VOCALIST

Sunday, September 19, 2010

SIDANG SENDUK : PENJENAMAAN SEMULA


Sidang Senduk ditubuhkan bagi menyahut hasrat, istiqamah dan aspirasi anak-anak muda khususnya di Kampung Senduk yang ingin hidup selesa bersama nikmat Islam disamping sangat benci melihat pelbagai bentuk kezaliman. Sidang Senduk juga sedaya-upaya akan membantu mengekalkan fungsi Surau As-somadiah sebagai institusi penting dalam kariah.

Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113:
وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ
Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan

Bagi merealisasikan impian tersebut pelbagai agenda disusun khas secara berterusan melibatkan anak jati kampung terutama anak muda. Kebanyakan program lebih fokus kearah anak muda kampung disebabkan kekuatan golongan ini kelak akan menjadi pemangkin kepada perjuangan yang asalnya diasaskan orang-orang sebelumnya.

“Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian D
ia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” ( QS : Ar-Ruum 30 : 54 )

Sasaran harapan kepada anak muda Sidang Senduk.

1. Takut hanya kepada Allah SWT dan benci melihat sebarang kezaliman dan kemungkaran
2. Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk menerima tanggungjawab
3. Menegakkan perkara hak walau berhadapan risiko perjuangan.
4. Mementingkan semangat pasukan berbanding kepentingan peribadi.
5. Memiliki kekuatan peribadi dan sentiasa istiqamah.
6. Menggunakan sepenuhnya ilmu dengan kematangan tinggi dalam berfikir.
7. Bersaing secara sihat dalam ketengahkan idea kreatif.
8. Bijak mempertahankan pasukan ketika diserang dan membantu semasa menyerang.
9. Menunjukkan kepentingan dalam pasukan dan elak dedahkan kelemahan yang merugikan.
10. Mempunyai sensitiviti tinggi terutama terhadap perkara yang libatkan maruah Islam.



19 September 2010-Detik bersejarah sempat dirakamkan ketika menghadiahkan sehelai t-shirt kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Nizar Jamaluddin di Sambutan Eidulfitri dan Rumah terbuka PAS Kawasan Bukit Gantang di perkarangan Pusat Khidmat DUN Trong. Kami diperkenalkan kepada umum dan seterusnya Sidang Senduk dilancarkan penjenamaannya secara tidak rasmi .

No comments:

Post a Comment