VOCALIST

Wednesday, January 20, 2010

THE GIFT

18.01.2010 Isnin 2 Safar 1431


17.20 - Dengan dress kaler pink sedondon, tu lah kali terakhir aku lihat susuk tubuh isteri sebelum dia dipanggil staff nurse transfer ke Labour Room dari wad 2.. Dah ada tanda jelas untuk bersalin.
Aku ke surau kemudian untuk solat asar..Doa apa-apa lebih kurang.
lepas tu aku masih ada area wad, jenguk-jenguk kat padang bola sekali-sekali...petang-petang staf hospital main situ (ada 2-3 orang aku cam)

19.30 - dah masuk waktu maghrib, dah 2 safar maknanya..aku pi surau tu jugak, solo, tak hidup pun jemaah..balik tu aku lepak kat ruang menunggu untuk waris, kerusi depan kaunter pendaftaran sampai la solat isyak. Misi akan panggil waris apabila sesuatu berlaku..kalau dah bersalin la..

21.30 - Balik solat Isyak aku tengok nama isteri aku kekal kat board tepi kaunter..dak lagi kot..kata dalam hati..aku teruskan penantian.

23.45 - Lagi 15 min maknanya hari lahir bakal anakku akan bertukar sekali lg..bila 15 min dah pergi, perut dah lapo balik..aku start kereta dan makan kat area railway belakang hospital..order nasi goreng kampung telur dadar..aku bayar duit makan dengan duit sebotol madu sekali yang ada jual kat restoran tu..

19-01-2010 Selasa 3 Safar 1431

01.20 - ..Nor Azrina..jelas aku dengar vokal misi tu..nama isteri aku masih tak dipanggil..aku tenang dan badan aku mula rasa letih, melelong semacam..aku pi kat bawah pokok, bukak notebook..





03.00 - tolong bagitau dia saya masih tunggu kat luar..bagitau aku pada staff kaunter tu,dah tinggal nama dia ja yang tinggal kat board..aku masih positif dan tidak suka mengganggu kerja staff bertugas..aku pun pernah ada di tempat seumpama tu..aku cuba baring atas bangku teres tu dan perasan 2-3 biji ambulan hantar patient ke situ..tak berapa selesa dan tiba-tiba ternampak kereta aku..


05.50 - Bila aku terjaga, terus aku ke depan board senarai tu..dia boleh tahan lagi kot, try jugak untuk pujuk diri..aku terus ke surau buat solat hajat sebelum subuh sampai..

06.15 - Isteri encik dah bersalin pukul 3.45 dan sekarang duduk di wad semula, anak encik kami hantar wad D3..Anak encik ada masalah pernafasan..mendatar penjelasan dari Jururawat Masyarakat bertugas..











Aku tetap bersyukur atas nikmat pemberian Mu..

No comments:

Post a Comment