Kali ni kami ambil alih pulak JKR yang takleh harap.Dah sambut ulangtahun pun papan tanda projek turap jalan di kampung tertegak. Dok 'rolling' duit sama-sama kroni ja.
Sebagai ahli Sidang Senduk, kami telah ditarbiah begini generasi ke generasil. Ni dah masuk kali berkali-kali kalian kami menampung sendiri, modal sendiri dan kederat sendiri.
Dengan tidak mempedulikan apa kejadahnya penyelarasan subsidi, lepas terawih kami beraksi. Dengan 'pikup' hijau lembut comel Us Mat Salleh dipinjam untuk angkut simen, pasir, batu kecik dan segala kemudahan untuk kerja. Pukul 11 PM la lebihkurang dan barangkali tok ketua dan geng JKKK nya dah lena diulit mimpi 1Malaysia. Sungai mulanya jadi sponsor pasir utama. Yaa..!!curi pasir..
Bermula dengan tampungan yang pertama area rumah arwah Badrum dan kemudian area ruma Arwah Haji Rahim. Bersenjatakan 3 skop ( satu tak berhulu) dan 1 cangkul Sidang Senduk mula bersilat. Sedikit terhegeh-hegeh lagak permulaan sehinggalah Abg Mat Lazim sudi menawarkan 'pek ho' nya dengan ekstra pasir, simen dan batu. Baru kemas sikit unit kami untuk bergerak. Kami terus maju-maju dan maju.
Pengarah projek merangkap ketua kampung yang sah mengundur diri ketika unit kami tiba di perkarangan rumah beliau, Aku mengerti tanggungjawab beratnya esok hari (bukan ayat kroni).
Tiba di perkarangan rumah Pakcik Mansor, kami sedar sumber semakin susut. Sekali Abang Lazim Menggandakan Pasir dan batu dalm bentuk gelombang kedua. Terima kasih sekali lagi. Juga terimakasih pada sumber simen Abang Pie.
Projek turap kami berakhir di rumah Parid dan Pakcik Ken. Dan jamuan makan selepas tu ditaja oleh Bedo Malik di Restoran Mat Siam.
Jam 2 Am, Semua balik tidorla..Terima Kasih kepada sponsor-sponsor utama yang Allah sajalah mampu membalas gandaannya pada barakah Ramadan ni.
Sandiwara cinta semusim
No comments:
Post a Comment