VOCALIST

Friday, January 15, 2010

ORKESTRA KERA BAT SEBELAH SANA

Pagi tadi dok sambil-sambil istirehat kat Lab, aku bukak la Harakah Daily. Tengok video Tok Guru Nik Aziz. Satu pasal isu serang gereja dan lagi satu masa kat konvo PR. Tah la.. tiba-tiba jiwa aku disentuh bila Tok Guru bercerita tentang Sahifah Madinah yang agung beserta bagaimana cara Rasulullah SAW menghadapi tekanan puak Yahudi Laknatullah (puak yang takkan berubah ni). Apa yang Nabi SAW buat penuh bijaksana dan berhikmah. aku dapat imagine betapa hip nya mukjizat Nabi SAW ni.
Aku pun tabik jugak kat Tok Guru pasal berjaya tackle orang-orang macam Kit Siang dan Karpal Singh.

Dan Khatib khutbah Jumaat tadi ingatkan aku dan jemaah supaya tingkat ilmu agama terutama kepada bapak-bapak. Wariskan kepada isteri dan anak-anak didikan sempurna.

Sebagaimana ingatan Allah SWT dalam ayat :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.(QS. At Tahriim: 8)

Bila aku memikirkan kebenaran yang Tok Guru kata, dapatla aku merumuskan bahawa sepanjang Januari, apa isu yang berlaku adalah lakonan semata-mata umpama babak drama sedih yang menggelikan hati..
Dan disinilah aku dapat membezakan antara orang sebelah sini dan kerabat sebelah sana.





orkestra tak sepatutnya dilawakkan
geng gerombolan

No comments:

Post a Comment