ni adalah 'trademark' biasa tampuk BN. Hiburannya nampak hampir sama dan tampil dengan mood yang berbeza. Ini adalah hidangan tahunan sama yang dinikmati rakyat setiap tahun sejak 5 Tun yang lalu.


'Produser' dilihat bijak membahagikan plot pembentangan kepada 3 mood penting. Strategi sinonim seperti ini di rangka untuk menyuntik elemen segar kepada rakyat.

Permulaan Indah Lagi Berbunga

Kerajaan terlebih dulu mengangkat imej positif negara melalui dengan pelbagai Pertumbuhan, kenaikan, perkembangan, jangkaan pelaburan asing dan pengukuhan matawang. Segala mengenai imej negara semuanya tunjuk peningkatan. Kadar pertumbuhan ekonomi kata PM daripada -11% pada 2009 meningkat sehingga 11 %. Nilai Mata Wang berbanding berkeadaan paling cantik sejak 2 dekad. Melainkan yang hebat-hebat sajalah imej negara dibawah pemerintahan BN ditonjolkan. Sehingga terlupa PM melapor kenaikan sepenting indeks rasuah dan kenaikan kemerosotan pelabur asing (FDI) yang me 'ranking' negara setaraf Myanmar dan kambodia .Boleh termuntah dibuatnya jika tak mampu mengawal metabolisma badan.

Drama Suspen dan Aksi Terkejut.

Kekayaan negara akan di 'faraid' kepada setiap portfolio kementerian. Semua dapat habuan masing-masing. Dipergunakan dana tadi untuk buat memacam projek dan program untuk rakyat seumpama MRT ( transit aliran kapasiti tinggi) dan latihan 1Malaysia. Suspen rakyat kemudian akan di kejutkan dengan projek mega bernilai 5 Bilion yang akan dikepalai PNB melalui pembinaan menara 100 tingkat. Bersedialah Malaysia Book Record memadamkan KLCC untuk diganti Warisan Merdeka sebagai Yang Paling Melayut (tinggi). Akan tersentuh hati rakyat dikala 'part' ni dibentang. Daya untuk menakluk KLCC pun belum jadi nyata, inikan pula untuk menawan 100 tingkat Warisan Merdeka. Bertepuk besar Pak Menteri apabila PM buat kejutan dengan aksi pembaziran yang menelan belanja ribuan juta ringgit.

Akhirnya Gembira terharu

Bahagian paling yang ditunggu rakyat. Segala bentuk insentif nikmatnya akan dirasa rakyat di sini. Rakyat bagaimanapun memberi tindak balas biasa bila PM umum pelbagai imbuhan dan faedah. Melihat pada indahnya 'intro' pembentangan seolah akan berakhir dengan kegembiraan . Pakat-pakatla menabung untuk kenaikan TOL 5 tahun lagi. Berapa lama sangat harga getah boleh bertahan. Adakah pemansuhan duti import pelbagai aksesori wanita terkesan kepada rakyat yang disasar?.Dah 2 tahun kakitangan awam menunggu bonus sebaliknya imbuhan tahunan saja yang mampu diberi atas keringat mereka. Jumlah RM 95 juta peruntukan akan terus membekas di hati rakyat. Adakah rakyat akan teruskan kesinambungan mimpinya dalam episod seterusnya.

Konflik dan Pembongkaran ( Versi Tambahan)

Biasanya Rakyat yang bijak akan dapat meneka dan menyelesaikan beberapa konflik yang membentuk jalan cerita. Dalam Bajet 2011 ini terdapat watak utama yang jelas mendapat manfaat besar melalui peruntukan bernilai RM 111 Juta. Bagaimana projek kabur yang di 'usaha' orang rumah PM ini boleh mendapat peruntukan begitu tinggi berbanding RM 95 juta untuk intensif rakyat. Apa kelayakan yang menghalalkannya menyentuh dana rakyat?. Semakin sumbang lakonan Bik Mama. Make-up dan karakternya semakin pudar dan longgar.

Rakyat semakin muak dan pobia. Bajet dilihat cukup untuk memberi sedikit keselesaan dan simpati kepada tampuk kuasa sekarang untuk bernafas sehinggalah ke akhir penggal. Rakyat mampu mengubah skrip biasa yang sudah menjadi 'akidah' BN selama puluhan dekad kebelakang jika tidak mahu kekekayaan negara disedut licin oleh kerabat mereka.






Monday, October 11, 2010

10.10.10 VERSI KAMI

Kalau ramai pakat berebut memilih 10.10.10 sebagai tarikh bersejarah, kami warga senduk tidak terkecuali untuk memilih yang seumpamanya. Tapi 10.10.10 kami nyata berbeza dengan semua orang. Kalau diwujudkan 'ranking' peringkat 1Malaysia, tidak mustahil kami akan membolot semua hadiah utama. Tidak perlu kami beria-ria memilih bulan sebagai lokasi. Cukup lah dicelah-celah pokok manggis dan rambutan.

Semangat berpasukan efektif

Dengan hanya satu mesyuarat tunggal di pertengahan Syawal bermodalkan kotiau sup, kami merealisasikan impian program 3 dalam 1 dengan jayanya. Keputusan sidang 'santai' di rumah Tuan Pengerusi seolah-olah adalah muktamad. Mandat yang diterima oleh jawatankuasa tiada bantahan. Bersedia untuk menerima menu dan tugasan.

Sambutan luar jangka

Apabila Pengerusi majlis umum semua tetamu boleh 'tibai' hidangan di gerai tersedia kira-kira jam 10 am, tetamu yang datang atau bercita-cita untuk mula menjamu selera jam 1 pm boleh lupakan impian tersebut. Enam menu yang disediakan penganjur 'setel' dalam 3 jam. Sebahagian petugas adalah antara 'mangsa' yang mempunyai hasrat murni tadi.

Kehadiran maksimum

Boleh dikatakan seluruh isi perut Kampung Senduk keluar beramai-ramai. Datang dengan berbagai disiplin termasuk jalan kaki, berbasikal, bertongkat dan berkenderaan. Pemuda kita saudara Azman sanggup turut serta berbekal semangat serta sokongan tongkat dan besi di paha kanannya. Sama keadaannya dengan 3 sekawan ni "Kita ni buleh makang banyak mana pung" bisik Makngah Hawa kepada Maklang Nah dan Makngah Besah " Buleh serenok ja la". 3 sahabat ni daya semangatnya hanya mampu di atas kerusi sahaja.

Keceriaan tergambar

Pelbagai lapisan penduduk masing-masing puas untuk menceritakan penyertaan mereka dalam setiap tentatif program. Seronok bergelar jaguh kampung, membawa pulang cabutan bertuah, membuat aneka persembahan untuk warga kariah, membantu tugas penganjuran dan mengekalkan kemeriahan walaupun sekadar mencipta keriuhan.

Rata-rata petugas dan tetamu akui edisi kali ini adalah terbaik pernah dianjurkan. Biarpun tergadai penat dan keringat, kepuasan dimiliki tetap menjadi ingatan. Walaupun lokasinya di perkarangan rumah Pakcik Awang dan Paknjang Mat Ali tapi layak bagi ahli kariah menumpang kejayaan sambutan umpama kejayaan peribadi milik mereka.

Bagi pihak Sidang Senduk mengucapkan jutaan terima kasih kepada hadirin yang memaksa diri memeriahkan ruang kedatangan. Terima kasih buat pasukan perubatan Taiping Medical Centre (TMC) atas kesudian mereka mengusahakan perkhidmatan percuma kepada orang ramai. Terima kasih atas kesudian YB Zainuddin dan YDP Ustaz Nordin Jaafar diiring rombongan Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang. Juga kepada MTI yang mengizinkan jagoan silat mereka beraksi walau diatas pasir berbatu dan kumpulan nasyid untuk persembahan istimewa. Terima kasih juga pada hiburan nasyid yang di persenbah kanak-kanak dari KAFA Batu 8 yang kini memegang gelaran juara baru Nasyid peringkat Negeri Perak 2010. Dan terima kasih atas komitmen bertungkus lumus jawatankuasa penganjur dan geng-geng Sidang Senduk selama 2 hari berturut semata-mata bagi memastikan program bergerak lancar.

"Banner yang kita buat tu ada tarikh ka?" Pengerusi bagai membayangkan edisi sambutan untuk tahun seterusnya apabila maklumkan respon baik dari YB dan beberapa tetamu luar akan semangat kerjasama warga kampung Senduk. Itulah Semangat Warga Senduk...Cerita semangat orang kampung aku..



Wednesday, October 6, 2010

CEREKA DONGENG RETORIK ISLAMOPOBIA

Sana di kantin sekolah kebangsaan orang berlagu macam-macam, kat kedai kopi Ah Su Kun dah riuh.."Aku pun ada suara jugak" Tinggi 'pitching' vokal Pak Ajib kali ni. Nama Pak Ajib ni dah sinonim dikalangan penduduk kampung Sakan. Lebih-lebih lagi kat kedai kopi Ah Su Kun. Semua penagih kopi dikedai tu suka berkunjung ke situ kadang semata-mata untuk berhibur dengan celoteh Pak Ajib. Bagi pelanggan tadi biar mereka habis bergelen-gelen kopi pun janji maksimum kepuasan mereka. Ah Su Kun tersengih sambil memikir akaun debitnya hasil berpusuan pengunjung yang mendatang.

Baginya biar rugi secawan dua kopi atau sepinggan koey tiaw yang dilabur pada Pak Ajib tadi asalkan pulangannya berlipat ganda. Tak kisah baginya kalau Pak Ajib nak beretorik dengan apa gaya sekalipun dan tiada istilah untuk pihak berkuasa untuk mengepung premis persendiriannya selagi tak mengancam keselamatan awam. Cuma harapan Pak Ajib semoga senantiasalah mengangkat-angkat imejnya di mata penduduk kampung Sakan.

Latar belakang ilmu agama Pak Ajib tidaklah mengagumkan kalau nak dilihat pada sijil nya. Dia habiskan persekolahan rendah dan menengahnya di sekolah kebangsaan kampung Sakan. Di sekolah kebangsaan subjek Agama Islam hanya dua kali seminggu semacam jadual yang diedar oleh guru kelasnya. Itu pun ustaz terpaksa 'shortcut' dua tiga bab pasal takut tak sempat habiskan satu buku sebelum exam. Kelas agama petang pulak dimansuhkan pada zamannya akibat pemberhentian beramai-ramai guru apabila ditarik bantuan kepada sekolah agama rakyat. Pemerintah pada waktu itu cukup pobia kepada golongan cerdik agama bila sampai ke akar umbi bantuan tersebut tersekat. Tapi jangan disangka begitu sahaja dibiarkan anak dan isteri terabai Islam nya. Sehingga kini isterinya masih memohon 'permit' penangguhan dulu penyempurnaan dek kerana belum sesuai dengan tuntutan fesyen sementelah anak gadisnya masih pobia digelar ustazah oleh teman kelasnya.

Walaupun macamanapun, Pak Ajib dikurniakan bakat istimewa dalam dunia persilatan. Lebih menambahkan istimewanya,bagaimana begitu mudah dia ditabalkan tali pinggang walaupun bunga gerak masih sumbang. Beberapa sumber memberitahu beliau rapat dengan anak gadis mahaguru yang saiz XXL tu. Beliau bagaimanapun menolak tawaran istimewa untuk mengahwini anak gadis mahaguru tadi walaupun sekarang sah beliau menjadi suami keduanya. Mahaguru agung adalah pangkat terkininya yang bakal menyanggah sesiapa saja yang berani untuk persoalkan darah melayunya.

Walaupun fenomena Mawi dan Hip-hop begitu terasa gegaran pada zaman remajanya, sedikit pun gegarnya tidak mengganggu aktiviti malamnya. Hobinya suka mengusik orang pergi ke masjid dan surau di Kampung Sakan dah sebati. Setiap malam dia akan 'dress' ala-ala pocong, pontianak harum sundal malam, sundel bolong, jangan pandang belakang dan congkak semata-mata untuk melahirkan perasaan pobia kepada mangsa untuk ke masjid. Mekapnya berubah-ubah mengikut trend mangsa. Adakala dia berpakaian seperti hantu tampal cina dan kadang-kadang seperti drakula. Sekali-sekali sampai dekat kolah masjid dia mengusik.
Pernah beberapa kali pihak berkuasa termasuk JJK memberkasnya tetapi polis terpaksa melepaskannya kerana tidak terdapat apa-apa senjata padanya yang boleh mengancam nyawa mangsa. Memang lokap pun tak merasa dijejaknya.

Pak Ajib memang berbisa dengan sembangnya. Tak laku permainan dam aji yang cuba diusahakan Su Kun untuk menarik pelanggan. Belambak-lambak CD gusti di kedai dibuangnya. Astro pun dah tak sanggup ditanggung bil bulanannya. Ah Su terpaksa bergantung pada Pak Ajib untuk menarik pelanggan. Gaya persembahan di kedai Ah Su Kun tadi memang mengejutkan.
"Aku bergambar dengan Presiden AS"Terkejut beruk pelanggan apabila dia menunjukkan gambarnya ber 'camping' dengan Abraham Lincoln sambil menambah tujuan pertemuannnya untuk berbincang mengenai masalah Islamopobia.