VOCALIST

Thursday, August 26, 2010

MERDEKA LARA

....Merdeka!..Permit orang tuaku sudah digenggam, Petang aku dah gegas ke Dataran Merdeka booking tempat. Dari situ kumandang azan dari masjid jamek jelas.Mak aku pernah 'nasihat' sekali-sekali tak solat takpa, aku budak lagi tapi aku tak suka di gelar budak. Sekali-sekali bersukaria dengan kawan pun tiada salahnya. Merdeka sungguhla bila boleh keluar terloncat-loncat kat Dataran Merdeka sambil mengikuti tempo rap 'anak ayam' dendangan Tu Phat. Lepas ni aku nak boncengkan kawanku Hawa 'minum-minum' dan 'jalan-jalan'...Begini merdeka anak muda. Tiada makna apa.

Betapa susah orang dahulu mengekal kemerdekaan. Portugis dan Belanda berkali-kali mencuba. Sudah berapa rakyat mengorbankan nyawa pertahan maruah Kesultanan Melayu Melaka yang jatuh dijulang akhirnya pada 1511.

Susahnya pejuang terdahulu berbasikal untuk dedahkan kepada rakyat bahawa kita perlu memerintah dan mengurus sendiri tanah kelahiran tanpa pengaruh asing. Mengurus kekayaan negara dan mengagihkan sendiri untuk rakyat. Betapa Ibrahim Yaakob,Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Helmi, Pak Sako, dan Samsiah Fakeh tidak lena memikir nasib rakyat. Kemerdekaan yang mereka impikan pada rakyat telah dimusnahkan oleh rancangan jahat kerabat UMNO dan Union Jack waktu itu. Ahh..memang begitu tumbuhnya 'perjuangan' UMNO dengan dasar sabotaj jadi isi dagingnyanya.
Adakah anak muda tau kemerdekaan yang dibanggai hasil komplot British dengan kerabat-kerabat melayu?Melalui perjanjian 'menang-menang' dengan Peter Reid sebenarnya kita bukan saja terlepas kemerdekaan malah segala kekayaan negara telah terjual.

Agenda zionis telah lama terlaksana. Bagaimana nasib Palestin, begitulah nasib kita cuma mereka lebih baik, berbangga dengan Intifadoh tapi kita dok merapu lagi..Dok kena tipu lagi.. Khayal dibelenggu hiburan melampau non-stop ciptaan zionis.

Kalau pejuang diatas tadi terserempak dengan gelagat hanyut anak melayu Islam kini pasti tak dapat dibayang kecewa remuknya melihat usaha mereka dipermainkan. Dan bertambah renyuk hati mereka bila memintas pula gerombolan kerabat yang tenggelam dengan kemewahan yang dijanjikan penjajah kepada mereka. Walau lebih 50 tahun berendam dengan kekayaan, tamak mereka masih lagi subur.Seolah-seolah anak muda tadi melaung merdeka hanya untuk kerabat gerombolan..

No comments:

Post a Comment