VOCALIST
Friday, November 5, 2010
ANTARA GALAS DAN TOKEI STROBERI
Akhirnya sempurna hajat kami ke Galas walaupun tergendala plan asal. Tarikh asal pada Sabtu 30 Nov ditunda. Tarikh tadi diumum 'angkat senjata' di Galas khususnya. Rakyat Kelantan kalut dengan impian 90 tahun mereka. Piala Malaysia pertama.
Tapi kali ni kelibat Paknjang tiada setelah semua siri kempen PRK seluruh negara disertainya. Hajat orang kampung adalah lebih maslahatnya. Kami gelarkan skuad kami kali ni 'Briged Paknjang' bagi mengenang inspirasi beliau. Walaupun Paknjang takdak kali ni tapi semangatnya tetap kami wakili.
Seperti biasa kami tidak membawa wang berjuta, tidak mengharap hotel mewah untuk melelap mata, tidak jangka apakah makanan yang bakal ditelan dan tidak peduli adakah air mandian kami bersih. Perjuangan tidak dibekal dengan keistimewaan tadi. Bak kata Anwar " Kalau takut pada risiko, usah bicara pasal perjuangan."
Malam bergaya di bukit Cameron
Kami singgah di Cameron. Shahrol nak beli buah tangan untuk isterinya. Wah! masing-masing ada suit tahan sejuk dan kami beraksi seolah berada di kaki Everest. Sejuk!..Air cond motokar kami matikan. Tak payah 'on'. Aroma tanah tinggi harus dinikmati.
dari kiri Ajam, Paksu, Shahrol dan Hize bergambar dengan sport rim
Bersuka ria dengan Pokcik Ketereh.
Kami terus dijamu nasi ikan kering dan budu sesampainya di Pos Ketereh. Lepas tu persembahan multimedia kami hidang kat set-set Ketereh. Suka molek pokcik-pokcik yang datang bertugas di PRK Bukit Gantang bila tengok aksi masing-masing. Pos Ketereh masih tak lupakan kenangan indah disana. Pujian diberikan kepada kekuatan luarbiasa pemuda Bukit Gantang.
Imam dan Bilal bercuti panjang.
Pos Ketereh memaklumkan program munajat bersama Tok Guru bakal berlangsung di masjid daerah Gua Musang. Kami bergegas dalam suasana hujan renyai kesana. Tapi strategi Aku dan Ajam mencuri sedikit ruang di area saf yang pertama di ruang solat mesjid supaya peluang bermunajat sebelah Tok Guru lebih cerah tidak kesampaian bila program terbatal. Selepas solat Subuh kami meyedari tiada azan berkumandang dari corong masjid. Imam dan bilal bertugas kemungkinan bercuti panjang. Tapi masjid Gua Musang hari tu boleh berbangga dengan kehadiran makmum paling luarbiasa dalam sejarah. Ramainya dah macam wukuf di Arafah.
Rakyat Kelantan dan 50/50 nya.
Sempat kami bersembang dengan warga Galas setibanya di Markas Besar. Rata-rata berpendapat peluang untuk menang adalah 50/50. Sejarah bercerita mengenai betapa cerdiknya rakyat Kelantan berpolitik. Tabiat pengundi Kelantan, Bagaimana mereka bertukar-tukar kerajaan dan wakil rakyat. Sehingga ke hari mengundi sekalipun jentera masih belum dapat menjangka trend kecenderungan pengundi. Kami semua kemudian dapat rasakan bagaimana susahnya jentera parti bergerak. "Lim Guan Eng!!" jerit beberapa penyokong parti Cap Keris kepada rombongan kami bila aku tayang bendera bulan kat geng depa. Pening aku fikirkan motif puak-puak tu melabel. Kami pun berundur penuh tandatanya.
Tokei sayur dan buah Cameron
Dalam perjalanan pulang, singgah lagi di kedai tokeh sayur. Terdesak kami untuk mengetahui keputusan mutakhir pemilihan, bukala Malaysia kini berbekal sedikit bateri dan coverage yang minimum. Masa PAS lead dengan lebihan 200 undi mulanya "pop", tiba-tiba bateri padam. Nasib tokei market tu 'offer' gunakan fasiliti kedai dia. Kami pun ramai-ramai tengok keputusan kat situ. Tokei tu jamu kopi strawberi, dia kata dia ada gambar dengan YB Nizar. Tapi bila 'on' balik keputusan dah terbalik, dah 900 undi teringgal. Riak kami berubah serta merta. Jenuh jugak tokei tu tenangkan kami, dia kemudian dedahkan satu borang kelayakan hak milik apartmen di Galas sebagai alasan bagaimana undi Cina di Pulai dan Kampung Baru berubah 120 persen. Ni bukan pendedahan bagi aku, resam kebiasaan..
Kami realistik bagaimanapun. Kemenangan Kerabat tetap sah. Strategi jentera mereka tetap ampuh dan berkesan. Apa salah laku yang dibuat sama ada rasuah, penipuan, penyelewengan dan berat sebelah adalah dihukum halal selagi kuasa ditangan mereka. Memang rakyat sedar dan benci pada rasuah dan zalim tapi sensitiviti tadi susut disulam oleh propaganda hiburan fantasia dan akhirnya redho..wal'iyazubillah. Rakyat akhirnya akan lebih melihat kemenangan berbanding putar belit mereka. Sebelum turun dari bukit Cameron kami sempat berpesan kepada tokei tu supaya menasihati kawan-kawannya di Galas supaya kembali semula kepada Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment