Tiada kata lagi mampu dilafaz melainkan sangat gumbira bercampur terharu menjadi sebahagian dari BERSIH 2.0 setelah merempuh perjalanan letih dan kritikal ke Ibu Negara Kuala Lumpur. Skuad kami terpaksa mengharung 4 sekatan berbeza (Bukit Gantang, Tol Kuala Kangsar, Federal Highway dan Kampung Dato' Haron) saat mula bermusafir keluar Kampung Senduk hinggalah menjejak tempat penginapan Kampung Dato' Harun. Kami semua tahu Plan BERSIH 2.0 dan 8 tuntutan hak pilihanraya Adil nya dan tanpa belah bagi kami menyokongnya.
Sebelum Subuh kami berjejak di Ibu Kota KL. Kami diberi 'rehat' 2,3 jam seusai Solat Subuh. (driver la, kelindan espeseli bangku belakang terang-terang tido dan dapat disaksikan melalui cermin pandang belakang).
Selesai 'tibai' sarapan pagi jam 10 Am, macam student 'outing' kami berkonvoi ke stesen komuter Seri Setia. Ketenangan untuk melangkah kedalam gerabak komuter terganggu, kami terpaksa berhadapan dengan sekatan Polis. Umpama di sekatan Bukit Gantang, Ajam dan Pesal dipantau isi begnya. Suspek..!. Dan dia berjaya terlepas. Teringat aku akan sekatan polis di area Bukit Gantang seminggu yang lalu bagi menyekat rakyat disana mendengar amanat pimpinan. "Dosa kering!.." kata salah seorang polis disitu.
"Ting-tong! Stesen berikutnya KL Sentral" Ada Minah kat corong-corong speaker dalam gerabak buat pengumuman yang kami akan tiba ke destinasi dituju. Kami pun terus bergerak ke Stesen Monorail sambil mencilok-cilok beberapa Encik Polis area KL Sentral. KL Sentral tenang. Di Kedai Mapley sebelah stesen dan sambil minum-minum kami berpecah kepada 3 group kecil. Kami, kami dan kami membeli tiket untuk bergerak ke Bukit Bintang.
"Stesen Jalan Hang Tuah dan Stesen Mahameru ditutup, penumpang boleh turun distesen berikutnya" Ayat tadi dah di 'translate' kan. Alhamdulilah!!.. Nasib baik tak tutup semua.
Kami pun meronda sekitar Bukit Bintang, Low Yat dan Times Square mengikut geng masing-masing..."6 orang Bukit Gantang kena tahan" Eddie maklumkan info semasa..Ishh.. Boleh bertahan lagi ka kami ni?..
Kami kemudian melepak di Kedai Mamak di Imbi Plaza. Jam ditangan menunjukkan angka 1 Pm.
"Bersih!! Bersih!! Pilihanraya.!!". Tiba-tiba muncul sekelompok manusia keluar dari celahan Times Square menghala arah kami. Kelibat Ustaz Idris dilihat mengekori kelompok yang rata-ratanya kaum Tionhua ni. Tiupan semangat menyapa perasaan kami. "Ingat anak bini oii..". Aku terkenang amanat seorang kawan sebelum kami menjengah Kota KL ni. "Sebab ingat anak bini la aku datang sini". Ya..aku masih waras memikir masa depan anak-anak aku. Kami dah 'study' mengenai artikel 10 perlembagaan Malaysia yang membenarkan kami berhimpun secara aman.
'Bergerak Jam 1.30 Pm'. Eddie dilantik secara tak rasmi sebagai 'marsyall' kami. Sejak menembusi Kota Metro ni, dia lah menjadi jurupandu kami semua. Yang lain tu bukannya tak tau tapi saja buat tak tau..
Kami mula bergerak dan disuatu Jalan Bukit Bintang Off Jalan Pudu terdapat kumpulan kecil Patriot kiraan 100 keatas berbaju merah sambil memegang bendera Malaysia. Group pendahulu Eddie, Paksu, Mat Yo, Pesal dan Choin dah pun duduk dalam kumpulan demonstrator Bukit Bintang tadi sejak saat itu kami terputuhubungan dengan group Eddie. Kumpulan ini telah pun terkepung teruk depan dan belakang. Kami yang lain masih bersidai di kaki lima Jalan Pudu. Masih menunggu peluang mencelah ke dalam group. Sekali-sekali kami di "Hoi! Hoi!" oleh FRU bagi menghalau kami pergi. Satu ketika satu group kurang 100 yang kemudian dipimpin Ustaz Mujahid tiba muncul dari Jalan Hang Tuah. Upaya kami masih tidak kuat untuk menyertai mereka. Kemungkinan team dari Bukit Gantang..Allahuakbar!!..
"Hoi!! Hoi!!" Kumpulan FRU tadi tiba-tiba berlari kearah kami sambil menghalau dengan cota ditangan. Kami berbaki 4 'peserta' terus secara otomatik duduk gerai mamak. Dari gerai tadi kami menyaksikan secara 'real' FRU membelasah kedegilan Puak Patriot yang gagal bersurai. Mungkin Pengerusi kumpulan Patriot ni 'redho' dibelasah agaknya bagi sekali-kala merasa nikmat berdemo. Jelas kaler unggu 'water cannon' menbasahi kumpulan kecil Patriot ni. Kami meneruskan pesanan Teh Tarik sambil diteman hujan yang tiba-tiba turun dengan lebatnya. 4,5 orang dari geng Merah tadi nampaknya sedang diberi rawatan kecemasan. Hujan sudah pun berhenti. Kami masih duduk merenung nasib perjuangan adakah kami berpeluang menyertai perarakan atau perhimpunan kali ke 2 ini.
No comments:
Post a Comment