VOCALIST
Thursday, August 12, 2010
TUNTUT ILMU
Bayangkan Dunia ini beroperasi dengan isi penghuni tanpa ilmu. Anugerah akal perlu digunakan manusia untuk menilai antara hak dan batil.
Darjat manusia sebagai khalifah menghendaki dia memenuhi tuntutan ilmu bagi menguruskan bumi dengan adil.
Disinilah hubungkait manusia kepada tuntutan ilmu.
Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :
"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."
(Riwayat Ibnu Majah)
Bayangkan akal kurniaan Allah digunakan bukan pada tempatnya.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :
"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Perilaku dan bahasa seseorang insan yang didasar ilmu wahyu jelas tergambar bersama imej baiknya. Dan begitulah juga gambaran sesatnya pengamal ilmu yang songsang. Beginilah status ilmuan sepatutnya dinilai.
Peranan ilmu disini sangat penting sebagai pemimpin akal manusia. Umat manusia juga digalak memanjangkan ilmu antara mereka semaksimum mungkin supaya ilmu tak berpusing sendirian.
Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :
"Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya."
(Riwayat Ibnu Majah)
Ilmuan seharusnya patut berbangga dengan status yang ada pada mereka dan bagaimana ganjaran diperolehi.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya :
"Malaikat membentangkan sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini)."
(Riwayat Ibnu 'Asakir)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment