Maka tersebutlah kisah segala bana jentera kerajaan habis disesah Sang pemerintah bagi misi gagalkan hasrat pasukan bergelar BERSIH. TV baru, TV buruk, Radio baru, Radio buruk, paper baru dan paper lama tak jemu-jemu memutar siaran dan mencetak perkhabaran keji buat BERSIH. Mereka 'trained' rakyat supaya mesti bersangka kotor.
Pihak pemerintah memula langkah dengan mengHARAMkan segala kerja BERSIH. Baju, seluar, mafla, sepanduk termasuk ceramah dah di'fatwa' haram. Hasilnya beberapa tangkapan telah dibuat dan ceramah yang Pro-Bersih disekat sehingga sanggup gunakan perintah mahkamah.
Arakian tertangkaplah beberapa orang yang kononnya cuba berlagak ala-Komunis Chin Peng dengan penemuan beberapa helai baju berwajah 'otai-otai' pimpinan Parti Komunis Malaya. Komunis ni dikata MOU pulak dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Sosialis (PSM) jadi komunis 'terkejut' dan bakal menyertai BERSIH. Menteri KDN semakin mengeras "Ini Anasir Subversif!! (kegiatan haram yang secara rahsianya teringin mengguling kerajaan secara tidak demokratik)". BERSIH juga turut mengeras.
Komunis tak cukup hebat. Polis pulak telah menemui aneka senjata termasuk parang, pisau dan yang paling 'terror' ialah Bom Molotov. Baju BERSIH turut tersangkut. Ni nak merusuh atau demonstrasi aman? Malaysia semakin terancam. Semakin panas..
Oleh sebab merasa terancam, khatib-khatib sekitar KL 'terpaksa' mengancam jemaah Solat Jumaat supaya elakkan BERSIH. "Muslimin sekalian, jauhilah kamu semua dari Himpunan Haram BERSIH". Maka dikhabarkanlah makmum tadi kepada suku kerabat mereka akan amanat Tok khatib.
Semakin dekat kepada tarikh 9hb semakin berdebar. Semakin tak berpuas hati, pemerintah melalui polis-polisnya mengisytihar Kuala Lumpur sebagai kawasan yang patut dijauhi. Polis menutup pintu rundingan. Berdendanglah TV, Radio dan Paper perdana siang malam. Sekatan penguasa aktif 24 jam setiap pintu masuk Tol PLUS. Ini Bukan sekatan nak 'check' lesen dengan Road Tax. Ini dah 'waran' geledah. Kalau kapcai, bawah 'seat' pun kena periksa. Polis membongkar larangab 90 individu larangan. Dasyhat penangan BERSIH ni. Mereka bertambah popular.
Hari yang dinanti pun telah tiba. Hari ditunggu pihak Pro dan pihak Anti. Umpama orang beriman yang ghairah menunggu ketibaan Ramadan. Kedua-dua pihak bertegas tak akan berubah (sedikit perubahan, penguasa menutup terus jalan masuk KL). Rakyat bergerak rutin seperti biasa. Belum kelihatan jelmaan Chin Peng dan Rasyid Maidin. Namun yang cerah pada paginya bertukar mendung. Ya..! Hujan turun dengan lebat tiba-tiba pada petang hari. Hujan rahmat buat 6000 (anggaran Perdana) geng BERSIH yang telah pun di sirami 'water cannon dan bom kanister. Dalam 'pertempuran' bersejarah ini, pihak polis terlebih dulu mendedahkan senjata mereka sebelum pihak BERSIH sempat mengatur strategi 'rusuhan'.
Tangkapan telah dibuat. Ketika ini masih belum kelihatan ke udara Bom molotov. 'Perusuh' masih menyimpan pisau dan parang mereka. Disebabkan pihak FRU telah membancuh begitu banyak air 'water cannon', jadi satu pembaziran untuk terus menyimpan. Satu pihak masih melaung Bersih, reformasi, kezaliman dan bertakbir dan satu pihak lagi menjerit-jerit perkataan bersurai dan tangkap. BERSIH kemudian bersurai sebelum Solat Asar sebelum sempat mengguna senjata Ganasnya. Sebelum menyalin baju 'komunis'. Dan sebelum sempat meng'huru-hara'kan KL.
Maka Pihak Polis Pemerintah dengan bangganya mengisytihar BERSIH gagal dan mereka sangat hebat. Hebat kerana segala bentuk kekacauan, bom molotov, huru-hara, ganas dan penggulingan berjaya diGagal. Yang datang adalah saki-baki tak mempeduli ancaman berkali-kali Media Perdana. Dah macam tak peduli 'fatwa' Halal Haram. Polis guna kaedah Tangkap dan Surai sebelum Rusuh dan Kacau.
BERSIH juga anggap mereka berjaya. Mereka berjaya bolos beratus sekatan penguasa. BERSIH cukup cerdik. Dulu (BERSIH 1) kebanyakan peserta Pak-Pak Lebai. Kali ni mereka bawa beribu-ribu profesional (Lawyer, doktor, engineer dan segala macam profesor). Dikalangan mereka, perlembagaan Malaysia sudah dalam hafalan. Mereka berjaya buat 'KL Tegang' (lapor surat khabar) selepas kedatangan beribu polis. Kehadiran 6000 orang (surat khabar perdana) ditafsir cukup berjaya. Mereka lebih 'bijak' dan 'berhati-hati' untuk merusuh dan mengacau.
Kini semua genre aksi babaknya tamat sementara. Chin Peng tak turut serta. Aksi saspen molotov meletup gagal disaksi. Parang tidak berjaya berterbangan keudara. Segalanya atas label rusuhan seperti disangka tidak timbul. Tiada 'bencana alam buatan tangan' terjadi.
Yang tinggal kini, bersaksi semua orang akan belambak-lambaknya video khas mengaitkan keganasan pihak berkuasa terhadap orang yang disangka perusuh di pasaran. Pihak berkuasa sekarang sudah diposisi bertahan. Bersusun-susun dakwaan kini terpaksa mereka tempuhi.
Siapa untung dan siapa rugi disini?Siapa dianggap Hebat dalam BERSIH?..
No comments:
Post a Comment