VOCALIST

Sunday, January 31, 2010

KALIMAH ALLAH SATU JAWAPAN

Aku bukan nak bagi sinopsis filem P. Ramlee Antara dua Darjat dan kalau aku bagi pun satgi ada pulak orang bagi sinopsis kat aku..Isu kalimah Allah,aku cuma nak ulas balik sikit saja komentar 2 ulama ulung Malaysia ni yang mempunyai darjat yang sama (taraf ilmu) tapi berlainan pendapat..Dr Harun Din dan Tok Guru Nik Abd Aziz..

Sebelum tu 1Malaysia berlapang dada dulu dan akuilah tahap Ilmu kedua-dua ulama ni..Betapa mudahnya kita mengaku keIslaman kita dan bagaimana mudahnya kita letak Islam sebagai pegangan kita, kita juga kena jadikan pendapat kedua-dua tokoh ini sebagai sumber..Hampir pasti kera bat tak setuju dakwaan aku..

Dr Harun Din berpendapat Penggunaan kalimah Allah pada individu selain dari orang Islam adalah bertentangan bersandarkan hujah "bagi kamu agama kamu" dari Surah AlKafirun..

Tok Guru Nik Aziz pulak nyatakan yang penggunaan kalimah Allah meliputi semua makhluk alam bersumber surah AlFatihah " Tuhan sekalian alam "..

Kedua-kedua Ulama ini sahkan pandangan mereka berbeza dalam isu ni..tapi walaupun berbeza, pada pandangan aku dan kita semua umat Islam Malaysia mesti mempunyai jawapan yang sepatutnya sama..iaitu kedua-dua matlamat ulama ini sebenarnya sama dari segi keikhlasan dalam perjuangkan Islam di Bumi Malaysia ni..Dan inilah jawapannya..

Hadis untuk renungan kita semua..
Baginda Rasulullah SAW ada berpesan kepada Saidina Ali Bin Abi Talib yang bermaksud : Wahai Ali..jika sekiranya berlalu 40 hari di kalangan orang-orang Islam dan mereka tidak duduk (secara langsung) dengan para alim ulama (menadah kitab),maka mereka akan ditimpakan oleh Allah dengan dua implikasi..pertama, hati mereka menjadi keras dan kedua, mereka berani (terjebak) melakukan dosa-dosa besar..







Tok Guru kata ni pun majlis Ilmu..

No comments:

Post a Comment