VOCALIST

Saturday, August 28, 2010

DOA USTAZ ZAKARIA

"Pasal apa aku tak kenal Ustaz ni" Ada member kerja tanya. Dia ngajar aku dulu. Tingkatan 5 aku belajar Syariah dengan dia, dan berguru Usul Fiqh masa Form 6. Dia memang specialist bab Fiqh ni. Tapi aku syok kalau disentuhnya tajuk nikah kawin. Macam-macam di 'imagine' nya kami budak bujang ni.'Dinasti' Haji Ahmad (ayah Ustaz Zakaria) sapa tak kenal. Keturunan Ulama. Memang keluarga hebat. Banglo kayu yang sinonim dengan surau Sg. Petai. Surau yang satu dunia tau ilmu agama tersebar kat sini. Ingat lagi berdua dengan ayah aku dengar ijtimak kat sini. Lepas kuliah dijamu hadirin menu klasik tempatan berlatar nasi, daging rebus cicah air asam. Kat sinila aku mintak kat ayah aku beli buku kulit hijau Sejarah Nabi Muhammad SAW. Sumber rujuk pertama aku.

Apa tangkal la Kerabat pakai ni sampai Ustaz Zakaria pun tak teringin doa kat depa. Aku rasa dalam puluh tahun kebelakang ni dah belambak ulamak doa kan hidayah untuk Kerabat ni tapi tetap tak 'lut'. Berapa punya kebal la UMNO ni. Apa dak nya, berbeban-beban rasuah. Berbuncit-buncit dah makan duit seleweng. Dulu pandai mencuri, la ni dah terer merompak. Sahabat Rasulullah berbangga dengan kesan calar pedang, kerabat dok berbangga dengan seleweng dan rasuah.

Ketua Menteri Penang tu memang patut di doa hidayah untuk dia. Sahur sudah, bukak posa dah. berarak Maulid dah. Tilawah Quran pun dah pergi dengar. Pastu Bercita-cita bermodelkan Khalifah Umar Abd Aziz pulak tu yang macam mustahil dibuat Kerabat. Bak kata, apa Islam Kerabat dah buat, senafas ja KM Penang ni buat. ISA pernah memenjarakan dia ni pasal bela budak pompuan melayu Islam atas kes rogol babitkan Ketua Menteri Melaka tahun 1994.

“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahal atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).

Betul la ada orang kata, Pasal PAS la buat UMNO ni sesat. Dalam ceramah PAS asyik dok kata UMNO sesat. Tengok apa jadi sekarang, jadi doa. Betul-betul UMNO ni dah sesat. Dah la sesat, allergic pulak kepada kebaikan.

Thursday, August 26, 2010

MERDEKA LARA

....Merdeka!..Permit orang tuaku sudah digenggam, Petang aku dah gegas ke Dataran Merdeka booking tempat. Dari situ kumandang azan dari masjid jamek jelas.Mak aku pernah 'nasihat' sekali-sekali tak solat takpa, aku budak lagi tapi aku tak suka di gelar budak. Sekali-sekali bersukaria dengan kawan pun tiada salahnya. Merdeka sungguhla bila boleh keluar terloncat-loncat kat Dataran Merdeka sambil mengikuti tempo rap 'anak ayam' dendangan Tu Phat. Lepas ni aku nak boncengkan kawanku Hawa 'minum-minum' dan 'jalan-jalan'...Begini merdeka anak muda. Tiada makna apa.

Betapa susah orang dahulu mengekal kemerdekaan. Portugis dan Belanda berkali-kali mencuba. Sudah berapa rakyat mengorbankan nyawa pertahan maruah Kesultanan Melayu Melaka yang jatuh dijulang akhirnya pada 1511.

Susahnya pejuang terdahulu berbasikal untuk dedahkan kepada rakyat bahawa kita perlu memerintah dan mengurus sendiri tanah kelahiran tanpa pengaruh asing. Mengurus kekayaan negara dan mengagihkan sendiri untuk rakyat. Betapa Ibrahim Yaakob,Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Helmi, Pak Sako, dan Samsiah Fakeh tidak lena memikir nasib rakyat. Kemerdekaan yang mereka impikan pada rakyat telah dimusnahkan oleh rancangan jahat kerabat UMNO dan Union Jack waktu itu. Ahh..memang begitu tumbuhnya 'perjuangan' UMNO dengan dasar sabotaj jadi isi dagingnyanya.
Adakah anak muda tau kemerdekaan yang dibanggai hasil komplot British dengan kerabat-kerabat melayu?Melalui perjanjian 'menang-menang' dengan Peter Reid sebenarnya kita bukan saja terlepas kemerdekaan malah segala kekayaan negara telah terjual.

Agenda zionis telah lama terlaksana. Bagaimana nasib Palestin, begitulah nasib kita cuma mereka lebih baik, berbangga dengan Intifadoh tapi kita dok merapu lagi..Dok kena tipu lagi.. Khayal dibelenggu hiburan melampau non-stop ciptaan zionis.

Kalau pejuang diatas tadi terserempak dengan gelagat hanyut anak melayu Islam kini pasti tak dapat dibayang kecewa remuknya melihat usaha mereka dipermainkan. Dan bertambah renyuk hati mereka bila memintas pula gerombolan kerabat yang tenggelam dengan kemewahan yang dijanjikan penjajah kepada mereka. Walau lebih 50 tahun berendam dengan kekayaan, tamak mereka masih lagi subur.Seolah-seolah anak muda tadi melaung merdeka hanya untuk kerabat gerombolan..

Monday, August 23, 2010

JABATAN KERJA KERANA RAKYAT : SIDANG SENDUK

Kali ni kami ambil alih pulak JKR yang takleh harap.Dah sambut ulangtahun pun papan tanda projek turap jalan di kampung tertegak. Dok 'rolling' duit sama-sama kroni ja.
Sebagai ahli Sidang Senduk, kami telah ditarbiah begini generasi ke generasil. Ni dah masuk kali berkali-kali kalian kami menampung sendiri, modal sendiri dan kederat sendiri.

Dengan tidak mempedulikan apa kejadahnya penyelarasan subsidi, lepas terawih kami beraksi. Dengan 'pikup' hijau lembut comel Us Mat Salleh dipinjam untuk angkut simen, pasir, batu kecik dan segala kemudahan untuk kerja. Pukul 11 PM la lebihkurang dan barangkali tok ketua dan geng JKKK nya dah lena diulit mimpi 1Malaysia. Sungai mulanya jadi sponsor pasir utama. Yaa..!!curi pasir..

Bermula dengan tampungan yang pertama area rumah arwah Badrum dan kemudian area ruma Arwah Haji Rahim. Bersenjatakan 3 skop ( satu tak berhulu) dan 1 cangkul Sidang Senduk mula bersilat. Sedikit terhegeh-hegeh lagak permulaan sehinggalah Abg Mat Lazim sudi menawarkan 'pek ho' nya dengan ekstra pasir, simen dan batu. Baru kemas sikit unit kami untuk bergerak. Kami terus maju-maju dan maju.

Pengarah projek merangkap ketua kampung yang sah mengundur diri ketika unit kami tiba di perkarangan rumah beliau, Aku mengerti tanggungjawab beratnya esok hari (bukan ayat kroni).
Tiba di perkarangan rumah Pakcik Mansor, kami sedar sumber semakin susut. Sekali Abang Lazim Menggandakan Pasir dan batu dalm bentuk gelombang kedua. Terima kasih sekali lagi. Juga terimakasih pada sumber simen Abang Pie.
Projek turap kami berakhir di rumah Parid dan Pakcik Ken. Dan jamuan makan selepas tu ditaja oleh Bedo Malik di Restoran Mat Siam.
Jam 2 Am, Semua balik tidorla..Terima Kasih kepada sponsor-sponsor utama yang Allah sajalah mampu membalas gandaannya pada barakah Ramadan ni.
Sandiwara cinta semusim

KHUTBAH RAMADHON RASULULLAH SAW : MAKSUD MAFHUM NYA


Wahai manusia!

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah!

Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

Wahai manusia!

Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”

Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”

Wahai manusia!

Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kai-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

Wahai manusia!

sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”

“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”

“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”

“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”

Para sahabat berkata,”Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw,”Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”

“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”

“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”

“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya . Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah).

Thursday, August 12, 2010

PENYAKIT KELAMIN ATAU PENYAKIT MORAL

Bakteria Gram negative diplococci, Neisseria gonorrhoeae..Bakteria ini boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral, walaupun individu yang berjangkit tidak menunjukkan sebarang gejala. Penyakit ini ditujukan dan dirisikokan kepada penzina melampau, seks bebas, melanggan pelacur dan homoseksual. Kategori tak bermoral, beretika dan beragama.

Penyakit gonorea ini dijangkiti melalui hubungan kelamin dan risiko jangkitan daripada satu hubungan kelamin dengan seorang yang dijangkiti gonorea ialah antara 30 dan 70 peratus. Bayi juga boleh dijangkiti apabila dilahirkan oleh seorang ibu yang berpenyakit gonorea. Kira-kira 30 peratus daripada bayi ini akan mendapat permasalahan sakit mata (bertahi mata) pada minggu pertama selepas dilahirkan.

Tanda bagi lelaki

Keluar cairan (discharge) daripada saluran kencing lelaki. Lazimnya keadaan ini berlaku 3 hingga 10 hari selepas bersetubuh dengan wanita yang berpenyakit gonorea. Kadangkala pesakit berasa kesakitan sewaktu membuang air kecil. Sebahagian kecil (15 peratus) daripada lelaki tidak mempunyai sebarang tanda jangkitan. Perlu diingatkan baha

wa lelaki dan wanita berpenyakit gonorea yang belum dirawat boleh merebakkan penyakit ini kepada wanita yang disetubuhi termasuklah isterinya sendiri.

Tanda bagi wanita

Tidak ada sebarang tanda yang khusus. Cairan yang keluar daripada faraj perlu dipastikan mengandungi organisma N gonorrhoeae sebelum membuat diagnosa(pengesahan makmal kaji kuman) dan memberikan rawatannya.

Sejarah hubungan kelamin yang dilakukan oleh seseorang yang dijangkiti penyakit gonorea perlu dijejaki supaya penyakit dapat dirawat dan dihalang daripada

merebak. Apa yang lebih penting ialah untuk mengamalkan gaya hidup sihat, iaitu tidak mengadakan hubungan seks secara haram dan rambang.


Bukan ini jalan penyelesaian

Syor Agama


Langkah dianjurkan oleh Islam ialah langkah mencegah kerana ia jauh lebih baik daripada usaha memperbaiki atau mengatasi masalah yang timbul akibat gejala sosial ini. Marilah kita renungkan dan ambil pengajaran daripada hadis dikemukakan.

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah yang bermaksud:

Sabda Rasullulah saw: "Hai golongan Muhajirin! Ada lima perkara jika kamu ditimpa atau ia berlaku di lingkungan kamu - saya berlindung kepada Allah apabila hal itu wujud di antara kamu. Apabila pada satu kaum bercabul perzinaan sampai mereka melakukannya secara terang- terangan, maka mereka akan diserang oleh penyakit yang belum pernah dialami nenek moyang mereka."

"Apabila mereka mengurangi timbangan dan takaran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman daripada pihak berkuasa.

"Setiap mereka enggan membayar zakat harta mereka, mereka akan terhalang beroleh hujan dari langit dan jika tidaklah kerana haiwan ternak, tidaklah mereka akan pernah diberi hujan.

"Sekiranya setiap mereka melanggar janji Allah dan janji Rasul-Nya, mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain yang akan merampas sebahagian kekayaan mereka dan selama pemimpin mereka tidak menjalankan hukum yang ada dalam Kitabullah, maka saling sengketa akan berkobar di antara mereka."

Dengan pengalaman aku sendiri seorang budak umur sekolah menengah telah di uji positive untuk penyakit ni. Mengaku telah berkali-berkali melanggan pelacur di premis area bandar. Ibubapanya masih lagi belum mengetahui aktiviti gelapnya. Bayangkan begitu rendah tahap moral muda-mudi sekarang hasil 'didik' pemerintah mereka. Allah dan Rasul SAW sebenarnya terlebih dahulu memberi bayangan keadaan umat akhir zaman.


TUNTUT ILMU


Bayangkan Dunia ini beroperasi dengan isi penghuni tanpa ilmu. Anugerah akal perlu digunakan manusia untuk menilai antara hak dan batil.
Darjat manusia sebagai khalifah menghendaki dia memenuhi tuntutan ilmu bagi menguruskan bumi dengan adil.
Disinilah hubungkait manusia kepada tuntutan ilmu.

Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Menuntut Ilmu adalah fardhu kepada setiap orang Islam, dan meletakkan ilmu kepada yang bukan ahlinya tidak ubah seperti menggantungkan permata, mutiara dan emas kepada seekor babi."

(Riwayat Ibnu Majah)

Bayangkan akal kurniaan Allah digunakan bukan pada tempatnya.
Baginda Rasulullah s.a.w bersabda dan maksudnya :

"Sekiranya Allah menghendaki kebaikan buat seseorang, nescaya Dia akan memberi kefahaman tentang Agama kepada orang tersebut."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Perilaku dan bahasa seseorang insan yang didasar ilmu wahyu jelas tergambar bersama imej baiknya. Dan begitulah juga gambaran sesatnya pengamal ilmu yang songsang. Beginilah status ilmuan sepatutnya dinilai.


Peranan ilmu disini sangat penting sebagai pemimpin akal manusia. Umat manusia juga digalak memanjangkan ilmu antara mereka semaksimum mungkin supaya ilmu tak berpusing sendirian.
Rasulullah s.a.w. bersabda dan maksudnya :

"Sedekah yang paling afdal ialah apabila seseorang muslim yang belajar sesuatu ilmu dari saudara muslimnya, kemudian ia mengajarkan ilmunya itu kepada saudara muslimnya."

(Riwayat Ibnu Majah)

Ilmuan seharusnya patut berbangga dengan status yang ada pada mereka dan bagaimana ganjaran diperolehi.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dan maksudnya :

"Malaikat membentangkan sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana ia gembira dengan apa yang diperbuatnya (menuntut ilmu ini)."

(Riwayat Ibnu 'Asakir)